mayysa

Monday, January 19, 2009

Anugerah Terindah

Aku sibuk….. sangat sibuk tapi tiba-tiba aku nak luahkan sesuatu yang Allah beri pada aku tetapi luahan ni tak dapat aku luahkan direct kepada insan tersebut. Comel. Bukan kucing ye. Comel ni nama panggilan di antara aku dan suami aku bila nak merujuk kepada anak aku. Nama dia panjang so to make it short we just sebut comel. Tau2 je lah masa sms kan, takkan nak cut short nama tu jadi tah apa-apa pulak. Lagi pun nama comel ni ada sejarahnya. Yang tu nanti lah aku ceritakan.

Anak aku ni bukan lah comel sangat, tapi mana-mana baby pun ada kecomelan dia sendiri tak kira betapa hodoh pun Allah jadikan dia. Tadi aku potong kuku jari tangan aku tiba-tiba teringat jari-jemari anak aku sangat comel. Macam kata orang tua-tua jari bertombak macam bunting padi. Anak aku ni bolehlah dikategorikan sebagai baby nakal dan kelakar. Dia sekarang dah pandai mengajuk cara aku sembahyang. Dia sujud (berdiri dan menonggeng sambil kepala ke bawah) kemudian bangun berdiri sambil mulut termuncung-muncung berkata sesuatu konon macam kita bangun dari sujud kita kan baca sesuatu. Macam tu lah telatah dia. Kalau aku baring sure dia naik berdiri atas perut, kalau meniarap dia berdiri atas belakang dan kalau mengiring dia buat macam lompat pagar. Ini memang dari dulu dia buat bukan baru-baru ni saja. Sekarang kira dah expert la.

Kalau aku tidur atas sate kat ruang tamu tu dengan intention untuk lelap sekejap lah mula lah dia naik duduk atas apa tau?.. kepala aku. Lepas tu nak mencelah kat belakang tu. Tau-tau je lah mama dia ni bukannya macam batang pinang bukan nak muat dia nak mencelah tu so mula lah dia start nak nangis.

Anak aku memang suka kalau kita cium-cium dia. Cium lah macam mana pun atau kat mana pun dia tadah je muka dia tu. Kadang-kadang aku tonyoh-tonyoh pipi dia tu geram. Dia buat selamba dek je. Suka orang manja-manja dengan dia. Kalau kita asyik dengan kerja kita dan buat tak tahu je kat dia sure dia akan buat benda-benda nakal supaya kita bagi perhatian. Contohnya, dia akan naik tangga. Walau pun tangga dah dihalang dengan macam-macam halangan dia tu lolos aje. Tup-tup dah atas tangga pastu buat-buat bising nak tarik perhatian kita. Bila kita pergi je nak bawa dia turun mau nya berlari sampai atas.
Sekarang aku akan kata “duduk, mama pi ambik”. So dia duduk lah tunggu atas tangga tu. Bukan apa, takut dia silap langkah jatuh pulak. Dia dah pandai turun tapi dia suka main-main, tu yang aku gerun kalau nak suruh dia turun sendiri.

Anak aku dah pandai cakap. Antara perkataan yang dia dah tahu cakap – sedap, acit (sakit), tutup, kukak (buka), nyamok, yayat (lalat), air, yaq (air loghat utara), yeyak (berak), ak (berak loghat utara), jap, nak ayi (nak lagi), ambik, bak, ane (mana) dan banyak la lagi. Aku bercakap loghat utara tapi sebab dia dijaga oleh baby sitter orang selatan aku percaya dia akan cakap loghat selatan lah memandangkan aku Cuma dapat jaga dia hujung minggu dan cuti-cuti umum je. Balik dah petang, malam dah nak tidur. Tapi aku berharap sangat dia akan bercakap loghat aku sebab aku nak turunkan satu-satunya warisan yang aku ada. Nak bagi harta tak ada.

