mayysa

Thursday, June 26, 2008

Cinta itu besar maknanya


Cinta itu indah. Perkataan itu sendiri sedap bunyinya. Kasih, sayang, cinta ketiga-tiganya bahasa yang indah. jika dengar pun sejuk telinga apatah lagi maknanya. Cinta yang paling indah tentu lah kepada pencipta kita Allah yang maha Esa. Jika kita berjaya mencintai-Nya tentu lah lazat lagi nikmat yang kita bakal terima sebagai balasan cinta itu.

Cinta yang kedua antara insan sesama insan. ibu bapa kepada anak2 dan sebaliknya. jika dilakukan dengan cara yang betul kemanisannya akan kita rasa hingga ke liang lahad.

Juga cinta antara dua insan. Yang paling indah tentulah antara suami dan isteri bukan kekasih atau teman penawar hati yang tidak sah. Namun jika antara suami isteri mungkin yang paling susah untuk kekal kerana kita mengharapkan balasan daripada manusia yang bukan seibu sebapa dan sedarah dgn kita. jiwa yang berbeza, hati yang berlainan. yang perlu ada dalam diri kita adalah percaya, telus dan hormat dan bertolak ansur.

apa yang kita selalu lihat di dada2 akhbar kisah penceraian yang menakutkan. Andai cinta kita kepada Allah tiada maka Allah juga tidak mencintai kita dan akibatnya cinta kita sesama manusia juga pasti tidak akan kekal. Kehancuran cinta seperti itu juga mungkin ujian Allah kita hamba-Nya untuk melihat kekuatan batin kita dan iman kita kepada-Nya. Wallahu'alam.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home