mayysa

Tuesday, September 16, 2008

Hidayah yang Maha Esa

Aidilfitri hampir menjelang. Masa terasa berlalu pantas tiada apa yang berubah daripada rutin hari2 biasa. Maka kitalah yang rugi tidak dapat mengejar keberkatan dan pahala yang Allah lipat gandakan di dalam bulan mulia ini. Masa bukan tidak cukup kerana Allah telah menyediakan apa yang perlu untuk hamba-Nya sepertimana Allah hanya memberikan kewajipan solat 5 waktu untuk kita. Kita lah yang tidak pandai mengolah waktu itu untuk dicukupkan untuk segala urusan. Allah maha adil.

Saya terdengar di dalam rancangan "Tanyalah Ustaz" TV9 bahawa "celakalah orang2 yang tidak dapat menambah amalannya di dalam bulan ramadhan ini" yang dimaksudkan sebagai rugi bagi hamba2 yang tidak beramal dengan sebaik2 dalam bulan puasa ini. Saya memang merasai kerugian itu kerana begitu sedikit yang saya telah kerjakan jika hendak dibandingkan dengan hari2 biasa maka lebih kurang sama.

Tidak tahu di mana silapnya saya. Hendak kata salah hitung, kalau tak cukup jari calculator kan ada. nak kata salah lihat, mata masih berfungsi dengan baik. nak kata salah fikir, minda masih berakal dan waras. Apa yang saya harapkan daripada Allah tuhan sekalian alam adalah petunjuk dan hidayah-Nya. Kerana tiada apa yang boleh berlaku melainkan dengan kehendak-Nya. Amin...

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home