mayysa

Wednesday, November 12, 2008

Kakak

Bila menghadapi ujian rumahtangga aku tiba2 teringatkan kakak sulung di kampung. Kalau nak diibaratkan kakak bagai keramat hidup. Suami kakak bukanlah seorang jahat yang kaki botol, kaki pukul atau berperangai seperti manusia bertopengkan syaitan cuma suaminya terlalu banyak karenah sehinggakan jika diletakkan aku di tempatnya aku tidak akan sanggup sama sekali lebih baiklah membujang hingga ke tua daripada bersuamikan org seperti itu. Terlalu banyak karenah yang menguji kesabaran seorang isteri, ibu & bapa mertua, ipar duai dan anak2. Seolah2 segala kelakuannya untuk mencipta perang dingin. Sehinggakan bapa yang pendiam dan tidak banyak bercakap pun boleh naik angin dek tingkah lakunya. Tapi yang baiknya suaminya itu dia mengambil berat kebajikan siteri dan anak2nya selagi tidak melibatkan keluarga sebelah mertua (kami).

Berbalik kepada kakak, itu lah yang dikatakan keramat hidup, dia nampak relaks sepanjang masa. Tidak pernah merajuk panjang jauh sekali berperang mulut bertegang urat atau melayang periuk belanga dgn suaminya. Mungkin yang paling senang untuk meluahkan rasa hati adalah bercerita kepada mak dan kami adik2nya. Tetapi dalam bait2 katanya langsung tidak menampakkan ada dendam atau luka hati yang dalam. Baru2 ini ketika beraya di kampung, kami berbual dan terkeluar satu topik berkenaan jiran kakak yang selalu bertandang ke rumah minta sarapan. Kdang2 duduk berbual sampai dua tiga jam sehari di rumah sehingga kita yang mendengar ceritanya dan mata yang melihat menjadi meluat. Kata mak, kalau mak di tempat kakak mak buat aje hati kering cakap depan2 yang dia sibuk janganlah selalu bertandang. Jawab kakak, dia tak berasa nak marah. tak tau macam mana nak marah dan tak berkecil hati pun. Subhanallah, Allah menjadikan dia begitu. Walau pun kakak pada zahirnya bukan lah perempuan yang nampak lemah lembut malah dia pernah berkhidmat dalam askar wataniah tetapi hatinya selembut sutera.

Aku belum lagi berjumpa dengan insan seperti dia. Kalau lah kakak seperti aku aku amat yakin rumahtangganya takkan bertahan sehingga hari ini sudah lebih 21 tahun dengan pasangan yang kita nampak langsung tidak cocok samada dari segi penampilan atau pun tingkah laku.

Mungkin juga itu satu anugerah Allah untuk kakak yang aku lihat sentiasa mengerjakan solat sunat terbit matahari dan sunat dhuha. Rezekinya pun sentiasa melimpah ruah. Aku rasa aku pertlu menjadi seperti kakak dalam mengharungi pahit getir alam rumah tangga. Hendak menjadi seperti itu bukannya senang kerana latar belakang kita yang berbeza. Kakak misalnya sangat periang berbeza dgn aku yang suka memendam dan kadang kala suka menyendiri. Aku sangat sensitif dan dalam banyak hal aku perahsia dan terlalu banyak berfikir.

Besar ujiannya hendak hidup bahagia. Kata orang kita akan rasa aman jika hati kita tenang. Mencari ketenangan itu adalah langkah pertama untuk menuju kebahagiaan. Insya-Allah. Apa yang aku lalui agaknya hanya secebis daripada ujian getir dalam hidup kakak yang juga pernah berhadapan dengan seorang mertua yang ..... sedangkan aku sama sekali tidak akan berhadapan dgn hidup bermertua.

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home