mayysa

Friday, April 10, 2009

Bunga Dari Kuburan

Aku semakin hairan apabila jambangan bunga seolah-olah ditukar setiap tiga atau empat hari sekali. Siapa yang menukarnya adalah satu soalan tetapi ada soalan lain lagi yang lebih aneh jawapannya mungkin. Kenapa jambangan-jambangan bunga yang sentiasa segar itu kelihatannya seperti bunga dari kuburan Sulaiman.

Sebelum ini memang tidak terlintas jambangan-jambangan bunga itu dari kuburan Sulaiman sehinggalah dua kali aku mengunjungi kuburnya. Kali pertama aku berasa bunga-bunga yang kulihat di sekeliling kuburnya seperti terlalu biasa kulihat. Spesis bunga daisy dan kemboja. Spesis yang agak kurang kedapatan di mana-mana. Selepas kali kedua baru mindaku dapat memfokus apa yang tidak kena. Ya! bunga-bunga itu selalu membentuk jambangan yang diletakkan di atas meja makan di ruang dapur. Bunga dari kuburan?

Bulu romaku meremang tiba-tiba. Haruman kemboja menusuk rongga hidung. Sulaiman.. awakkah yang meletakkan jambangan-jambangan bunga itu?

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home