mayysa

Tuesday, August 26, 2008

Apa itu geran?

Geran dengan kata lain ialah hakmilik tanah. Geran sama erti dengan title.

Ada 2 jenis geran

1. geran atau hakmilik individu
2. geran atau hakmilik strata

hakmilik individu atau geran individu ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli tanah tu bagi rumah yang dibina atas tanah bukan atas langit. kalau atas langit nama dia mahligai (hehehe).(rumah teres/banglo/semi D/rumah berkembar dsbg)

Hakmilik strata atau geran strata ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli rumah jenis flat/pangsa/kondo/apartmen (rumah merpati)

Paras rupa kedua2 geran ni pun berbeza. Geran individu yang biasanya ditulis sebagai hakmilik sementara 2 keping. kepingan pertama (bercorak dan warna ikut negeri) tulis nombor hakmilik dan pemilik dan juga nama bank (jika digadai kepada bank). kepingan kedua ialah plan lokasi rumah tersebut.

Geran strata pula besar. tak tau lah saiz berapa A. Warna kuning cerah kiranya kalau nak potostat sebesar skrin mesin potostat tu lah untuk satu muka. semuanya 2 muka dan jika dilipat jadi 4 muka dan sekeping pelan lokasi unit sebesar geran tu jugak.

Kalau beli rumah yang kita tak sain Borang 14A Kanun Tanah Negara dan tak bayar duti setem maknanya rumah atau tanah yang kita beli tu belum ada geran.

Duti setem ialah sebanyak 1% bagi harga RM100k yang pertama
2% bagi harga RM101k - RM 400k
3% bagi harga RM401k hingga ke atas. Jadi kalau harga rumah

tu RM250k ialah RM4k. Bukan senang nak beli rumah ni. Mesti ada cash sekurang2nya 10k untuk fee lawyer dan setem duti. itu belum kira kos untuk bayar lawyer bank. hehehe

Beli Rumah drpd Agent

Kalau kita nak beli rumah atau nak jual rumah thru agent kena lah hati2 ye. Bukan nak kata yang agent tu penipu tetapi kita kena lebih teliti dan jangan serah bulat2 pada agent tanpa ambil tahu.

Apa yang anda perlu tahu (dari himpunan Kisah Benar)

kes 1. Penjual ni jual melalui agent sebab dia duduk jauh. Jadi dia minta agent uruskan semuanya. Rumah yang dijual tu agent sewakan RM1+++ tetapi Penjual tak dapat sesen pun duit sewa. padahal transaksi jual beli tak settle lagi. Bila ditanya berkenaan duit sewa macam2 jawapan.

Kes 2. Penjual jual Prop. harga RM7++k. Agent fee aje dah berbelas ribu. Tup2 Penjual dapat tahu agent advertise rumah dia tu dalam kolum news paper harga RM20.00 je. Bila ada masalah bukan main susah nak minta kerjasama agen.

Kes 3. Pembeli beli rumah melalui agent. Dia dah bayar agent fee +- RM8k. Tiba2 loan tak approve. Dia tak dapat balik lah RM8k tu paling2 banyak dapat mungkin half je sedangkan agen fee sebenarnya tanggungjawab Penjual untuk bayar. So make sure loan approve dulu sebelum commit untuk beli rumah melalui agen.

Kes 4. Beli rumah melalui agen dan dah pun tengok rumah. Ada rosak sikit tapi agen kata its Ok nanti dia minta penjual repair. akhirnya bila sain S&P dan Pembeli minta agen repair rumah agen kata nanti tanya lawyer n lawyer kata tanya Penjual n Penjual kata dia tak janji pun nak repair apa2. macam mana Pembeli tengok macam tu dia ambik.

Dengan kata lain mulut manis daripada gula la. Oleh sebab tu kalau nak beli rumah pergi lah tengok betul2. ada bocor ke ada pecah ke make sure direpair. Biarlah agen tu tunggu samapi mengantuk pun tak apa asalkan kita dapat apa yang setimpal kita laburkan. duit walau pun tak banyak tetap hak kita dan kita tak dapat percuma.

Kes 5. Pembeli beli rumah melalui agen. Dia tak ada pengalaman beli rumah dan terus je setuju untuk beli dan bayar fee agen. Baru datang jumpa lawyer. Loan belum approve dan ready nak bayar deposit hampir RM10k. Tapi Pembeli ni memnag manusia baik. Loan dia tak approve dia tak kisah pun hilang deposit. Sepatutnya kita submit loan untuk beberapa bank serentak. yang mana approve kita ambik. later on kalau nak tukar bank buat refinance daripada kita hilang deposit atau pun kena interest banyak daripada Penjual.

