mayysa

Sunday, October 19, 2008

Pelajar Tendang Guru

Mungkin agak terlambat nak bagi komen tapi isu ni masih belum sejuk. Kalau Cikgu tu yang sebenarnya melampau Pelajar boleh lari je ke pejabat pengetua atau pejabat guru minta tolong. jangan sekali2 lawan cikgu dengan cara yang kasar@ganas macam tu. Itu kesimpulan yang boleh aku buat untuk mengatakan bahawa dua2 budak sekolah tu dah melampaui batas dengan kata2 kurang sopan tetapi masih ketimuran ialah BIADAP.

Ada kemungkinan guru tu dah provoke budak dua org tu tapi guru tu pun dah diprovoke dulu oleh murid dia dengan tidak buat kerja sekolah. Apa pun acara menendang guru adalah sesuatu yang sangat melampau. Aku pernah jadi guru ganti kat sekolah di KL ni. Sekolah bandar lah pastu kena mengajar kelas tak berapa cerdik. Aku pun dah tak berapa ingat event nya tapi aku memang menyoal siasat budak tak berapa cerdik ni. Mungkin sebab dia tak bagi perhatian dalam kelas. Dengan selambak dia duduk atas kerusi dengan goyangkan kerusi tu ke depan dan belakang (gaya kerusi 2 kaki) dan melanggah air mineral ke mulut di hadapan aku yang tengah berdiri menunggu dia bagi jawapan. Betapa KURANG AJAR/BIADAP/PELESIT/MANGKOK AYON nya dia. Itu lah kemarahan dalam hati aku masa tu sehingga panas muka aku macam pakai kosmetik yang tak sesaui dengan muka. Tapi budak tu bukan melayu. Dah lah BODOH buat perangai macam hantu rayau.

Itu aku takde buat salah apa2 cuma menjalankan tanggungjawab sebagai guru. Zaman aku jadi murid2 dulu pernah didenda atas kesalahan yang tak sengaja. loceng bunyi untuk perhimpunan agung setiap pagi isnin masih dalam toilet. terus kena denda beratur berasingan daripada pelajar2 lain (degn geng2 yang sama kena denda la) dan dilecture sehingga menjatuhkan air muka. Pun begitu aku tak dendam pun dengan cikgu tu. dulu2 ada juga rasa marah sebab tak salah. tapi taklah lama. Pernah juga sebab dengar cakap kawan2 bahawasanya boleh memetik daun aloe vera aku pun petik juga dituduh cikgu sebagai DALANG nya padahal aku pengikut yang naif. Cikgu kata aku TAK TERAJAR. Sedihkan? Tapi aku cuma sedih tak dendam pun jauh sekali nak sabotaj Cikgu tu.

Pernah sebab tak buat kerja sekolah aku minta nak tiru kerja sekolah kawan. Tapi kawan aku tu sebab berlainan jantina dia belot saja sabotaj aku mengadu kat cikgu yang merupakan pengetua. Terus Cikgu tu suruh aku berdiri dan luku (guna buku lima) kepala aku. Kebetulan jari dia ada cincin batu besar. Rasanya berlekuk jugalah kepala aku. Lepas tu suruh pakai manila kad yang tulis "saya malas tak buat kerja rumah" (kalau tak silap la macam tu lah ayat memalukan tu) padahal waktu tu aku pelajar top 5 (masa sekolah rendah hehehe) tak pernah dapat nombor lain selain 1 hingga 3 je dan tiap2 akhir tahun mesti nombor 1 je. kalau balik mengadu kat mak, mak buat dengar tak dengar je.

Jadi itu lah beza budak dulu dan sekarang. Rekod aku masa sekolah menengah bersih. Berkecil hati macam mana pun tak pernah nak sabotaj atau lawan cakap cikgu. bukan aku je, sume student lain pun macam tu. Habis sangat nak marah cakap kat belakang je lah. Tu pun dapat dosa balik kat kita kan. Cikgu dapat pahala.

Entah la apa nak jadi dengan dunia ni. Untuk kawan2 yang ada anak dan anak2 pun dah start sekolah, cuba lah kita memahami hati anak2 dan hati guru. Kalau kita tau anak kita nakal kita hantar dia ke tempat motivasi. kalau kurang mampu buat lah secara tradisional, bagi minum air penawar ke supaya hati lembut. Kalau anak pulak dapat cikgu yang SENGAL, kita cuba2 duduk berbincang tanya dia kenapa sengal sangat dan apa yang kita boleh buat nak hilangkan sengal dia tu. Betul tak?

Cakap memang mudah nak buat susah tapi apa lagi yang boleh kita buat untuk betulkan keadaan. Bila niat baik dan ikhlas InsyaAllah Allah menolong kerana Allah maha mengetahui

2 Comments:

  • At October 19, 2008 at 10:08 PM , Blogger neyseey said...

    Betullah kan kita dulu kena kaw-kaw ngan cikgu takde pun nak melawan. Sebabnya rasa hormat terhadap taraf mereka sebagai guru mengatasi rasa marah/sakit hati.

     
  • At October 20, 2008 at 12:50 AM , Blogger mayysa said...

    Betul. Ada Cikgu yang jenis mulut mengalahkan cili padi tapi kita tahan je telinga sampai mental jadinya pun takde dendam sebabnya rasa hormat pada guru tu ditanam sejak kecil dari rumah. Ada yang kena berdiri bukan atas kerusi tapi atas meja siap tutup kipas takut kena kepala tapi setakat yang aku tahu takde guru yang kena serang sbb denda dia org tu

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home