mayysa

Tuesday, March 3, 2009

Kisah Seorang Peguam

Rasa2nya sekarang tiada sesiapa pun boleh betul2 kita percayai. Peguam ke , doktor ke, cikgu ke. Bacalah kisah ni.

Saya baru saja menyelesaikan satu kes jual beli sumah second hand. Kes nya tak complicated tetapi pihak-pihak yang terlibat di dalam kes ini telah membuat kan kes ini menjadi rumit. Saya namakan Penjual sebagai Cik Jual dan Pembeli sebagai Cik Beli. Jantina kedua-duanya adalah dirahsiakan.

Cik Jual telah menjual rumah teres 1 tingkat basic dengan harga 200k. Rumah lama tahun 80an. Pada pendapat Cik Beli harga tersebut mahal memandangkan banyak yang perlu dibaiki. Oleh sebab rumah tersebut elok lokasinya bagi Cik Beli yang telah berkeluarga maka Cik Beli tetap berhasrat meneruskan pembelian. Dia juga ingin menyewa rumah tersebut sementara urusan jual beli berjalan. Jadi Cik Beli telah meminta Cik Jual pengurangan sewa sebanyak RM100 sebulan. Walau pun keberatan Cik Jual telah membenarkan.

Walau bagaimanapun pada awal kes ini berlaku sedikit kekhilafan tentang status rumah tersebut samada sudah ada geran atau tidak sehingga berlaku sedikit kelengahan disebabkan Cik Jual tidak tahu yang rumah tersebut telah lama mempunyai geran dan Cik Jual memang membayar cukai tanah setiap tahun.

Lawyer yang menguruskan urusan ini telah menyerahkan kepada saya kerana beliau tidak sanggup lagi meneruskan urusan tersebut kerana yakin akan menghadapi masalah yang lebih rumit. Jadi saya telah mengambil alih urusan ini dan memang terbukti bermasalah bukan kerana hartanah tersebut bermasalah tetapi pihak yang kurang memahami urusan yang menimbulkan masalah.

Fakta kes: Hartanah leasehold jadi perlu kebenaran pihak berkuasa negeri. Cik jual mengambil pinjaman kerajaan begitu juga dengan Cik Beli jadi masalah utama ialah perkara ini akan menjadi perlahan. Contohnya apabila kami meminta pihak perbendaharaan mengeluarkan surat kebenaran menggadai pada bulan 5 request bulan 7 baru dapat. Kebenaran pejabat tanah juga mengambil masa tetapi dalam kes ini lebih cepat kerana kata Cik Jual dia telah membelanja rakannya di pejabat tanah untuk mempercepatkan proses. Proses mendapatkan notis taksiran duti setem juga lewat melebihi sebulan kerana notis hilang setelah diposkan. Jadi apa yang boleh saya lakukan? Saya tidak boleh membuat penilaian sendiri.

Begitu juga prosedur perbendaharaan yang mengkehendaki geran didaftarkan terlebih dahulu atas nama Cik Beli baru mereka akan mengeluarkan bayaran akhir. Tidak seperti bank yang akan mengeluarkan bayaran akhir hanya dengan kita menyerahkan dokumen berkaitan dan slip perserahan pindahmilik. Perbendaharaan juga mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan cek bayaran akhir iaitu hampir sebulan. Ini kerana antara bulan Nov.-Februari begitu banyak cuti umum yang menyebabkan pekerja tidak kira kakitangan awam atau pun swasta mengambil cuti. Kita tidak boleh haling orang bercuti kerana mereka mempunyai hak berbuat demikian dengan pelbagai alasan.

Semua factor ini telah melewatkan kes ini. Walau bagaimanapun sepanjang saya mengendalikan kes-kes hartanah leasehold dan pinjaman kerajaan saya dapati kes ini tidaklah begitu perlahan kerana disudahkan sebelum tempoh setahun. Itu satu kemajuan yang baik. Saya sendiri menguruskan urusan pejabat tanah termasuklah memasukkan permohonan kebenaran pindahmilik, gadai dan perserahan pindahmilik. Untuk makluman Cik Jual tidak membayar kami walau sesen pun dengan alasan tidak berduit sedangkan beliau mempunyai pekerjaan dan tiada tanggungan berat.

