mayysa

Wednesday, November 5, 2008

Jom Hentam!

Kami antara org2 yang selalu terkena. Public service.... hari ni aku pi Shah alam. Semalam call land office pasal 1 matter ni, CC cakap datang jumpa officer yg sain surat tu. So, aku difahamkan masalah aku mungkin boleh selesai dgn jumpa dia. So, aku pi dgn 2 kes. Lepas sampai di pejabat, officer ni tak ada. semalam aku call dekat 5 kali dia tak ada kat bilik. Cuma staff dia cakap aku boleh dtg. Hari ni pun tak ada. aku tak terkejut pun just... disappointed.

Pastu aku disuruh jumpa pegawai bertugas sebab pegawai yg aku nak jumpa tu dah jadi tak relevan bila kes sampai certain stage. macam kes ni lah. Perserahan pindahmilik n gadai ditolak sebab PA tak bayar. PA tak bayar sebab semakan semakan dikaunter clerk tak tick kotak untuk bayaran. Manalah kita tau kita kena re semak sebab sebelum ni tak ada pun kena buat macam tu. Sapa yang salah? Kata clerk pegawai tu lawyer salah sebab tak check betul2 semasa buat bayaran.

Bukankah pejabat tanah yang sepatutnya semak dan kenakan bayaran? macam kita naik bas, kalau tambang kita bayar tak cukup konductor minta tambah. Makan kat kedai, dia orang tengok lauk pauk yg kita ambik, pastu bagi bill kita bayar. Macam pegi supermarket beli belah, ambik2 pergi kaunter cashier scan semua barang tahu jumlah bayar. Macam tu jugak kes ni. Lawyer bukan tahu semua jenis benda yang perlu dibayar. dan kita tak buat benda tu hari2 mana nak tau hari ni kena bayar mungkin esok tak perlu. Jadi sapa yang nak caj, dia lah yang bagi bill. macam lawyer nak caj klien, dia yang bagi bill klien bayar. kalau lawyer salah caj, then minta client tambah, client boleh tak tambah. sapa suruh salah caj?

Itu prinsipnya. So, esok aku kena drive all the way from KL to SA just to make an appeal. Kalau berjaya aku belanja korang makan rojak bellamy. So just wish me luck lah.

Hahahaha... macam tak merasa pun korang nak makan rojak bellamy..

4 Comments:

  • At November 7, 2008 at 2:40 AM , Blogger neyseey said...

    Berapa peratus kemungkinan dapat merasa rojak bellamy? 4 %? Huhuhu...tumpang simpati

     
  • At November 9, 2008 at 8:54 PM , Blogger mayysa said...

    Memang tak dapatlah korang merasa rojak tu. Aku cuma berjaya waivekan denda je. tak dapat masuk tanpa bayar balik. Haa.. kan aku dah cakap kan.

     
  • At November 11, 2008 at 9:52 PM , Anonymous Anonymous said...

    Rojak buah ke? Atau rojak mee? Belakang istana ke? Area ikan bakar? Kalau itu tp dia, dan kalau betul rojak mee, memang sedap..

     
  • At November 16, 2008 at 11:33 PM , Blogger mayysa said...

    Rojak yg namanya pasembur di kedah nun. Rojak mee pun ada. Sedap tu sedap tapi taklah sesedap pasembur mamak kat masjid Ar Rahman masa kita study dulu tu. Mamak yg ada hari jumaat je tu. Dia dekat sek rendah bellamy.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home