mayysa

Friday, November 18, 2011

Bekerja atau Suri Rumah

Dah lama aku fikir perkara macam ni. Sejak akhir-akhir ini menjadi2 sebab anak dah bertambah, bayar baby sitter lebih banyak daripada kenaikan gaji. Rasa ralat keluar duit bagi kpd orang. Aku bukan mengejar kekayaan dunia. Aku tahu mati itu pasti hidup hanyalah insyaAllah. Aku bekerja hanya untuk sedikit kesenangan. Aku tak pakai baju kain pasang harga beratus ringgit. paling mahal 50-60 je . Itu pun dua tiga tahun sekali beli yang mahal. Yang tiap-tiap tahun aku beli setakat semeter 8 inggit. Tudung paling mahal setakat hari ni 35 sehelai biasanya dalam belas2 je. Aku bekerja kerana bidang aku ni boleh juga buat kebajikan. Aku bekerja kerana gaji yang aku dapat tu boleh bagi aku kegembiraan. Aku bekerja kerana pendapatan aku boleh bagi sedikit kemewahan kepada anak-anak. Anak-anak adalah kebahagiaan aku.
Tapi sekarang anak-anak nakal. Susah dengar kata. Lasak tak terhingga. Aku kah yang bersalah kerana masa aku sangat limited dgn mereka. Kalau tanya kaum Adam dah tentu suri rumah jawapannya. Mampukah aku jadi suri rumah yang baik setelah bertahun-tahun bekerja dan mendapat pendapatan sendiri? Aku takut aku akan bosan melayan karenah anak-anak. Aku sebenarnya nak juga berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri. Tapi aku takut apa yang bakal aku alami membuatkan aku menyesal kerana padaku bila aku berhenti kerja there is no turning back. It's final.

Wednesday, January 26, 2011

Kesesakan Akibat Tiada Bijaksana

Aku geram betul hari ni. Jalan punya lah sesak. Mula aku keluar dari Sri Petaling dah nampak jam nak masuk susur ke arah KL-Seremban menuju Pusat Bandaraya so aku divert. Aku terus ke Sg Besi buat U turn nak masuk balik Sri Petaling nak ke kuchai lama. Beratur punyalah panjang. Tapi okay lepas. Masuk ke kuchai lama tu ada lah dalam 5 mint sampai je simpang ke kuchai lama Alamak MasyaAllah berderet2 kereta beratur. Kalau ikut jarak aku boleh lepas dari situ nak masuk NPE hanya dalam 5 minit. Tapi keta aku merangkak2 kat situ dekat sejam. Aku dah tak tau nak divert kot mana sebb difahamkan ada raptai hari wilayah. So aku menuju Bangsar kot mana pun aku lalu sure tak boleh elak. Masuk NPE ada le 30 saat keta bergerak laju pastu merangkak2 lagi sampai bangsar. Kata budak tol, jam sejak pukul 7 pagi kat NPE.

Tau apa aku nak komen, orang cadangkan buat raptai hari ni tu tak pakai kebijaksanaan manusia. Tak pikir kepentingan sejagat. Mungkin dia nak ponteng kerja hari ni. Buta la hari sabtu atau ahad. Hari wilayah kan hari selasa. Aku yg tak sakit ni pun sampai office jadi sakit. Dekat 2 jam lama keta. Biasanya dalam 30 min je. Paling teruk jam 45 min. Ini hampair 2 jam woi. Ingat tak sakit kaki dok tekan brek, tekan clutch.

Macam mana kalau org tu tak sihat. Ibu rata mengandung. Orang kurang upaya. Ambulans nak lalu. Macam mana? Aku tak tau apa yg ada dalam otak depa yg organise raptai hari ni. Menyusahkan satu nusantara. Banyak lagi yg aku rasa macam nak maki hamun tapi sabarrr ye sabar... sabar itu sebahgian daripada taqwa.

Friday, July 2, 2010

Bila Anak Selalu Sakit

Sekarang orang dah tak baca blog. Takpelah, biar aku je yg tulis dalam blog. Sejak akhir-akhir ni anak-anak aku kerap sungguh sakit. Sekejap demam, selsema, demam lagi dan cirit-birit. Kenapa agaknya ya. Sebagai ibu, bila anak sakit mulalah kita tak senang duduk. Tidur pun namanya tidur-tidur ayam je. Nak buat itu tak boleh nak buat ini tak sempat terutama kalau yang sakit tu yang kecik tak boleh bercakap lagi. Kerjanya menangis. Tak tau nak apa. Mengamuk tak bertempat. Lambat bagi makan mengamuk buat main lagi. Menangis sesungguh hati sampai kita yang dok tengah sediakan makanan dia ni rasa macam nak je bagi makan cereal yang tak berbancuh lagi. ha.. ambik kau merajuk sangat!

