mayysa

Wednesday, January 28, 2009

Obesiti

Rasanya tahap lemak yang berada dalam badan aku ni dah sampai kepada obesiti. Apa tidaknya aku sudah lama tidak bersenam. Dulu semasa zaman dara, selalu jugak ke taman tasik, walau pun tak beria-ia jogging tetapi peluh tetap keluar dek meronda satu dua pusingan tasik lake garden tersebut. Sesekali aku bersenam robik ikut langkah di VCD. Sekarang jadual senaman aku hanyalah membersihkan rumah di hujung minggu. Dek kerana anak dara aku yang tak suka main sorang2 jadual bersih rumah pun selalu tertunda.

Sesekali aku tengok rupa paras aku di cermin sudah hampir seperti heroin filem Cinta Kolestrol lakonan Erra Fazira. Aku risau betul ni. Tapi kalau tak makan, membazir makanan kat rumah aku tu. Bermacam2 jenis ada. Husband aku pulak macam tak kisah je aku gemuk gedempol ni. Habis je makanan tu dia beli yang ni, habis yang ni beli yang tu. Parah ni. Mana boleh camtu, dah la dia kurus je nanti nampak tak balance pulak. Kami dah la hampir sama tinggi, silap hari bulan kang org kata dia adik aku, naya.

Tolong lah aku nak kurang kan berat badan. Bukan lah kritikal sangat tapi kalau dibiarkan memang hancus!

Tuesday, January 27, 2009

Langkahan Pertama

"A journey of a thousand miles begin with the first step"
Hari ini langkah pertama yang pernah aku hembuskan saat aku dilahirkan 34 tahun lalu berulang lagi. Namun ulangan nya bukan lah seperti tayangan semula Anugerah Juara Lagu, Festival Filem Malaysia atau pun apa-apa acara yang diulang dalam bentuk tertunda. Aku menyambut ulang tahun kelahiran hari ini dengan jalan cerita yang berbeza. Celcom adalah yang pertama mengucapkan Selamat Hari Lahir dengan memberikan 7 hari airtime percuma berkomunikasi dengan teman2 yang terdapat dalam 8pax. Aku terbayangkan sebiji kek icing yang terdapat di kedai kek muslim di Sg Besi. Kedai yang acapkali aku kunjungi untuk membeli bun untuk anakku. Namun gambaran kek itu hilang saat aku ingat kembali zaman itu sudah berlalu. Yang aku inginkan sukar aku gambarkan kerana jika terlalu aku dambakan ia akan memedihkan jiwa.
Ya zaman itu sudah berlalu. Sememangnya umur tidak menjadi isu. Tambahlah walau sepuluh atau dua puluh lagi. yang penting bagaimana kita menghabiskan setiap langkahan itu.
Jika aku telah hampir berjaya menunaikan azam tahun baru kini aku juga ada azam baru untuk aku tunaikan saat usia sudah menginjak ke arah maghrib. aku ingin tanamkan bahawa hidupku hanya untuk-NYA. Yang aku impikan adalah kasih sayang-NYA dan tujuan ku adalah melangkah ke arah-NYA. aku amat-amat berharap azamku ini akan termakbul dengan kehendak-NYA dan aku akan jadi jauh lebih baik daripada sebelum-NYA.

Monday, January 19, 2009

Anugerah Terindah

Aku sibuk….. sangat sibuk tapi tiba-tiba aku nak luahkan sesuatu yang Allah beri pada aku tetapi luahan ni tak dapat aku luahkan direct kepada insan tersebut. Comel. Bukan kucing ye. Comel ni nama panggilan di antara aku dan suami aku bila nak merujuk kepada anak aku. Nama dia panjang so to make it short we just sebut comel. Tau2 je lah masa sms kan, takkan nak cut short nama tu jadi tah apa-apa pulak. Lagi pun nama comel ni ada sejarahnya. Yang tu nanti lah aku ceritakan.

Anak aku ni bukan lah comel sangat, tapi mana-mana baby pun ada kecomelan dia sendiri tak kira betapa hodoh pun Allah jadikan dia. Tadi aku potong kuku jari tangan aku tiba-tiba teringat jari-jemari anak aku sangat comel. Macam kata orang tua-tua jari bertombak macam bunting padi. Anak aku ni bolehlah dikategorikan sebagai baby nakal dan kelakar. Dia sekarang dah pandai mengajuk cara aku sembahyang. Dia sujud (berdiri dan menonggeng sambil kepala ke bawah) kemudian bangun berdiri sambil mulut termuncung-muncung berkata sesuatu konon macam kita bangun dari sujud kita kan baca sesuatu. Macam tu lah telatah dia. Kalau aku baring sure dia naik berdiri atas perut, kalau meniarap dia berdiri atas belakang dan kalau mengiring dia buat macam lompat pagar. Ini memang dari dulu dia buat bukan baru-baru ni saja. Sekarang kira dah expert la.

Kalau aku tidur atas sate kat ruang tamu tu dengan intention untuk lelap sekejap lah mula lah dia naik duduk atas apa tau?.. kepala aku. Lepas tu nak mencelah kat belakang tu. Tau-tau je lah mama dia ni bukannya macam batang pinang bukan nak muat dia nak mencelah tu so mula lah dia start nak nangis.

