mayysa

Wednesday, June 4, 2008

PETROL

Petang semalam hujan punya la lebat. Aku fikir... hmm hujan rahmat lah ni. Aku balik lambat sikit sampai je depan gate rumah terdengar deejay radio ikim.fm kata semua orang sedang ternanti2 kenaikan harga petrol yang akan diumumkan. Aik... petrol nak naik lagi? Sebab hujan lebat sangat tak dpt lah ambik anak. Jadi malas nak keluar kereta buka pintu pagar tgh hujan. Ok lah jom pi bubuh minyak lagi pun tank almost empty...

Aku pun patah balik dan drive ke stesen shell. walau pun aku pakai petronas tapi sebab tak ada petronas kat sri petaling n minyak nak naik aku pun menuju ke arah pekan sri petaling yang sekakang kera tu. Bila hampir dgn traffic light tu jln jam. agaknya sebab ada JUR org2 tabligh kat masjid tu kot jalan jam. tapi jam tu dr arah lain. takpa aku beratur je lah. sambil tgk2 jam kat kereta. dah hampir ke pukul 7.00 mlm. anak tak ambik lagi ni. akhirnya aku teka2 sendiri tentu org nak isi minyak ni. bila dekat je dgn stesen minyak Masya Allah... berderet2 kereta dok beratur. aku fikir pasal anak yang tak ambik lagi kat baby sitter lalu patah balik.

Teringat pula nak isi minyak kat petronas kat KESAS highway tu. tapi kena bayar tol lah pegi balik 4.40. Akhirnya dengar berita minyak akan naik pukul 12.00 malam. so bila2 pikir lebih baik p BHP Petrol kat carfour tu. So kona lah kereta balik ikut tu sebab tadi masa balik tadi BHP tu tak ramai org pun. Tiba2 mengucap panjang aku........... punya lah panjang deretan kereta nak masuk ke Sri petaling dari arah Shah Alam. beratus2. ada yang nak balik rumah ada yang nak iasi minyak kat BHP sebab BHP tu tepi traffic light.

Aku akhirnya give up. tutup aircon buka tingkap. dan bila lama sikit beratur free gear. Bila sampai rumah aku cakap pada husband yang macam aku juga tak peka isu semasa. Petrol naik 78sen. tiba2 sms syatur masuk ke celfon. tgh malam minyak naik 78sen. aku cakap kat husband aku abng mesti balik lepas maghrib jaga anak aku nak pi jugak bubuh minyak kat petronas. bila kali darab tolak dan campur aku masih untung kalau aku bubuh minyak sblm minyak naik. sebabnya tank aku kosong dan boleh muat lebih drpd 30 liter. jadi 78sen x 30 liter dah 23.40 sen.

Aku drive ke KESAS beratur jugak tu nak bubuh minyak. finally berjaya bubuh petrol sebanyak 32.932 liter iaitu 63.23 sen. kalau hari ni bubuh dah tentu RM88.95sen.

Balik rumah aku pun cakap kat husband... sedih sangat petrol dah naik. Itu lah perasaan aku yang sebenarnya. SEDIH dengan huruf besar. Sebab apa negara pengeluar minyak rakyatnya perlu menderita kenaikan harga minyak? Gaji aku naik just to cover cost minyak.

SEDIH... sangat lah SEDIH....

3 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home