mayysa

Thursday, May 21, 2009

Ketakutan

Takut ni banyak jenis. Takut hantu, takut penjenayah, takut nak bawa kereta, takut nak jalan malam, takut nak kawin, takut nak menjanda, takut itu dan takut ini. Tahu tak apakah salah satu takut yang boleh bawa kemanisan dalam hidup? Takut nak bersalin. Saya rasa rata-rata orang dah berkahwin nakkan anak, tapi kebanyakannya takut nak beranak. Untuk yang belum pernah merasai sakit bersalin tu tentu takut tu kurang cuma berdebar tapi yang dah merasai bersalin anak sulung tentu ada rasa takut untuk melangkah ke nombor 2. Saya pun macam tu.

Memang dikurniakan anak ada tu sesuatu yang manis. Maha suci Allah yang menjadikan satu kepahitan yang kita lalui berakhir dengan kemanisan yang tidak dapat digambarkan. Sejak perut makin membesar ni rasa takut tu semakin dekat tambahan pula saya disahkan oleh doktor bahawa kandungan gula dalam darah tinggi. Dengan kata lain mengidap kencing manis. Mungkin bukan permanent tapi cara nak atasi masalah tu sangat serius sehingga mendatangkan ketakutan dan forbia.

Ditambah pula memikirkan kesakitan yang tak dapat digambarkan ketika bersalin. Walau pun pengalaman bersalin kali pertama sakit hanya 2 jam tetapi tetap sakit dan saya rasakan saya tak pernah mengalami kesakitan yang sebegitu seumur hidup. Anehnya ketakutan itu tidak menjadikan saya forbia untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata. Takut tetap takut tetapi keindahan menggendong bayi yang baru lahir sungguh nikmat.

Do'akan saya selamat menjalani hari-hari sehingga selamat melahirkan. Saya tetap takut tetapi ini adalah tugas dan amanah kepada saya atau kepada isteri lainnya sebagai wanita dan khalifah di muka bumi.

3 Comments:

  • At May 21, 2009 at 8:07 AM , Blogger neyseey said...

    Bestnye..dapat baby lagi.
    Takut yang dah alami ok sebab dah tahu dan boleh bersedia.

     
  • At May 21, 2009 at 7:38 PM , Blogger mayysa said...

    Entahlah. Sejak dah meningkat akhir remaja ni, aku makin tak tahan sakit. Orang kata sakit bersalin pun bergantung pada amal ibadat kita. Dulu tu aku memang tiap2 hari baca Al-Quran. Kadang2 satu hari 2-3 kali. Sekarang 2-3 hari sekali pun tak sempat. Start baca je anak pun start lah radio dia atau pun sibuk nak kalih muka surat lain. macam mana nak baca. Tu yang aku hairan macam mana menteri wanita menguruskan masa yang kita ada hanya 24 jam sehari ni.

     
  • At May 25, 2009 at 6:40 PM , Anonymous Anonymous said...

    lepas ni pass baton kat kita, nak pregnant lah juga..

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home