Anak aku memang suka kalau kita cium-cium dia. Cium lah macam mana pun atau kat mana pun dia tadah je muka dia tu. Kadang-kadang aku tonyoh-tonyoh pipi dia tu geram. Dia buat selamba dek je. Suka orang manja-manja dengan dia. Kalau kita asyik dengan kerja kita dan buat tak tahu je kat dia sure dia akan buat benda-benda nakal supaya kita bagi perhatian. Contohnya, dia akan naik tangga. Walau pun tangga dah dihalang dengan macam-macam halangan dia tu lolos aje. Tup-tup dah atas tangga pastu buat-buat bising nak tarik perhatian kita. Bila kita pergi je nak bawa dia turun mau nya berlari sampai atas.
Sekarang aku akan kata “duduk, mama pi ambik”. So dia duduk lah tunggu atas tangga tu. Bukan apa, takut dia silap langkah jatuh pulak. Dia dah pandai turun tapi dia suka main-main, tu yang aku gerun kalau nak suruh dia turun sendiri.

Anak aku dah pandai cakap. Antara perkataan yang dia dah tahu cakap – sedap, acit (sakit), tutup, kukak (buka), nyamok, yayat (lalat), air, yaq (air loghat utara), yeyak (berak), ak (berak loghat utara), jap, nak ayi (nak lagi), ambik, bak, ane (mana) dan banyak la lagi. Aku bercakap loghat utara tapi sebab dia dijaga oleh baby sitter orang selatan aku percaya dia akan cakap loghat selatan lah memandangkan aku Cuma dapat jaga dia hujung minggu dan cuti-cuti umum je. Balik dah petang, malam dah nak tidur. Tapi aku berharap sangat dia akan bercakap loghat aku sebab aku nak turunkan satu-satunya warisan yang aku ada. Nak bagi harta tak ada.

Dialah anugerah terindah dalam hidup aku. Masa aku mengandungkan dia dulu, dialah tempat aku bercakap-cakap dan bercerita. Sekarang pun kadang-kadang macam tu. Dia akan balas balik apa yang aku cakap tapi dalam bahasa yang hanya dia yang faham. Aku bersyukur Allah anugerah kan dia kepada aku.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita perihal anak dara aku yang dah mencecah setahun 4 bulan semalam tetapi nak meluahkan rasa sedih dengan berita hari ni di Harian Metro. Baby berusia 6 bulan dibuang ke dalam tong sampah kerana si bapa mengesyaki bayi tersebut bukan anak kandungnya. Siapa yang bersalah kalau pun benar anak tu bukan dari benihnya? Anak yang tak tahu apa2 tu ke? Rasa nak menitis air mata apabila tengok gambar baby tu di muka depan akhbar metro. Masya-Allah kenapalah manusia hari ni semakin ramai berhati binatang. Kesiannya baby tu tak tahu apa2 pun hidup2 dicampak masuk tong sampah. Baby tu dah tentu pandai merangkak dah. Bukan main tembam lagi. Kesisn sungguh aku kat dia. Apa perasaan dia bila suatu hari nanti dia tahu mukanya pernah terpampang di dada akhbar kerana dibuang ke dalam tong sampah selepas disyaki anak zina?

Dalam sebulan dua lepas ada satu berita baby yang baru lahir ditinggalkan dalam tandas. Orang yang jumpa baby tu tengok baby tu tengah hisap ibu jari sedangkan punggung dan kakinya terendam dalam air tandas. Tak menangis pulak tu walau pun dah kesejukan. Sedih dan tersayatnya hati aku bila tengok muka baby tu kat akhbar. Hidup2 dicampak dalam tandas seolah2 nak disuruh mati aje. Masya-Allah tak takutlah mereka dengan azab Allah menganiaya bayi yang merupakan satu amanah Allah kepada kita.

Kedua-dua kisah ni bagi aku sangat mengguris hati. Yang mati dibuang tu bukan nak kata tak apa tapi dah meninggal tentu tak datangkan kesan kepada mental dia orang tetapi yang hidup2 dibuang ni ... entahlah tergamaknya lah. Baby yang tak ada dosa walau sebesar zarah pun yang wajahnya jernih dan suci kita buat sesuka hati. Aku pernah pukul anak aku sebab tak tahan sangat dia nakal yang buat benda2 yang bahayakan diri dia. Tapi lepas tu rasa kesal sangat. Rasa macam nak menangis sebab aku dah sakitkan dia. Walau pun tujuan aku nak mengajar dia tetapi ada la kekesalan sebab anak aku tu bukannya faham lagi tujuan aku pukul dia. Lepas dia henti menangis dia nakal balik.

Thursday, January 15, 2009

Palestine Oh Palestine!

Aku masih bz macam seminggu dua yang lalu tapi terpanggil untuk meluahkan sesuatu. Apa yang aku tulis di sini bukan nak mengembangkan fakta apa2 cuma nak menggambarkan kebosanan aku dgn isu Palestine ni. Aku sudah teramar menyampah sampaikan paper pun aku dah malas nak baca. Bukan menyampah kat rakyat dan kanak2 yang menderita tapi dgn Yahudi Keparat dan juga sikap pejuang hamas dan fatah yang tak mau bersatu. Negara dah macam tu baby pun kena bedil dia orang masih nak pikir pasal siapa nak berkuasa. sepatutnya dia orang kena bersatu. macam perang badarkan, walau pun angka kecik boleh menang. tak ada apa yang mustahil kalau Allah berkehendak. Ini tidak, macam tu jugak dengan Iraq, Afghanistan semua nak berkuasa. Tak terkecuali negara kita ni. Jadi yang sengsara rakyatlah. Apa dah jadi dengan penang. Siapa yang berduka sekarang siapa yang bergelak ketawa? Nak ke kita jadi Palestine junior?