mayysa

Monday, April 21, 2008

Kerja! Kerja! Kerja!

Tau tak kerja ni penting sangat2. kalau tak kerja mana nak dapat duit. memang la hidup tak bertuhankan duit tapi duit tu perlu untuk hidup. duit tu nadi perjalanan hidup walau pun bukan lah nadi kita betul2. Jadi untuk sesiapa yang berhasrat untuk berhenti kerja bila dah berumahtangga make sure:-

1. suami tu kerja gomen (sebab tak ada kes VSS) bagi kaki dan tangan kerajaan;
2. gaji suami melebihi 4 ribu kerana dalam kamus kehidupan di bandaraya kuala lumpur RM2k pendapatan isi rumah masih dalam erti kata miskin tambahan pula jika dah beranak pinak;
3. suami tu setia dalam makna kata mustahil akan kawin lagi (ini yng susah nak ditentukan);
4. segala keperluan hidup kita dah ada dan atas nama kita (isteri) spt rumah, kereta, dana utk sara hidup. payahkan?
tu lah antara yang perlu diambil perhatian. jadi kalau tiba2 suami larikan diri kita tak kerja dan ada 5 anak nak kena tanggung takde la gelabah biawak. at least sementara nak adjust hidup sebagai single mom kita tak perlu risau anak2 kita nak makan apa untuk malam nanti.

Jadi kalau semua tu jawapannya not certain yet, maka fikirkan 10 ribu kali untuk berhenti kerja. Memang Allah akan bagi kita rezeki tapi rezeki Allah tak bagi dalam bentuk bola yang datang bergolek. kena usaha baru sampai.

Sekian, perkongsian buah fikiran bersama. Sebenarnya itu yang saya fikirkan sekarang sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak yang kecil untuk orang lain asuh ketika dia membesar. tapi kerana yakin hidup tak akan lebih baik daripada sekarang jika saya berhenti kerja maka saya kuatkan hati setiap pagi apabila menghantar anak ke rumah baby sitter walau pun kadang2 terdengar anak meraung2 ditinggalkan.

Sabar tak sabar seorang ibu itu lah realitinya.

3 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home