Akhirnya setelah menghadapi semua susah payah saya menyelesaikan kes ini. Walau bagaimanapun satu yang saya kesali ialah karenah Cik Jual yang amat mendukacitakan. Saya akui pada zaman moden ini apabila seseorang telah mengerjakan rukun islam yang terakhir kita tidak boleh dengan yakin mengatakan dia orang baik2. Tetapi kita tidak juga boleh memandang nya dengan negative kerana ia sepatutnya menjadi positif. Cik Jual walau pun dengan nyata dan terang sering bercakap soal haram halal dosa pahala dunia akhirat telah mengambil keputusan untuk mengenakan interest lewat bayar kepada Cik Beli. Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah hak Cik Jual di dalam Perjanjian.Tetapi memandangkan Cik Jual mendapat keuntungan melebihi seratus ribu tidak bolehkah dia bertolak ansur untuk mengecualikan interest tersebut kerana kelewatan bukan kerana Cik Beli sengaja melewat-lewatkan proses. Malah Cik Beli masih membayar sewa rumah walau pun hutang Cik Jual telah selesai dengan pihak kerajaan Malaysia.

Oleh sebab Cik Jual mengenakan interest maka Cik Beli pula yang telah bersetuju untuk membayar sebahagian bil Cik Jual telah tidak jadi berbuat demikian.. Interest tersebut berjumlah RM2+++. Cik Beli perlu top up Cik Jual berjumlah RM3++. Maka Cik Jual berasa marah kerana Cik Beli mungkir janji. Begini ceritanya. Pada hari mereka datang ke pejabat saya untuk menandatangani perjanjian saya telah menerangkan syarat-syarat yang penting termasuk memberikan bil bagi kos guaman. Saya masih ingat sewaktu Cik Jual melihat bilnya yang berjumlah kurang daripada RM900 beliau mengatakan banyak. Dan dengan muka yang seperti sedih gitu memandang ke arah Cik Beli. Saya menerangkan bil tersebut tidak banyak kerana urusan yang kami perlu jalankan bukanlah sedikit. Oleh sebab Cik Jual nampak keberatan lalu Cik Beli katakan tak apalah biar dia yang top up.

Saya agak terperanjat dengan kebaikan Cik Beli tetapi tidak perlu katakan apa-apa kerana mungkin dia bersimpati dengan Cik Jual. Akhirnya semasa perbualan di telefon saya dapat tahu bahawa Cik Beli ingin proses dicepatkan kerana dia ingin rumah tersebut menjadi miliknya supaya dia boleh membuat ubahsuai dan membaiki banyak bahagian yang rosak.

Apabila Cik Beli tidak jadi top up bil Cik Jual, Cik Jual akhirnya mengatakan bahawa dia telah bertolak ansur memberikan sewa yang lebih rendah jadi sekarang dia hendak mengambil balik semua sewa yang dikurangkan tersebut daripada deposit sewa Cik Beli. Maksudnya tidak akan memulangkan deposit sewa tersebut seratus peratus.

Cik Beli pula menjadi tawar hati dan mengatakan bahawa Cik Jual juga telah berjanji bahawa Cik Beli hanya perlu membayar sewa sehingga loan lulus. Loan sudah lama lulus dan hutang telah dibayar jadi dia nakkan sewanya diberi semula oleh Cik Jual. Dia juga tidak akan membayar kenaikan sewa yang dikenakan oleh Cik Jual. Sebenarnya banyak lagi dispute di sini. Dimana Cik Jual asyik mengatakan Cik beli telah mengatakan kepadanya urusan jual beli hanya akan mengambil masa 3 bulan sahaja. Tetapi semasa menandatangani perjanjian saya juga sudah terangkan urusan akan melebihi 6 bulan. Tidak akan kurang. Cik Jual juga mendakwa dia telah membenarkan Cik Beli membayar deposit kurang daripada 10% seperti diminta. Cik Jual juga seolah-olah mengugut saya apabila saya katakan saya tidak boleh mengurangkan lagi bil nya. Dia katakan dia telah merujuk kepada seorang Datuk (bekas peguam) yang mana isterinya dulu bekas lecturer saya. Saya tegaskan bahawa dia boleh merujuk kepada mana-mana peguam pun apa yang saya bilkan kepadanya. Malah saya minta Cik Jual meminta skala peguam daripada Datuk yang dinyatakan kepada saya. Saya tidak takut kerana saya tidak menipu dan tak ada niat untuk menipu mana-mana pelanggan saya pun.

Cik Jual juga ada memutar belit kata-kata saya bahawa saya boleh waivekan bayaran di dalam bil tersebut. Saya tidak akan sama sekali mengatakan bayaran boleh diwaivekan. Saya Cuma katakana boleh dikurangkan pada bahagian printing, pos, fax transportation dan agent services. Tetapi saya tidak kurangkan kerana apa yang saya cajkan adalah pada kadar normal. Tidak tinggi memandangkan saya yang membuat sendiri semua urusan supaya boleh dicepatkan.