Tapi yelah ibu mana yang sanggup menyakitkan anak macam tu. Aku rasa ibu-ibu yang buang anak pun kalau dia betul-betul waras dan bela anak tu tak sampai hati nak memperlakukan anak-anak dia macam tu. Anak aku yang kedua tu kalau mengamuk sampai terkulai-kulai leher dibuatnya. Kaki melonjak2 marah. Aduh! anak-anak ni tak tahu betapa susahnya mak nak jaga dia orang. Macam ni lah dulu2 mak kita jaga kita. Cuma mungkin dulu-dulu kita tak secerdik budak-budak zaman sekarang ni.

Dulu mak kata duduk jangan nakal2 kalau tak siap! Memang tak berani. Kalau buat jugak mau je cubit kecil singgah kat peha diam-diam je. Aduh! bukan main menyengat. Sekarang bawa keluar rotan besar lengan dia takut masa tu je. Simpan rotan tu jadi balik nakalnya tu. tu lah anak aku si kakak. Tapi yang syoknya kalau nak makan awal2 dia dah tadah tangan baca doa makan. Selepas kenyang sebotol susu siap cakap Alhamdulillah. Kdg2 siap buat susu untuk dia cakap terima kasih.

Aku dulu tak macam tu. Disiplin yang macam tu tak ada pada budak kampung macam aku. Even nak address makcik pakcik kat dalam kampung pun pakai sebut nama dia je (tak panggil depan org tu lah). Contoh : "Mak Timah Ya tu dah mati ka?" Takde perkataan Mak cik ke mak ngah ke sebab tak tau. Tapi bila dah tau, ada lah manner nya.

Lepas anak2 sakit aku pulak diserang cirit-birit. Kaw-kaw punya. Sampai rasa "agaknya aku ni nak mati dah kot". Teruk betullah penangan cirit-birit tu. Pernah dengar tak org yang kena taun kalau mati, mati shahid (kecik)? Aku rasa pernah dengar camtu bunyinya. Syahid kecik ni takde seksa kubur. Tapi kalau tersilap maaflah. sebab tu Rasullallah kata kalau tak ada apa nak kata lebih baik diam. Yelah supaya kita tak cakap sesuatu yang salah dan khilaf kan org lain.

Oklah buat kali ini.

Tuesday, April 13, 2010

kereta makin perlahan

Aku tak tau apa status ekonomi sekarang. Yang pastinya office aku sangat sunyi. Tak ada telefon yang berdering (kurang lah) maksudnya job pun kurang. Kita dah sibuk buat reminder suruh kalien bayar hutang (makna kais pagi makan pagi kais petang makan petang). Aku nak tulis dalam blog ni pun takde semangat sebab keadaan ekonomi yang macam ni. Walau bagaimanapun aku sekarang tengah menjual minyak habbatus sauda jenama baraka. Klau sesiapa yang nak beli bolehlah contact aku. Delivery by post tapi minimum 5 kotak sekitar lembah kelang dan selangor yang tak pedalaman lah. sekotak RM10. Sokong lah aku untuk menjana pendapatan negara (Ewah terpaksa cari motto untuk meraih pendapatan sampingan) kalau nak tau khasiat habbtus sauda ini tengoklah dalam laman web . salah satunya untuk anti bodi.

Thursday, January 21, 2010

Hari Demi Hari

Ingat tak aku pernah luahkan perasaan seorang ibu bila tengok anak menangis pagi2 tak nak ke rumah baby sitter. Tu anak sulung aku. So, aku dah tukarkan dia kepada baby sitter lain. Fine, dia suka sebab ramai kawan. Yang lama dulu tak ada kawan. Tapi bila dah berkawan-kawan ni macam-macam jadi. Pernah balik dahi benjol sebab berlari terlanggar dinding. Muka luka kena cakar sebab dia suka pelekoh (paksa) baby nak peluk-peluk. Sekarang cucu makcik yang jaga anak aku tu suka pula cakar muka dia. Dah berkali-kali sampaikan parut yang lama tak hilang lagi, datang pula parut baru. Paling teruk hari jumaat lepas. Kat atas hidung, bawah mata dua-dua belah, kat leher. Khabarnya dia orang tak bergaduh, tapi bergurau. Budak tu yang paling rapat dengan dia. Hairannya, dalam banyak-banyak budak yang ada di situ anak aku sorang je yang kena cakar.

