mayysa

Tuesday, August 25, 2009

Bakhil/Kedekut

Ini nak cerita sedikit pengajaran buat kita ye. Saya sedang handle satu kes di mana Penjual dan Pembeli saling mengenali. Pembeli dah ready dari segala aspek untuk beli satu property termasuk pinjaman perumahan pun dah diluluskan oleh bank yang berkaitan. firma kami mewakili Pembeli. Masalah yang kami hadapi ialah Penjual tak nak lantik lawyer.

Dia takut lawyer caj mahal. Kami dah advise dia, kalau dia kongsi lawyer dgn Pembeli maka caj lawyer tak mahal lebih kurang 700 sahaja. Tapi dia tak mahu. Kononnya jika ditolak harga belian dengan fee kami nanti dia tak akandapat banyak. So oleh sebab saya fikir dia takut ditipu oleh kami sebagai lawyer Pembeli saya advise dia untuk lantik lawyer lain sebagai lawyer dia tapi dia tetap tak nak. Dia nak buat semua perkara sendiri.

Daripada perbualan saya dan dia, saya dapat buat kesimpulan pengetahuan dia berkenaan dengan jual beli adalah almost 0. Itu dan ini tak tahu. Sampai sekarang kami masih tak boleh nak draf surat perjanjian sebab dia tak supply satu dokumen yang penting. So, macam mana? Banyak lagi proses yang akan kita buat yang menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa perjanjian jual beli ini boleh memakan masa lebih setahun.

Jadi jangan lah kita terlalu bakhil dan kedekut dengan rezeki yang Allah bagi. Takde nak muflis dengan rezeki yang kita kongsi dengan orang lain. Nak duit tu bulat2 masuk poket dia. Yang susahnya siapa? Dia juga sebenarnya. yang kerja tak jalan saya dan yang tertunggu-tunggu Pembeli. Untuk orang kat luar sana kalau bab yang kita tak tahu serahkan kepada yang tahu jangan main dengar cakap kawan2 yang hanya jual rumah sekali seumur hidup atau pun kawan-kawan yang juga dengar cakap kawan yang lain. Ini lah masalah Penjual ni.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home