mayysa

Tuesday, January 27, 2009

Langkahan Pertama

"A journey of a thousand miles begin with the first step"
Hari ini langkah pertama yang pernah aku hembuskan saat aku dilahirkan 34 tahun lalu berulang lagi. Namun ulangan nya bukan lah seperti tayangan semula Anugerah Juara Lagu, Festival Filem Malaysia atau pun apa-apa acara yang diulang dalam bentuk tertunda. Aku menyambut ulang tahun kelahiran hari ini dengan jalan cerita yang berbeza. Celcom adalah yang pertama mengucapkan Selamat Hari Lahir dengan memberikan 7 hari airtime percuma berkomunikasi dengan teman2 yang terdapat dalam 8pax. Aku terbayangkan sebiji kek icing yang terdapat di kedai kek muslim di Sg Besi. Kedai yang acapkali aku kunjungi untuk membeli bun untuk anakku. Namun gambaran kek itu hilang saat aku ingat kembali zaman itu sudah berlalu. Yang aku inginkan sukar aku gambarkan kerana jika terlalu aku dambakan ia akan memedihkan jiwa.
Ya zaman itu sudah berlalu. Sememangnya umur tidak menjadi isu. Tambahlah walau sepuluh atau dua puluh lagi. yang penting bagaimana kita menghabiskan setiap langkahan itu.
Jika aku telah hampir berjaya menunaikan azam tahun baru kini aku juga ada azam baru untuk aku tunaikan saat usia sudah menginjak ke arah maghrib. aku ingin tanamkan bahawa hidupku hanya untuk-NYA. Yang aku impikan adalah kasih sayang-NYA dan tujuan ku adalah melangkah ke arah-NYA. aku amat-amat berharap azamku ini akan termakbul dengan kehendak-NYA dan aku akan jadi jauh lebih baik daripada sebelum-NYA.

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home