mayysa

Monday, May 25, 2009

Orang Kaya

Tak tau nak definisi orang kaya tu perwatakannya sepatutnya macam mana sebab kebanyakan client aku yang dari area bangsar orang kaya2 tapi perwatakan dia orang berbeza. ada yang nampak macam org kaya tapi ada yang tak. Ada yang sederhana tapi nampak macam kaya.

Kemarin aku pi hantar keta aku cuci dan polish. Seumur hidup keta tu bertuankan aku inilah kali pertama aku make up dia. Mesti dia happy kan. Semasa tunggu dia org nak finalise keta aku tu, ada sebuah lori, agak panjang la tengah reverve ke arah tempat aku berdiri tapi jaraknya jauhlah. Lorong kat sini dah jadi sempit sebab kereta terlalu padat. So tengah dia reverse tu dah halfway, tiba-tiba sebuah MPV datang. Nak kata MPV taklah besar sangat tapi memang macam tu lah aku tak perasa tajuk dia. Honda ke chevrolet ke, renault ke cumanya colour hitam dan nampak hebat lah. Driver tu terus hon lori yang tengah reverse tu. Tapi lori tu dah halfway kan dia pun cuba lah habis kan unduran dia. Sekali lagi keta gah tu honkan dia. Aku pun ikut tertengok sekali lah.

Tiba-tiba telinga aku menangkap satu suara "orang kaya" bunyi nya. Lori tu terus brek dulu membiarkan "orang kaya" itu lalu. Rasanya betul2 ke kereta yang gah tu ialah kereta orang kaya? Macam tu kah attitude orang kaya sebenarnya? Minta dijauhkan Allah diri kita menjadi macam tu. Atau mungkin ada logiknya attitude pemandu kereta tu takut lori tu reverse langgar dia? Logik tak?

3 Comments:

  • At May 26, 2009 at 2:43 AM , Blogger neyseey said...

    Kata Hamka orang yang paling kaya ialah orang yang paling sedikit keinginannya.

    Kalau keinginan mahu orang lain sentiasa utamakan dia je, dah jatuh taraf miskin tu.

    Tak apa, mari kita berprasangka baik-dia bimbang lori tu akan langgar dia.

     
  • At May 27, 2009 at 1:19 AM , Blogger mayysa said...

    Sapa pula musafir hidup ni. Baik hidup kalau mati maunya aku tutup blog ni. Dah dapat feedback dari orang mati pulak... cam seram gitu. tapi islam pun memang mengajar kita untuk berprasangka baik kan

     
  • At May 27, 2009 at 2:01 AM , Blogger neyseey said...

    Hahaha..mestilah tukar status yang bersesuaian. Akukan jadi musafir start 1hb ni.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home