mayysa

Tuesday, September 2, 2008

Memorandum of Charge

Memorandum of Charge atau Borang GAdaian 16A ni kena disempurnakan bila individual title dah dikeluarkan. Ini nak menjamin bank sebagai pemegang gadaian jadi kita perlu masukkan nama bank dalam hartanah kita itu. Gadaian ni dibuat serentak dengan pindahmilik. Present kat pejabat tanah dengan borang pindahmilik (MOT) yang dah disetemkan dan bayar duti setem, borang gadaian 16A yang asal dan 1 duplicate, geran asal dan beberapa perkara lagi berkaitan tuanpunya dan bakal pemilik.

Bila dah masuk ke pejabat tanah dia memakan masa untuk didaftarkan atas nama pembeli dan bank. Bagi pejabat tanah shah alam, mungkin selepas 6 bulan, bagi pejabat tanah kuala lumpur kurang daripada tu dan berbeza2 bagi pejabat tanah daerah dan negeri. Misalnya jika hartanah tu terletak di dengan hakmilik bermula dengan H.S.(D) dan Pajakan Negeri dan cop di atas gerannya di bawah Pendaftar Hakmilik maka dia akan didaftar di pejabat tanah dan galian negeri. Kalau H.S.(M) dan Pajakan Mukim dan dicopkan dibawah Pentadbir Tanah maka dia akan didaftar di pejabat tanah daerah. Misalnya daerah hulu langat di bangi nun. Tak dapat ditentu kan masa yang tepat bila dokumen ni boleh keluar kecuali kita ada kawan2 yang bertugas di pejabat tanah dan kawan2 ni boleh menolong mempercepatkan proses tanpa apa2 syarat dikenakan. Kalau nak cepat sebab ada urusan tertentu kita boleh menulis surat permohonan dan minta lawyer tolong submit ke pejabat tanah dan kita perlu rajin buat follow up di pejabat tanah. InsyaAllah boleh cepat dalam masa 2 bulan.

Memorandum of charge ni bagi dokumen loan dengan kerajaan cuma ada 2 salinan. 1 asal 1 duplicate. Jadi kedua2 ni akan masuk ke pejabat tanah jadi lawyer cuma ada salinan potostat. kalau kita nak kita minta potostat lah. tapi bagi bank islam misalnya ada 3 salinan. Kalau kita nak yg duplicate minta daripada lawyer tapi make sure kita tak hilangkan. Dan bagi loan BSN ada 4 salinan. Boleh minta 1.

Memorandum of charge ni bila masuk ke pejabat tanah, dan dah didaftarkan kita sebagi pemilik dan bank sebagai pemegang gadaian, pejabat tanah akan kembalikan 1 duplicate duplicate gadaian dan geran asal kepada kita. Ada juga kes2 di mana semua dokumen yang kita present dipulangkan kecuali MOT dan gadaian asal. Geran asal dan duplicate gadaian ini akan disimpan oleh bank. kalau nak satu salinan minta lawyer CTC dan bagi kpd kita.

9 Comments:

  • At September 2, 2008 at 10:38 PM , Anonymous Anonymous said...

    Thank you Noen. Kita dah pening dah baca ttg conveyancing ni..

     
  • At September 3, 2008 at 12:24 AM , Blogger mayysa said...

    Sebenarnya conveyancing bila kita belajar dan buat benda tu baru akan faham. Setakat baca, kita akan faham waktu tu lah, nanti kita akan lupa dan rasa benda tu complicated balik

     
  • At September 3, 2008 at 1:02 AM , Anonymous Anonymous said...

    Cuba try minum air banyak, kalau tak nak ambik herbalife. Pagi 1.5 liter, lunch 1.5 liter and malam pun 1.5 liter. Kita buat macam tu sambil minum herbalife. Kena ulang p toilet, tetapi elok utk badan. Lagi satu mak sedara kita suggest ambik Limina Plus, keluaran D'Navechee. Harga dalam Rm30 plus. Kita tak ambik sebab dah serasi dengan herbalife. Noen try Limina Plus. Tak sakit perut macam Merit. Merit memang perit.

     
  • At September 3, 2008 at 5:40 PM , Blogger mayysa said...

    tengoklah dulu. leesa formula yang kita sapu kat perut masa bersalin dulu ada lagi. pastu bio apa tah kita beli sebelum kawin dulu pun ada gak. perut mu buncit tak? kalau buncit, kat bahagian bawah je ke sampai kat atas sekali?

     
  • At September 3, 2008 at 6:47 PM , Anonymous Anonymous said...

    Dulu buncit, sampaikan org ingat kita mgandung lagi. Tetapi sejak ambik herbalife, dah kempis. Underwear yg dulu2 dah boleh pakai semula..hehehe. Kita sapu macam2 kat perut, duk kembung lagu tu, tak kempis pun. Tapi dgn herbalife, ada perubahan. Sukenya kita skrg..

    Noen habiskan apa yg ada. Bila dah habis, belilah limina plus. Yg ptg,minum air banyak2, kalau dapat 5 liter sehari lagi bagus.

     
  • At September 3, 2008 at 10:07 PM , Blogger mayysa said...

    Kalau minum banyak2 tu maknanya tak payah makan ke?

     
  • At September 3, 2008 at 11:21 PM , Anonymous Anonymous said...

    Bila minum byk, kita kurang makan sebab kenyang. Ini yg kita rasa. Lagi satu utk buang segala toksin dalam badan melalui buang air kecik

     
  • At February 27, 2018 at 8:34 PM , Blogger khairul said...

    Salam..berapa lama proses nk settlekan urusan MOC dengan pihak bank..?urusan ni antara lawyer dan pihak Bank..berpaa lama nk settle MOC sblm boleh submit MOT di PTG?

     
  • At March 4, 2018 at 9:53 PM , Blogger khairul said...

    salam..saya dalam proses buat MOC skang ni, sebelum buat MOC ni..Lawyer kita akan memohon kebenaran daripada pihak bank, utk pihak bank memberikan kebenaran kepada pihak lawyer tersebut untuk mewakilkan OWNer dan PIHAK BANK. Proses memohon kebenaran ni saya tak tahu berapa lama,(sape ada pengalaman boleh share) tapi mengikut kebiasaan 1-2 minggu diperlukan untuk pihak bank keluarkan surat kebenaran dan lawyer akan sediakan dokumen2 untuk pihak bank dan owner tandatangani dan seterusnya submit ke pejabat Tanah dan galian (PTG) untuk buat MOT MEMORANDOM OF TRANSFER.Proses MOT ini pula dalam masa 2 minggu maksimum sebelum geran dikeluarkan,ini menurut wakil PTG selangor yg saya hubungi.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home