mayysa

Thursday, June 19, 2008

Labaikallahummalabaik


Saya teringat sewaktu pertama kali menjejakkan kai ke bumi anbia, waktu tu dah senja rasanya. sementara nak melepasi imegresen puas menunggu. Masya-Allah lambat betul. Kemudian naik bas pula ke Madinah dah malam. bila sampai satu tempat tu sejuk angin malam dia. Tak ingat berapa jam dalam bas saampai ke Madinah awal pagi. Mungkin pukul 2 @ 3 pagi. Kalau nak diceritakn banyak peristiwa yang masih kekal abadi dalam sanubari. Daripada solat di masjid nabi, ziarah raudhah, maqam para sahabat dll hingga kali pertama memandang masjidilharam secara live.

Terpegun rasa macam nak menangis tapi saya tahan sebab malu. sebab yang pergi dgn saya tu semua dah berkali2 pergi termasuklah mak dan bapa saya. ada yang hampir setiap tahun. Subhanallah! betapa berserinya masjidil Haram. Masih teringat solat mengadap kaabah secara terus. solat sunat di hadapan kaabah. Saya tak pernah membayangkan bahawa saya akan sampai ke sana daalm usia yang masih muda. Mungkin kerana keikhlasan utk melihat Baitullah maka Allah lebihkan rezeki mak untuk membawa saya ke sana.

Jadi bagi sesiapa yang berpeluang untuk pergi jangan sia2kan rezeki yang Allah bagi. Buatlah segala amal ibadat yang termampu di sana termasuk solat2 sunat dan qadha yang lepas2. Ada beberapa perkara yang terkilan yang tak saya lakukan bersungguh2 di sana. Tak perlulah saya sebutkan.

Semoga yang nak bertolak selamat sampai, selamat pulang dan moga dapat pahala yang berlipat ganda. Bila balik nanti yang lepas biarlah lepas... betulkan niat baru dan teruskan perjalanan menuju akhirat yang kekal abadi. Ndaknya kita macam baby kat atas tu. Suci dan bersih dan berbau harum.

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home