mayysa

Wednesday, August 6, 2008

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan


Ramadhan datang lagi, tidak boleh tidak. Ramadhan adalah bulan ibadat untuk umat islam. Ramadhan juga membawa seribu satu kenangan bagi setiap muslim tidak kira yang berpuasa atau tidak. Bagi yang ingkar berpuasa tu bawa bawa lah bertaubat yer. Kalau untuk enjoy orang mengatakan "Hidup hanya sekali" maka ingat lah juga "Nyawa hanya satu" dan "mati itu benar". sebab hidup hanya sekali maka hargailah nafas yang Allah bagi dengan beribadat kepadanya kerana apabila ajal telah datang tidak akan dilewatkan atau dicepatkan walau sedetik.

Bagi kaum hawa pula walau pun kita diberi keistimewaan untuk tidak berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan puasa ni tapi jangan lah jadikan bonus yang Allah bagi tu sebagai peluang untuk membuat parti makan-makan di surau. Memang tidak berdosa tetapi hormatilah orang yang berlapar dan dahaga menahan lapar. kalau nak makan pandai-pandai lah cari kesempatan yang lebih afdhal.

Setiap kali Ramadhan datang sudah tentu kita tidak terlepas membeli kuih muih di pasar Ramadhan kan? Saya juga macam tu. walau pun tak selalu tapi tetap menjengah. Tahun ini pasar Ramadhan di depan pejabat tentu lah dah jadi syarat untuk membeli sebelum balik ke rumah kan.

Dan daripada Abu Hurairah ra juga katanya, Rasulullah saw bersabda "makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang." (AlBukhori dan Muslim)

Hadith di atas jelas menuntut umat islam jangan membazir. Jadi kalau nak memebeli pelbagai jenis kuih tu belilah cuma jangan pula membazir. kalau beli empat jenis kuih jngan beli satu jenis sampai 10 biji tentu lah dah empat jenis 40 biji. tak habis makan punya.

Ingat-ingatlah orang yang hanya mampu makan bubur nasi ketika bulan puasa dan bukan bulan puasa. walau pun duit kita hak kita, jangan lupa ada bahagian mereka dalam hak kita tu.

Oleh yang demikian sama-sama lah kita ingat-mengingati dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

1 Comments:

  • At August 7, 2008 at 3:15 AM , Blogger neyseey said...

    terima kasih atas ingatan awal. Memang kita selalu lupa bahawa ada hak orang lain atas rezeki yang Allah bermurah hati bagi pada kita.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home