Aku tak marahkan budak yang cakar tu atau pun baby sitter tu, sebab aku tau jaga budak-budak bukan mudah sementelah budak yang macam anak aku yang sangat aktif. Tapi anak aku kat rumah orang baik budi pekerti. Dengar cakap dan rajin. Yang aku kesalkan sekarang aku terpaksa cari tempat lain untuk anak aku. Takkan aku nak hantar ke sana lagi. Muka yang bersih dah comot dek parut. So aku nak masukkan dia ke sekolah pula. Sebenarnya aku pun tak mau dia belajar awal2. Takut nanti dia jemu pulak. Tapi sebab aku malas nak cari rumah orang lain aku terpaksa hantar dia ke sekolah.

Minggu depan kelas percubaan seminggu. Kalau tak OK kat kelas seminggu tu, jadi kena lah aku mencari-cari rumah orang lain pulak. Aku tak boleh ambil risiko untuk dia dicederakan lagi. Mak bapa aku pun dah bising-bising suruh cari tempat lain. Susah hati dia orang tengok muka cucu luka-luka.

Monday, January 11, 2010

Another Episode

Assalamualaikum,

Hari ini bermula episod baru dalam hidup. Start keje setelah 3 bulan bercuti membesarkan keluarga. Macam lepat liat nak mula kerja ni tapi dibetulkan niat mencari rezeki tambahan untuk anak-anak. Alhamdulillah first day ni bermula dengan baik cuma kerja tu tak berjalan lancar lagi sebab masih dlm mood bercuti. Anak dah dua maknya masih main-main bila kerja. Okey that's all for today just drop by to say hi! to you all.

Wednesday, October 7, 2009

Orang Kita jugak

Dah lama aku tak tulis apa-apa kat sini. Hari ni aku nak cerita pasal rumah baru mak aku kat kampung yang dah berbulan-bulan buat tapi masih tak siap2. Tau tak sebab apa? Sebab yang buatnya orang melayu yang nak pekena bangsa sendiri. Kononnya ada pengalaman buat rumah 25 tahun, pernah kerja kat singapore 7 tahun dan bermacam-macam lagi kata-kata manis yang diceritakan pasal kemahiran yang tak wujud tu. Janjinya 10 hari boleh siap. Aku terkejut jugak. 10 hari? tapi takpalah kita tak boleh under estimate orang kan?

Tau tak macam mana dia orang buat rumah? pintu tak boleh masuk dalam frame, dipotongnya pintu untuk masuk dalam frame tu. Bukankah pintu tu orang jual dah ada standard saiz? Tiang tak boleh masuk kat tempat yang dia orang nak letak di tarahnya tiang tu supaya muat jugak. Bilik air punyalah besar, tapi toilet kalau org obes nak masuk maunya sesak2 nafas. Letak tile bengkang-bengkok. bukankah lantai tu diukur sama je persegi macam mana tile boleh jagi senget dan terpaksa dipotong2 pulak. Belum habis buat ibu rumah dah buat dapur belum habis siap dapur nak korek jamban. Tak pelik ke? tau sebab apa jadi macam tu, sebab dia nak ambik duit bapa aku. Yelah bila nak buat tempat yang baru kena minta duit beli barang. Tah banyak mana dia pow bapa aku. Kan resit2 beli barang kita boleh mark up.

Akhirnya lebih 2 bulan tak siap2 lagi. Tiang dapur pun boleh senget. Kalau ribut memang boleh runtuh kata abang aku. Rumah tak siap upah dah bayar RM16,000.00 Tak sakit hati dengar?

Tu yang aku jadi tak percaya kat orang kita kalau bab2 macam ni. Rumah kat ujung kampung tu dibinalewat sebulan dari rumah mak aku, dah siap pun sebelum raya hari tu. Siap dalam erti kata perfect dah boleh duduk. Sedih sungguh bila kita cuba nak percaya pada orang kita tapi dia orang hancurkan keyakinan kita tu. Memang menyakitkan. Last sekali mak pak aku kena darah tinggi asyik dok fikir pasal bila rumah nak siap dan dok sakit mata tengok rumah macam rumah kongsi. Nanti kalau ada kesempatan aku tunjukkan gambar rumah baru kami tu kat sini.