mayysa

Sunday, August 17, 2008

Anak Pengikat Kasih Sayang

Sengaja nak berlkongsi cerita tentang perkahwinan. Kepada yang dah berkahwin mungkin boleh dijadikan hiburan dan kepada yang belum boleh dijadikan teladan dan panduan. Nak dikatakan perkahwinan saya pilihan keluarga tidak juga walau pun kawin bukan atas dasar cinta. tapi boleh kata atas dasar suka sama suka sebab orang pilihkan kita rasa suka nak kawin. heheeh.. acah je. tapi yang jelas semua elemen yang ada dalam perkahwinan saya.

sebut aje 1. pilihan keluarga (orang pilihkan)
2. suka sama suka (setuju tu tanda suka)
3. terpaksa (sebab usia pun dah tua tak leh pilih2 dan pikir2 lama)
4. redha (perkahwinan pelengkap agama jadi redha lah dengan jodoh yang
Allah dah tunjukkan)

Satu lagi elemen yang paling penting yang saya takut hendak pertikaikan kerana dalam satu hadith ada mengatakan jika kita menolak jodoh orang yang soleh mungkin jodoh yang seterusnya akan terlalu lambat. Saya tak pasti samada hadith ini soheh atau tidak cuma lojiknya ada. Allah telah memberi rezeki yang baik tetapi kita menolak seolah-olah orang memberi hadiah dengan ikhlas tetapi kita memulangkannya. Bayangkan apa rasa hati si pemberi?

Berbalik kepada anak pengikat kasih sayang. Saya tidak akan mendefinisikan bahawa saya bercinta selepas berkahwin kerana saya tidak faham langsung apa itu istilah cinta yang sebenarnya. Cuma yang boleh saya katakan saya menyayangi suami saya dan saya dapat rasanya suami juga menyayangi saya.

Dan rasa kasih sayang itu lebih ketara setelah saya disahkan bakal menjadi ibu dan lebih mekar setelah cahaya mata itu lahir dan membesar. Pada saya kasih sayang kepada anak itu lah yang memekarkan rumahtangga kami. Kalau saya keletihan suami memahami dan tidak membebankan saya dengan tugasan rumah. tidak perlu memasak. Kalau nak makan masakan saya setakat mee segera pun jadilah. Tapi saya tidak mengambil kesempatan dengan keringanan yang dia berikan. Jika anak tidak 'buat hal' saya cuba menyediakan masakan di rumah walau pun hanya sejenis lauk.

Apa-apa pun kami memfokuskan keselesaan anak. Suami akan menawarkan untuk membuat kerja dapur jika anak tidak mahu bermain dengannya tetapi merengek untuk didukung oleh saya. Dari sini saya dapat rasakan kasih sayang itu lahir dengan adanya zuriat. Tapi apa yang saya utarakan di sini hanya untuk pasangan yang berkahwin tanpa mengenali dengan dekat pasangannya. Jadi jangan tunggu untuk mengenali betul2 pasangan anda baru merancang untuk mempunyai anak.

Anak juga sebagai medium untuk saya atau suami menyampaikan rasa hati. Samada dalam bentuk sindiran atau terus kami akan mengambil kira apa yang disampaikan itu. Mungkin cara ini tidak sesuai bagi orang lain tetapi bagi saya setakat ini memadai. Bagi pasangan yang dah lama bercinta mungkin lain lah pandangan dengan apa yang saya ceritakan di sini.

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home