Bersambung

Wednesday, August 20, 2008

Conveyancing


Ni lah semangat untuk terus berkerjaya

Nak jadi lawyer conveyancing sebenarnya bunyi je senang. "semak, sain dapat duit BANYAK!" camtu lah nadanya. Tapi the truth is .... "migraine". especially kalau dealing dengan sub-sale.

Saya dah lima tahun 4 bulan berurusan dengan segala macam karenah manusia. Manusia ni terbahagi kepada 2 kategori iaitu baik dan kureng.
Baik ni baiklah kan tapi yang kureng ni macam2 pecahan dia. Sombong ada, cakap banyak ada, sinis ada, bodoh2 cerdik, cerdik2 bodoh pun ada, bodoh sombong pun ada, terlalu teliti ada, suspicious degn kita ada dan banyak lagilah. Pendek kata kalau kita jenis panas baran buka firm sendiri alamat tak lama lah jangja hayat firm tu gulung tikar lah.

Kalau dapat projek developer buat direct sale rumah baru siap tu yang tu kaya sikit dan masalah pun kurang. Kita act utk developer dan buat S&P standard. tapi kerja akan banyak dalam masa2 tertentu.

Buat sub-sale ni banyak pengalaman yang kita akan dapat. by 5 yrs practise kita insyaAllah boleh jadi mentor le. dalam erti kata lain boleh tulis buku "Conveyancing practise in peninsular malaysia" camtu lah. hhehe

Tapi interesting sebenarnya. Sebab dunia ni tak ramai orang buat. contohnya jadi guru... kebanyakan orang boleh mengajar. kita yang tak ambil kursus perguruan kalau terdesak sangat boleh mengajar tusyen tapi boleh ke guru kalau terdesak tiba-tiba nak buat S&P tanpa apa-apa kursus. That's the beauty of our world. Cuma jalannya sedikit berliku. Sampai sekarang saya masih belajar dan banyak lagi yang saya tak tahu.

Contohnya sub-sale. Sekurang2nya ada 4 jenis (paling common)

1. beli rumah 2nd hand ada geran
2. beli rumah 2nd hand tidak ada geran
3. beli rumah 2nd hand ada geran, ada sekatan kepentingan
4. beli rumah 2nd hand tak ada geran tetapi penjual masih belum habis bayar

Kalau ada geran kena berurusan dengan Pejabat tanah, kalau penjual ada loan kena berurusan dengan bank, kalau ada sekatan kepentingan kena berurusan dengan pejabat tanha lagi.

Baru2 ni saya handle satu kes Penjual loan dengan gomen dan pembeli tentera nak ambil loan gomen. Ini kes 1st saya deal dengan mindef. Tengok dah 5 tahun practise tapi 1st time ada urusan yg macam ni. Kita sambung later ok.

Sunday, August 17, 2008

Anak Pengikat Kasih Sayang

Sengaja nak berlkongsi cerita tentang perkahwinan. Kepada yang dah berkahwin mungkin boleh dijadikan hiburan dan kepada yang belum boleh dijadikan teladan dan panduan. Nak dikatakan perkahwinan saya pilihan keluarga tidak juga walau pun kawin bukan atas dasar cinta. tapi boleh kata atas dasar suka sama suka sebab orang pilihkan kita rasa suka nak kawin. heheeh.. acah je. tapi yang jelas semua elemen yang ada dalam perkahwinan saya.

sebut aje 1. pilihan keluarga (orang pilihkan)
2. suka sama suka (setuju tu tanda suka)
3. terpaksa (sebab usia pun dah tua tak leh pilih2 dan pikir2 lama)
4. redha (perkahwinan pelengkap agama jadi redha lah dengan jodoh yang
Allah dah tunjukkan)

Satu lagi elemen yang paling penting yang saya takut hendak pertikaikan kerana dalam satu hadith ada mengatakan jika kita menolak jodoh orang yang soleh mungkin jodoh yang seterusnya akan terlalu lambat. Saya tak pasti samada hadith ini soheh atau tidak cuma lojiknya ada. Allah telah memberi rezeki yang baik tetapi kita menolak seolah-olah orang memberi hadiah dengan ikhlas tetapi kita memulangkannya. Bayangkan apa rasa hati si pemberi?

