mayysa

Wednesday, January 28, 2009

Obesiti

Rasanya tahap lemak yang berada dalam badan aku ni dah sampai kepada obesiti. Apa tidaknya aku sudah lama tidak bersenam. Dulu semasa zaman dara, selalu jugak ke taman tasik, walau pun tak beria-ia jogging tetapi peluh tetap keluar dek meronda satu dua pusingan tasik lake garden tersebut. Sesekali aku bersenam robik ikut langkah di VCD. Sekarang jadual senaman aku hanyalah membersihkan rumah di hujung minggu. Dek kerana anak dara aku yang tak suka main sorang2 jadual bersih rumah pun selalu tertunda.

Sesekali aku tengok rupa paras aku di cermin sudah hampir seperti heroin filem Cinta Kolestrol lakonan Erra Fazira. Aku risau betul ni. Tapi kalau tak makan, membazir makanan kat rumah aku tu. Bermacam2 jenis ada. Husband aku pulak macam tak kisah je aku gemuk gedempol ni. Habis je makanan tu dia beli yang ni, habis yang ni beli yang tu. Parah ni. Mana boleh camtu, dah la dia kurus je nanti nampak tak balance pulak. Kami dah la hampir sama tinggi, silap hari bulan kang org kata dia adik aku, naya.

Tolong lah aku nak kurang kan berat badan. Bukan lah kritikal sangat tapi kalau dibiarkan memang hancus!

5 Comments:

  • At January 29, 2009 at 4:42 PM , Anonymous Anonymous said...

    Kita mengerti sbb kita pun sama juga dgn Noen. Macam2 cara dibuat tapi tak kurus2 pun..

    Kita skrg dah kurangkan makan nasi lemak,roti canai dan sewaktu dgn nya. Dulu selalu jadi majlis bandaraya, semua dihabiskan sbb syg membazir. Skrg beli cukup2 jea. Yang paling penting, diulang sekali lagi..MINUM AIR BANYAK-BANYAK. 3-4 LITER SEHARI. Ini yang kita buat dan ada kesan. Cuma yg tak tahan kerap ke tandas. Skrg dah turun 3kg dan tak naik2 walaupun makan terlebih..

    Lagi satu, turun naik tangga sebanyak yang boleh..exercise juga tu. Dah 3 tahun duk umah 2 tingkat, baru skrg kita buat..lupa yg itu pun kira exercise juga..hehehe

     
  • At January 29, 2009 at 9:41 PM , Blogger mayysa said...

    Kita memang nak buat turn naik tangga tu, tapi ada masalah sikit. Ada cekenit nak ikut. tu yang tak tahan. tapi roti canai jarang. cuma dulu asyik makan nasi lemak. kita akan cuba yang mana boleh lah

     
  • At January 30, 2009 at 12:45 AM , Anonymous Anonymous said...

    Bawa lah si kenit tu naik sama..dukung dia..sure boleh membantu. Tp jd naik cepat2, boleh sakit lutut.

     
  • At January 30, 2009 at 2:20 AM , Blogger neyseey said...

    Kenapa risau sangat pasal saiz badan? Nak masuk pertandingan Hot Mama ke?

     
  • At February 2, 2009 at 6:31 PM , Blogger mayysa said...

    Zie, kau jenis takde saiz takpe lah. beli baju capai je mana2 satu dan tak payah tanya saiz ada ke takde. aku nak dapatkan saiz baju pun payah. tak ada. sama ada byk org pakai sesaiz dgn aku atau pun saiz aku tu org tak banyak produce sebb tak ramai pakai. pastu kalau baju besar harga pun mahal dan tak byk choice.
    Kedua, nanti laki tgk makin besar dia jadi makin takut pulak. hampeh

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home