Dialah anugerah terindah dalam hidup aku. Masa aku mengandungkan dia dulu, dialah tempat aku bercakap-cakap dan bercerita. Sekarang pun kadang-kadang macam tu. Dia akan balas balik apa yang aku cakap tapi dalam bahasa yang hanya dia yang faham. Aku bersyukur Allah anugerah kan dia kepada aku.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita perihal anak dara aku yang dah mencecah setahun 4 bulan semalam tetapi nak meluahkan rasa sedih dengan berita hari ni di Harian Metro. Baby berusia 6 bulan dibuang ke dalam tong sampah kerana si bapa mengesyaki bayi tersebut bukan anak kandungnya. Siapa yang bersalah kalau pun benar anak tu bukan dari benihnya? Anak yang tak tahu apa2 tu ke? Rasa nak menitis air mata apabila tengok gambar baby tu di muka depan akhbar metro. Masya-Allah kenapalah manusia hari ni semakin ramai berhati binatang. Kesiannya baby tu tak tahu apa2 pun hidup2 dicampak masuk tong sampah. Baby tu dah tentu pandai merangkak dah. Bukan main tembam lagi. Kesisn sungguh aku kat dia. Apa perasaan dia bila suatu hari nanti dia tahu mukanya pernah terpampang di dada akhbar kerana dibuang ke dalam tong sampah selepas disyaki anak zina?

Dalam sebulan dua lepas ada satu berita baby yang baru lahir ditinggalkan dalam tandas. Orang yang jumpa baby tu tengok baby tu tengah hisap ibu jari sedangkan punggung dan kakinya terendam dalam air tandas. Tak menangis pulak tu walau pun dah kesejukan. Sedih dan tersayatnya hati aku bila tengok muka baby tu kat akhbar. Hidup2 dicampak dalam tandas seolah2 nak disuruh mati aje. Masya-Allah tak takutlah mereka dengan azab Allah menganiaya bayi yang merupakan satu amanah Allah kepada kita.

Kedua-dua kisah ni bagi aku sangat mengguris hati. Yang mati dibuang tu bukan nak kata tak apa tapi dah meninggal tentu tak datangkan kesan kepada mental dia orang tetapi yang hidup2 dibuang ni ... entahlah tergamaknya lah. Baby yang tak ada dosa walau sebesar zarah pun yang wajahnya jernih dan suci kita buat sesuka hati. Aku pernah pukul anak aku sebab tak tahan sangat dia nakal yang buat benda2 yang bahayakan diri dia. Tapi lepas tu rasa kesal sangat. Rasa macam nak menangis sebab aku dah sakitkan dia. Walau pun tujuan aku nak mengajar dia tetapi ada la kekesalan sebab anak aku tu bukannya faham lagi tujuan aku pukul dia. Lepas dia henti menangis dia nakal balik.

3 Comments:

  • At January 20, 2009 at 4:03 AM , Blogger neyseey said...

    Apa ka bangang manusia?

     
  • At January 20, 2009 at 5:10 PM , Anonymous Anonymous said...

    Kita baca pun sedih. Kalau tak caya itu anak sendiri,p lah buat DNA test. Ni tak, p campak dalam tong sampah..Dah lah budak tu comel sgt2..Gila sungguh bapak dia. Depa ni mmg tak ingat adanya mati, balasan neraka.

    Pernah cakap dgn Haziq loghat kelantan, tapi dia p bantai gelak. Dia ckp tak faham tapi tetap suruh mak dia ckp kelate.. Loghat utara pun dia tak leh.

     
  • At January 20, 2009 at 7:06 PM , Blogger mayysa said...

    kawan kita pun cakap macam tu. buat la DNA test ini tak ikut kepala angin dia je. kalaiu pun bukan anak dia mana boleh main campak2 je.
    Selalunya anak sulung boleh ikut loghat mak ayah dia. macam anak kakak kita yang sulong dan anak abang kita yang sulong kalau balik kampung boleh cakap utara. Cuma bunyi tu ada la yang kureng tetapi at least dia cuba

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home