mayysa

Tuesday, September 9, 2008

Redemption statement

Redemption statement ialah penyata tebus hutang atau penyata baki hutang. Penyata ini ada berkait rapat dengan proses menjual hartanah kita yang masih berhutang dengan pihak bank. Dia macam statement of account. Kita nak tahu berapa lagi hutang kita dengan bank.

Biasanya penyata ini dikeluarkan oleh bank yg berkenaan bila diminta oleh peguam yang membuat permohonan dan disertakan dengan surat kebenaran oleh Pelanggan. Bank sama sekali tidak mengeluarkan penyata tersebut kepada peguam tanpa surat kebenaran atau surat kuasa daripada Pelanggan yang menyatakan peguam telah dilantik untuk menyelesaikan hutang sekaligus menyediakan dokumen discharge of charge atau pun receipt & reassignment.

Bank akan mengeluarkan penyata berserta faedah yang perlu dibayar biasanya dalam masa tiga bulan ke hadapan. Contohnya penyata dikeluarkan pada bulan januari, maka hutang yang masih ada dengan bank ialah dikira RM10,200.00 jika dibayar sebelum atau pada 28/2/2008, RM10,300.00 jika dibayar sebelum atau pada 31/3/2008 dan RM10,400.00 jika dibayar sebelum atau pada 30/4/2008. Jadi peguam akan cuba sedaya upaya mengejar tarikh2 untuk menyelesaikan hutang. Jika tarikh2 tersebut telah expire maka peguam akan meminta fresh penyata yang mana Pelanggan akan terpaksa membayar RM100.00 yg dipotong terus daripada akaun loan tersebut untuk penyata baru. Penyata pertama free, penyata kedua berbayar bergantung di mana jumlahnya tidak sama bagi setiap bank. Biasanya RM100.00 shj.

Ada juga bank yg mengeluarkan penyata dalam bentuk satu jumlah sahaja. Contohnya peguam meminta penyata dikeluarkan dalam bulan ogos. Penyata dikeluarkan dan bank memberi masa 6 bulan untuk dibayar dengan jumlah RM10,000.00 misalnya. penyata akan tamat pada bulan february.

Badi kes loan kerajaan malaysia, penyata dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dengan enam jumlah. Ini seperti kes pertama di atas cuma jumlahnya bagi 6 bulan ke hadapan. Bagi bank2 yang akan menebus hutang dengan kerajaan malaysia, maka mereka akan mengeluarkan penyata bagi tempoh 6 bulan juga. ibaratnya loan kerajaan malaysia diberi keutamaan.

Bagaimana hutang ditebus?
Secara ringkasnya, setelah dokumen R&R atau discharge siap, dan kita telah mendapat cek tebus hutang daripada bank pembeli hartanah yang hendak membayar kepada bank penjual hartanah maka cek tersebut berserta dokumen R&R atau discharge dihantar kepada bank penjual untuk menebus hutangnya. Jumlah hutang tersebut mestilah mengikut penyata tebus hutang. Jika cek dikeluarkan dalam bulan jun maka jumlahnya mesti sama dengan jumlah yang dinyatakan untuk bulan jun juga. Jika terlewat sehari dua masih boleh diterima.

Jadi hutang penjual dengan banknya selesai. Itu lah proses menebus baki hutang.

4 Comments:

  • At May 7, 2018 at 3:14 AM , Blogger Unknown said...

    saya ada jual rumah. sekarang dalam proses antara bank pembeli dengan bank saya buat loan rumah dulu. biasanya proses ni mengambil masa berapa lama sebelum saya boleh dapat duit hasil jual rumah ni?

     
  • At May 10, 2018 at 1:27 AM , Blogger mapieceofart said...

    Dari pengalaman saya, it will take around 4-6 months for the bank to disburse the money kepada penjual :)

     
  • At June 29, 2019 at 7:37 PM , Blogger Unknown said...

    Saya adalah pembeli rumah,menerima 1 surat dari bank untuk menebus hutang penjual sebanyak rm1k,adakah perkara ini berlaku?...terima kasih

     
  • At August 19, 2020 at 2:40 AM , Blogger Unknown said...

    Nak tanya, jika mot dh keluar, skrg urusan advise redemption sum, lama lagi ke untuk saya dapat 10% deposit rumah yg saya beli

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home