mayysa

Wednesday, June 11, 2008

Rembulan Jadi Saksi

Sepasang mata yang selalunya bersinar dan ceria tu tiba-tiba sahaja nampak kabur cahayanya. aku tertanya2 samada akukah puncanya atau dia mempunyai masalah yang terlalu peribadi untuk dikongsi denganku. Aku duduk disebelahnya tetapi tidak rapat. Dia seakan terperanjat dengan kehadiranku tetapi tidak mengungkap sepatah katapun sehingga aku menyapanya.
"Pagi dah nak ke tengahari. dah mandi ke belum ni?" ayatku berbaur usikan.
"Bau tengik tak?" dia menjawab dengan soalan yang juga bernada usikan.
"bau juga. tapi tak lah setengik kambing," balasku. aku dengar dia ketawa kecil. aku tidak memandangnya sebaliknya pandangan kulontarkan ke hadapan kami nun lautan saujana mata memandang.
"kalau macam tu tak layak lagi lah kahwin ni," balasnya. aku sudah mendapat epastian bahawa cahaya yang pudar dari wajah dan matanya itu berpunca daripada aku. aku telah mencadangkan sesuatu yang dia keberatan untuk menerimanya.
"life is short. in fact too short to be to choosey" aku meluahkan kata2 yang aku yakin dia lupa. dia lupa bahawa hidup hanyalah jambatan ke akhirat yang kekal abadi.
"I'm not choosey.It's just that i'm not ready yet. i'm still young. " dia mempertahankan pendiriannya.
"bila perkataan still young itu kita cakapkan maknanya kita lupa yang Allah hanya pinjamkan nyawa setakat yang dia berkehendak. Bila sampai masa dia mengatakan nyawa itu bukan untuk ditarik dan dihembus lagi maka sampailah kita ke liang lahat," balasku teratur. sebagai insan yang sepanjang hidupnya mengabdikan diri kepada seni dan bahasa aku cuba mengolahkan sebaik mungkin supaya Solehah faham hidup yang indah ini adalah kehendak yang Maha Esa.

Ok... masih boleh ke aku menulis setelah hampir lebih setahun tidak mengolah ayat. bagi sesiapa nak sambung cerpen ni silakan. ni kisah mak sedara nak sedarkan anak sedaranya yang sedang asyik mashuk bercinta dengan pemuda dari Lombok. Dia nak jodohkan anak sedaranya dgn org malaysia jer

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home