mayysa

Wednesday, March 25, 2009


Saya kurang sibuk sekarang. Projek ada tapi pending itu ini, so dapatlah update blog. Dalam hidup kita saya percaya, setiap daripada kita kekurangan satu yang dia paling dambakan. Semua keperluan lain telah lengkap, tetapi tentunya ada satu atau dua kekurangan yang belum dapat dipenuhi. Sebabnya mungkin belum ada rezeki untuk mendapatkan perkara tersebut walau pun perkara itu kadang-kadang boleh kita dapatkan sendiri.

Contohnya saya sedang mengimpikan sebuah rumah. Kalau nak diikutkan, saya boleh sahaja membeli sebuah rumah yang kecil dengan harga lelong untuk memenuhi keperluan tersebut tetapi saya juga inginkan kesempurnaan. Seperti gambaran yang saya letakkan di sini. Soalnya mampukah saya. Jawabnya ... masih belum. Namun sejak akhir-akhir ini saya terlalu memikirkan berkenaan rumah sendiri. Sebenarnya saya tidak perlu memikirkan hal tersebut kerana selagi suami berkhidmat dengan majikannya sekarang sewa rumah kami dibayar. Malah telah ada ura-ura untuk membangunkan kuaters baru untuk kakitangan yang tinggal menyewa.

Kuaters atau rumah sewa bukan satu kepuasan. Saya telah memasang angan-angan untuk membina sebuah rumah yang comel sebagai rumah percutian kami. Tanahnya saya akan cuba dapatkan di kawasan kampung yang sedikit jauh daripada bandar besar seperti KL. Dalam impian saya itu rumah tersebut mestilah memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik air dan tandas, dapur yang selesa, ruang makan dan ruang tamu seperti rumah2 normal yang lain. Cuma, oleh kerana saya tidak berhasrat membuat pinjaman bank, maka saya hanya akan membina rumah tersebut dengan kos minimum iaitu sebuah rumah kampung yang tidak mempunyai lantai berjubin atau perkakasan yang up to date. Asalkan saya dapat merealisasikan impian saya sudah Alhamdulillah.

Allah lah yang maha mengetahui betapa banyaknya rahmat dan nikmat yang Dia telah curahkan kepada saya yang kurang bersyukur ini. Hamba yang menzalimi diri sendiri. Namun Allah jualah yang telah memakbul semua permintaan hamba-Nya tidak kita muslim atau tidak, jahat atau baik kerana dia Maha Pemurah.

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home