Berbalik kepada anak pengikat kasih sayang. Saya tidak akan mendefinisikan bahawa saya bercinta selepas berkahwin kerana saya tidak faham langsung apa itu istilah cinta yang sebenarnya. Cuma yang boleh saya katakan saya menyayangi suami saya dan saya dapat rasanya suami juga menyayangi saya.

Dan rasa kasih sayang itu lebih ketara setelah saya disahkan bakal menjadi ibu dan lebih mekar setelah cahaya mata itu lahir dan membesar. Pada saya kasih sayang kepada anak itu lah yang memekarkan rumahtangga kami. Kalau saya keletihan suami memahami dan tidak membebankan saya dengan tugasan rumah. tidak perlu memasak. Kalau nak makan masakan saya setakat mee segera pun jadilah. Tapi saya tidak mengambil kesempatan dengan keringanan yang dia berikan. Jika anak tidak 'buat hal' saya cuba menyediakan masakan di rumah walau pun hanya sejenis lauk.

Apa-apa pun kami memfokuskan keselesaan anak. Suami akan menawarkan untuk membuat kerja dapur jika anak tidak mahu bermain dengannya tetapi merengek untuk didukung oleh saya. Dari sini saya dapat rasakan kasih sayang itu lahir dengan adanya zuriat. Tapi apa yang saya utarakan di sini hanya untuk pasangan yang berkahwin tanpa mengenali dengan dekat pasangannya. Jadi jangan tunggu untuk mengenali betul2 pasangan anda baru merancang untuk mempunyai anak.

Anak juga sebagai medium untuk saya atau suami menyampaikan rasa hati. Samada dalam bentuk sindiran atau terus kami akan mengambil kira apa yang disampaikan itu. Mungkin cara ini tidak sesuai bagi orang lain tetapi bagi saya setakat ini memadai. Bagi pasangan yang dah lama bercinta mungkin lain lah pandangan dengan apa yang saya ceritakan di sini.

Wednesday, August 13, 2008

resepi pembuka selera

Puasa makin dekat. Jadi mai lah kita sama belajar resepi pembuka selera waktu sahur. Kalau nak tau buka ka tak buka ka, cuba dulu sebelum bulan puasa ni. Ni resepi nama tairu. Ada sesetengah orang sahur tu wajib makan kenyang2 tapi selera takk ada jadi kenalah masak yang betoi2 kaw untuk baikkan selera. Saya tak kisah makan masa mana berselera aje. Tak sahur pun takpa tapi kan sahur tu sunat kalau tak nak makan minum pun cukup. Macam saya. Bunyi je alarm. Bangun, buka botol air teguk puas2 booom! tidur balik. KahKahKah. Bila dah ada anak ni nampaknya air buat susu anak tu lah jadi mangsa.

Resepi tairu

1 biji bawang besar (saiz sederhana)
2-5 tangkai cili padi (ikut tekak lah. kalau tak tahan pedas sikit2 sudah lah) jangan sampai subuh dah azan awak dok pedas2 meneguk air tak pun kunyah gula.
2-3 sudu yogurt ori
secubit garam (tak bubuh pun takpa)

Bawang dimayang, cili dipotong halus atau nipis2. campurkan semua bahan2. bolehlah di makan dengan nasi panas2. goreng lah ikan bilis buat lauk. Make sure yogurt tu tak berlebihan sebab dia masam. agak2 gaul rata saja.

Resepi kedua

lobak asin/masin digoreng

lobak asin dicincang halus (beli yg dah cincang pun OK) agak2 5 sudu besar.
1 biji telur ayam
1 biji bawang besar dimayang (saiz kecil je)
3 tangkai cili padi atau cili kering

panaskan minyak masak bukan minyak petrol tau.
goreng lobak asin sampai nampak garing, pecahkan telur dan goreng dgn loabk tu, masukkan bawang dan cili yg dah dipotong halus2. Goreng sampai semua nya garing. Bolehlah diangkat. Toskan minyak tu

Selamat bersahur

Monday, August 11, 2008



KHASIAT BUAH KURMA



Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :



Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :



Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

rencana ini saya petik dalam internet. Di sini saya nak bagi satu resepi yogurt buah kurma.