Cik Jual ada menyebut juga bahawa dia telah terlepas untuk menunaikan umrah pada bulan puasa lepas. Itu tujuan utama dia menjual rumahnya. Saya katakan dulu saya tak yakin sempat dia nak tunaikan umrah tetapi saya akan cuba. Saya telah cuba, tetapi gagal. Itu adalah qadha dan qadar. Bukan rezeki dia nak ke mekah tahun lepas.Jadi dia mengatakan kepada saya jadi adalah qadha dan qadar juga Cik Beli perlu membayar interest kepadanya dan dia strictly nak ikut Agreement. Tak apalah saya tak mau halang dia menuntut haknya tetapi caranya sangat menyedihkan kerana saya berurusan dengan orang melayu beragama islam.

Walau pun saya belum menunaikan haji, tidak nampak seperti seorang ustazah tetapi saya tahu apa hukumnya bagi orang berdosa dan apa ganjaran orang membuat pahala. Saya takut neraka Allah dan rindukan syurga-NYA. Cik Beli memang sering meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Cik Jual tetapi saya hanya boleh mengatakan kita harus ikhlas supaya kita tidak tension. Dia merungut rumah mahal tetapi sudah banyak rosak jadi saya katakan dah dia nak beli juga terpaksalah ambil risiko. Sama juga dengan Cik Jual dah dia setuju terima deposit rendah dia tak boleh nak berpatah balik lagi kerana ini konsep “willing seller willing buyer”. Tak ada sesiapa keluarkan pistol untuk paksa satu sama lain sain agreement.

Satu lagi yang saya kesalkan apabila saya nyatakan mungkin Cik Beli kesian kpd Cik Jual yang menyebabkan Cik Beli setuju top up bayaran bil Cik Jual. Jawab Cik Jual, kita tak boleh kesian kesian. Masya-Allah, orang nak berbuat baik kat dia, dia nak putar belit orang. Saya bukan pro Cik Beli kerana dia client saya tetapi ayat-ayat saya sendiri telah diputar belitkan oleh Cik Jual. Jadi saya lebih bersimpati kepada Cik Beli yang ditindas oleh orang tua yang pada mulanya nampak seperti begitu dhaif dan innocent. Saya sendiri hampir tertipu kerana saya bukan jenis yang pandai menganalisa manusia lain.

Itu lah antara ceritanya yang saya nukilkan di sini untuk direnung2kan dan kalau boleh bagi pendapat. Apa sepatutnya akhiran yang baik untuk kes ini. Saya sebagai peguamlah yang paling tension. Semalam Cik Beli ada katakan kepada saya relax kak jangan tension. Saya tak boleh berhenti berfikir. Saya tak boleh nak asingkan pekerjaan dan peribadi. Balik rumah masih fikirkan kerja. Datang kerja kadang2 fikirkan rumah. Saya respect bagi sesiapa yang boleh asingkan kedua2 perkara ini. Saya yakin kalau ada orang yang boleh asingkan kedua2 ini, maka tak ada lah orang yang ambil cuti seminggu dua minggu untuk menenangkan fikiran. Professional atau tidak itu lain cerita kerana kita hanya makhluk ALLAH yang kerdil. Setinggi mana pun tahap professional kita, kita sesekali tidak mampu menduakan sesuatu yang asalnya daripada satu daerah iaitu MINDA.


Kes-kes yang begini lah yang buatkan saya berfikir untuk duduk rumah jaga anak supaya anak membesar di sisi kita dan menjadi insan kamil. Saya juga terfikir nak buat maruku di waktu pagi dan petang jaga anak. Cukuplah kalau sekadar boleh menampung hidup tak perlu hidup yang mewah kerana hidup di dunia hanya sementara. Tetapi apabila difikirkan semula hidup yang sementara ini kita tidak tahu jangka hayatnya. Mungkin kita akan hidup 30 tahun lagi atau 40 tahun lagi sedangkan kita perlu sediakan 2 bekal. Tak cukup bekal dunia macam mana nak buat bekal akhirat.

2 Comments:

  • At March 6, 2009 at 3:13 AM , Blogger neyseey said...

    Panjangnya posting..
    Nak buat macamana ragam manusia seribu satu.
    Yang lecehnya bila kita diheret bersama.

     
  • At April 19, 2009 at 1:25 AM , Blogger Unknown said...

    kami ada menawarkan sistem jualan topup melalui sms. Sistem yang cepat dan terpantas. Komisyen celcom 5% dan maxis 4%. Berminat? email me at reloadexpert@gmail.com

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home