mayysa

Monday, June 15, 2009

Karenah Orang Besar

Dulu pernah saya tuliskan karenah orang yang kaya. Hari ni nak tulis pasal orang besar atau berpangkat. Semalam saya ke Putrajaya Bahagian Pinjaman Perumahan. Lawyer macam saya ni nak pergi mana lagi kalau bukan tempat-tempat macam tu. Client minta tolong jadi saya temankan dia ke sana. Masalah dia, dia dah dapat kelulusan loan tapi tersilap isi borang dapat loan convensional sedangkan dia nak elakkan riba nak ambik Islamic. Saya memang tak faham apa beza convensional dan islamic bagi pembiayaan perumahan kerajaan. Yang saya dpat bezakan cuma jenis dokumen je lah.

Bayangkan 30 tahun dia nak bayar atas prinsip convensional tu dia rasa ralat lah. Kesilapan tu berlaku semasa isi borang nak apply loan, sebab dia tak tahu cuma ikut tunjuk ajar orang. Saya memang dah tahu dia nak islamic cuma tak sangka masalah ini akan berlaku. Jadi jauh di sudut hati saya salahkan juga diri saya sebab dia memang ada agi surat tawaran kepada saya tetapi saya tak tengok betul-betul. Bila dah tengok dah terlambat.

Bila melepasi beberapa kakitangan di perumahan tu kami akhirnya dapat bercakap dengan pegawai yang berkaitan cuma saya tak tahu pegawai tinggi mana. Penolong Pengarah ke, Timbalan Pengarah ke atau Ketua Pengarah. Tapi pada saya PR dia memang hancus. Kami tak pun dijemput masuk jumpa dia. Kalau dai jemput masuk ke bilik dia tentu perkara akan jadi lebih jelas sebab bila kita bercakap berdepan banyak yang akan lebih faham daripada tak faham. Suara dia bercakap melalui telefon sangat mengecewakan seolah-olah kami adalah gangguan dan dia memang tak mahu layan public.

Oleh sebab saya seorang peguam, walau pun tak terkenal dengan kebijaksanaan, saya cuba bercakap secara wajar dengan mensabarkan diri sendiri supaya tidak berkecil hati dengan nada suaranya yang tidak mesra public itu. Akhirnya apa yang khilaf berurai. Kalau lah dari awal perkara itu diberitahu kepada client saya kenapa dia tidak boleh menukar surat tawaran yang diterimanya, kami tak perlu pergi ke sana dan mengganggu ketenteraman pegawai itu.

Aalasan yang diberikan sebelum ini sebab client saya dah sain surat setuju terima, insuran dah bayar dan sebagainya lagilah termasuk alasan bahawa kes seperti itu belum pernah berlaku yang mana kurang munasabah sebab duit belum keluar client saya ada hak. Tapi alasan yang paling munasabah yang saya nak dengar ialah jika loan itu terdapat dalam peraturan bahawa once kakitangan dah sain surat setuju terima loan tak boleh batal. Kalau batal dia tak entitle untuk second loan sebagai penalti. Itu yang paling munasabah iaitu peraturan yang termaktub walau pun peraturan tu sangat tak adil.

Mentang-mentanglah dia gomen servant dan loan gomen ni orang semua tahu interest rate rendah hak dia dinafikan. Sepatutnya semua tu boleh dipinda dan yang paling sedih tak boleh refinance. Saya agak kecewa dengan kes ini sebab kita berurusan dengan hukum Allah. Saya bukanlah orang alim nak persoal perkara-perkara macam tu tapi saya rasa saya nak berubah. Yang mana tak boleh tetap tak boleh. Dengan Allah tak boleh buat muslihat kan. Kalau lah pegawai tu mambaca blog saya, harap dia menginsafi kata-kata yang diluahkan kepada client saya di telefon semalam. Semoga kita tidak jauh dari rahmat Allah.

2 Comments:

  • At June 16, 2009 at 6:07 PM , Anonymous Anonymous said...

    sbb itu kita rela deal dgn swasta. taklah dilayan mcm kita ni kucing kurap.
    sepatutnya mrk kena bagi perkhidmatan yg terbaik sbb gaji mrk dr duit rakyat. kenapalah gomen servant jd mcm ni yea...

     
  • At June 16, 2009 at 11:24 PM , Blogger mayysa said...

    Kita ingat lagi dulu masa keja kat jabatan statistik. bos kita tu punya lah baik. sapa2 saja yang datang mesti dia akan layan dengan ramah tamah dan sentiasa menggalakkan kami melayan pelanggan dengan mesra

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home