mayysa

Friday, August 1, 2008

Petua gatal kepala

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis hari ini terpanggil untuk memperkatakan tentang petua. Saya mengalami masalah rambut gugur selepas tempoh berpantang. Tak perlu tunggu menyapu rumah kat mana-mana sahaja boleh jumlah helaian rambut saya yang gugur. Kalau waktu mandi tak usah ceritalah. Mesti ada segumpal rambut tersangkut pada penapis lubang air. Jadi saya gunaka syampu SELSUN BLUE untuk rambut gugur selepas tanya di farmasi. botol warna biru gelap, tudung hijau. Alhamdulillah sihat rambut dan gugur pun secara normal.

Malangnya bila syampu tu dah habis saya cuba pula syampu pantene. Sebab terpengaruh dgn iklan di TV dan juga kakak yang pakai dan berhasil. Hasilnya rambut saya gugur balik dan kepala penuh dengan kelemumur. Sangat banyak sampai asyik menggaru seperti "Chek Ar" (kera).

Akhirnya saya tukar balik kepada Selsun Blue tetapi sebab tak bagi instruction yg betul kepada suami masa membeli, dia beli anti dandruf. sepaptutnya untuk hairfall. Jadi kelemumur tu tak pun hilang dan rambut masih gugur.

So akhirnya saya dah hilang ikhtiar dan tak tahan dengan kegatalan yang saya alami. Saya teringat petua orang tua-tua yang memang diketahui tetapi malas nak diamalkan. Saya perap rambut saya dengan asam jawa yang dah dicampur dengan garam lebih kurang 15-20 minit. Alhamdulillah rasa ringan kepala dan gatal berkurangan. kelemumur pun tak lah seteruk minggu lalu. itu baru sekali buat.

Jadi itu lah petua untuk kepala yang gatal disebabkan kelemumur. Rambut gugur tu sebab kelemumur banyak. bila kelemumur dah get lost Insya Allah rambut akan sihat. Selamat mencuba!

4 Comments:

  • At August 3, 2008 at 6:14 PM , Anonymous Anonymous said...

    Guna sabun kels spirulina, kita dah guna 5 kali, kelumumur makin tiada. Gatal2 dan bau hapak bila bertudung pun sudah hilang. Akhirnya kita sudah jumpa syampoo yang paling serasi dengan kita. Cuba lah..

     
  • At August 4, 2008 at 12:50 AM , Blogger mayysa said...

    mu kalau bagi komen sokmo macam iklan. kita dah pakai sekali. nanti lah cuba lagi

     
  • At August 4, 2008 at 5:18 PM , Anonymous Anonymous said...

    Hehe...kita ni boleh dah jadi duta produk, tapi masalahnya tak pernah kekal lama dgn satu2 produk. Guna sebulan, tak ada kesan, terus stop. Tapi dgn kels ni kita nak try lama sikit, kalu betul2 menjadi, kita nak jadi rakanniaga kels. Dah ada org offer dah...

     
  • At August 6, 2008 at 12:22 AM , Blogger mayysa said...

    kalau mu jadi boleh lah kita tumpang beli. tapi kita dah jumpa tempat senang nak beli cuma harga mahal sikit lah daripada yang dalam laman web tu

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home