mayysa

Sunday, July 5, 2009

Alahai anakku

Hari ini suami memberitahu yang anak saya menangis ketika ditinggalkan di rumah baby sitter. Kami telah membuat kesimpulan sebabnya ialah dia kesunyian. Anak saya seorang yang aktif dan sangat suka berkawan. Buktinya jika ke mana-mana pun dia akan menyapa kanak-kanak yang dia temui dengan senyuman manis. Di rumah baby sitter sudah tiada kawan untuk bermain. Kalau di rumah pun dia akan selalu menangis apabila saya memasak, tetapi jika suami saya ada di rumah dia tidak akan ambil pusing tentang saya. Begitu juga jika sepupu-sepupunya datang bertandang. Saya tidak perlu risaukan dia sebab dia akan leka bermain. Asalkan ada kawan-kawan dia boleh menjadi leka walau pun budak-budak tersebut tidak mengajak dia bermain. Cukuplah dia hanya memerhati. Itu lah anak saya.

Saya menjadi susah hati mengenangkan mulai esok hingga isnin depan, suami tidak akan ada di rumah kerana membuat khidmat di luar. Saya terpaksa menghantar dia ke rumah baby sitter. Kata baby sitternya, anak saya akan menangis seperti dipukul selepas saya meninggalkannya di situ. Paling tak sampai hati mendengarnya menjerit-jerit memanggil mama! mama! mama!. Rasa macam nak bercuti je minggu ni.

Minggu lepas saya terpaksa membawanya ke pejabat masih dalam gaun tidur kerana dia enggan keluar dari kereta walau pun 'mak'nya datang menjemput di pintu kereta. Kebetulan suami saya ada urusan pagi dan tidak sempat menghantarnya saya gagahkan diri membuat satu pusingan kereta dengan niat membuat dia seronok kemudian barulah menghantarnya ke rumah baby sitter. Malangnya sebaik sahaja kereta memasuki lorong ke rumah maknya, dia terus bangun dari kerusinya dan memanjat ke atas saya yang sedang memandu. Dia tidak mahu dihantar ke sana. Tapi saya pujuk juga dia untuk turun. Wajahnya menjadi masam-masam kelat. Disebabkan kesian, saya tak sampai hati nak meninggalkan dia. Saya tahu dia akan melolong jika dipaksa. Jadi saya bawa ke office kerana kebetulan saya pun tidak banyak urusan hari itu. Tengaharinya walau pun berasa letih saya hantar dia balik untuk dijaga oleh suami yang juga mempunyai kelapangan.

Sampai bilakah kami akan berterusan macam ni?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home