1 cawan yogurt ori (masam tu)

10 biji kurma madu (yang lembap tu)

kurma di buang biji dan dilenyek2 hingga hampir hancur. masukkan ke dalam yogurt tadi dan kacau sebati. masukkan dalam peti sejuk seketika dan boleh lah dimakan. saya reka resepi ni masa umrah dulu. sebab kurma banyak dan yogurt ori tu free je kat sana so daripada membazir saya buat sesuatu yang saya boleh dan suka makan. Almaklumlah saya makan apa sahaja.

Wednesday, August 6, 2008

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan


Ramadhan datang lagi, tidak boleh tidak. Ramadhan adalah bulan ibadat untuk umat islam. Ramadhan juga membawa seribu satu kenangan bagi setiap muslim tidak kira yang berpuasa atau tidak. Bagi yang ingkar berpuasa tu bawa bawa lah bertaubat yer. Kalau untuk enjoy orang mengatakan "Hidup hanya sekali" maka ingat lah juga "Nyawa hanya satu" dan "mati itu benar". sebab hidup hanya sekali maka hargailah nafas yang Allah bagi dengan beribadat kepadanya kerana apabila ajal telah datang tidak akan dilewatkan atau dicepatkan walau sedetik.

Bagi kaum hawa pula walau pun kita diberi keistimewaan untuk tidak berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan puasa ni tapi jangan lah jadikan bonus yang Allah bagi tu sebagai peluang untuk membuat parti makan-makan di surau. Memang tidak berdosa tetapi hormatilah orang yang berlapar dan dahaga menahan lapar. kalau nak makan pandai-pandai lah cari kesempatan yang lebih afdhal.

Setiap kali Ramadhan datang sudah tentu kita tidak terlepas membeli kuih muih di pasar Ramadhan kan? Saya juga macam tu. walau pun tak selalu tapi tetap menjengah. Tahun ini pasar Ramadhan di depan pejabat tentu lah dah jadi syarat untuk membeli sebelum balik ke rumah kan.

Dan daripada Abu Hurairah ra juga katanya, Rasulullah saw bersabda "makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang." (AlBukhori dan Muslim)

Hadith di atas jelas menuntut umat islam jangan membazir. Jadi kalau nak memebeli pelbagai jenis kuih tu belilah cuma jangan pula membazir. kalau beli empat jenis kuih jngan beli satu jenis sampai 10 biji tentu lah dah empat jenis 40 biji. tak habis makan punya.

Ingat-ingatlah orang yang hanya mampu makan bubur nasi ketika bulan puasa dan bukan bulan puasa. walau pun duit kita hak kita, jangan lupa ada bahagian mereka dalam hak kita tu.

Oleh yang demikian sama-sama lah kita ingat-mengingati dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Friday, August 1, 2008

Petua gatal kepala

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis hari ini terpanggil untuk memperkatakan tentang petua. Saya mengalami masalah rambut gugur selepas tempoh berpantang. Tak perlu tunggu menyapu rumah kat mana-mana sahaja boleh jumlah helaian rambut saya yang gugur. Kalau waktu mandi tak usah ceritalah. Mesti ada segumpal rambut tersangkut pada penapis lubang air. Jadi saya gunaka syampu SELSUN BLUE untuk rambut gugur selepas tanya di farmasi. botol warna biru gelap, tudung hijau. Alhamdulillah sihat rambut dan gugur pun secara normal.

Malangnya bila syampu tu dah habis saya cuba pula syampu pantene. Sebab terpengaruh dgn iklan di TV dan juga kakak yang pakai dan berhasil. Hasilnya rambut saya gugur balik dan kepala penuh dengan kelemumur. Sangat banyak sampai asyik menggaru seperti "Chek Ar" (kera).

Akhirnya saya tukar balik kepada Selsun Blue tetapi sebab tak bagi instruction yg betul kepada suami masa membeli, dia beli anti dandruf. sepaptutnya untuk hairfall. Jadi kelemumur tu tak pun hilang dan rambut masih gugur.

So akhirnya saya dah hilang ikhtiar dan tak tahan dengan kegatalan yang saya alami. Saya teringat petua orang tua-tua yang memang diketahui tetapi malas nak diamalkan. Saya perap rambut saya dengan asam jawa yang dah dicampur dengan garam lebih kurang 15-20 minit. Alhamdulillah rasa ringan kepala dan gatal berkurangan. kelemumur pun tak lah seteruk minggu lalu. itu baru sekali buat.

Jadi itu lah petua untuk kepala yang gatal disebabkan kelemumur. Rambut gugur tu sebab kelemumur banyak. bila kelemumur dah get lost Insya Allah rambut akan sihat. Selamat mencuba!