mayysa

Tuesday, June 9, 2009

Ayah & Ibu

Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
ar...arrrr


Harap2 betullah rangkap yang saya tulis tu sebagai sebahagian lagu nyanyian Allayarham Sudirman Haji Arshad. Lirik yang lain saya tak berapa ingat tetapi lagu ni memang mengangkat martabat ayah dan ibu untuk kita sanjung sebagai orang yang membawa kita mengenal dunia.

Antara jadi dan tak jadi saya balik juga ke kg dengan kakak. Dia yang drive. Dia bawa 3 anak dia, saya bawa anak saya. Sedihnya tengok mak dan bapa saya. Kedua-duanya tak sihat. Mak sakit pinggang dan lutut sementara bapa kena demam chinkugunya. Sakit sendi2 nak bergerak pun susah. Itu pun dia masih berkeras nak siapkan kg yang baru dibeli lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kereta dari kg kami sekarang. Pergi pagi balik petang. Kami tak tahu nak nasihat macam mana lagi supaya kerja2 tu diupah orang lain membuatnya. Tengok muka mak dan bapa saya rasa sangat tak berdaya untuk berusaha berada disamping mereka ketika dalam keadaan yang memerlukan seperti ini.

Allah berikan tanggungjawab kepada anak lelaki lebih manakala anak perempuan yang dah berumahtangga kurang. Ada hikmahnya. Sebab bila dah berkahwin dan beranak pinak macam ni susah nak bergerak. Hatta nak menjenguk mak dan bapa di kampung pun susah. Takkan nak tinggalkan anak dengan suami pulak.

Saya do'akan kesihatan mereka dipulihkan Allah. Saya masih memerlukan kasih-sayang dan perhatian mereka walaupun saya sudah berumahtangga. Saya percaya tiada siapa dalam dunia ni mampu menyayangi saya sebagaimana kedua orang tua yang telah melahir dan membesarkan saya. Perjalanan masih jauh, saya masih belum cukup mencurahkan bakti kepada mereka.

2 Comments:

  • At June 9, 2009 at 11:15 PM , Blogger neyseey said...

    Moga Pak hang cepat sembuh. Pak aku pun tak sihat, demam. InsyaAllah hujung minggu ni balik kg. Rasa cam tak berguna je kan dok jauh-jauh.

     
  • At June 10, 2009 at 8:43 PM , Blogger mayysa said...

    Memang. Aku dok ajak mak pak aku buat rumah kat sini beli tanah dengkil tu tapi dia org tak nak. Senang nak jenguk kalau sakit demam. Duduk jauh2 ni asyik risau je kalau dengar dia org tak sihat

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home