mayysa

Thursday, June 26, 2008

Cinta itu besar maknanya


Cinta itu indah. Perkataan itu sendiri sedap bunyinya. Kasih, sayang, cinta ketiga-tiganya bahasa yang indah. jika dengar pun sejuk telinga apatah lagi maknanya. Cinta yang paling indah tentu lah kepada pencipta kita Allah yang maha Esa. Jika kita berjaya mencintai-Nya tentu lah lazat lagi nikmat yang kita bakal terima sebagai balasan cinta itu.

Cinta yang kedua antara insan sesama insan. ibu bapa kepada anak2 dan sebaliknya. jika dilakukan dengan cara yang betul kemanisannya akan kita rasa hingga ke liang lahad.

Juga cinta antara dua insan. Yang paling indah tentulah antara suami dan isteri bukan kekasih atau teman penawar hati yang tidak sah. Namun jika antara suami isteri mungkin yang paling susah untuk kekal kerana kita mengharapkan balasan daripada manusia yang bukan seibu sebapa dan sedarah dgn kita. jiwa yang berbeza, hati yang berlainan. yang perlu ada dalam diri kita adalah percaya, telus dan hormat dan bertolak ansur.

apa yang kita selalu lihat di dada2 akhbar kisah penceraian yang menakutkan. Andai cinta kita kepada Allah tiada maka Allah juga tidak mencintai kita dan akibatnya cinta kita sesama manusia juga pasti tidak akan kekal. Kehancuran cinta seperti itu juga mungkin ujian Allah kita hamba-Nya untuk melihat kekuatan batin kita dan iman kita kepada-Nya. Wallahu'alam.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)

Thursday, June 19, 2008

Labaikallahummalabaik


Saya teringat sewaktu pertama kali menjejakkan kai ke bumi anbia, waktu tu dah senja rasanya. sementara nak melepasi imegresen puas menunggu. Masya-Allah lambat betul. Kemudian naik bas pula ke Madinah dah malam. bila sampai satu tempat tu sejuk angin malam dia. Tak ingat berapa jam dalam bas saampai ke Madinah awal pagi. Mungkin pukul 2 @ 3 pagi. Kalau nak diceritakn banyak peristiwa yang masih kekal abadi dalam sanubari. Daripada solat di masjid nabi, ziarah raudhah, maqam para sahabat dll hingga kali pertama memandang masjidilharam secara live.

Terpegun rasa macam nak menangis tapi saya tahan sebab malu. sebab yang pergi dgn saya tu semua dah berkali2 pergi termasuklah mak dan bapa saya. ada yang hampir setiap tahun. Subhanallah! betapa berserinya masjidil Haram. Masih teringat solat mengadap kaabah secara terus. solat sunat di hadapan kaabah. Saya tak pernah membayangkan bahawa saya akan sampai ke sana daalm usia yang masih muda. Mungkin kerana keikhlasan utk melihat Baitullah maka Allah lebihkan rezeki mak untuk membawa saya ke sana.

Jadi bagi sesiapa yang berpeluang untuk pergi jangan sia2kan rezeki yang Allah bagi. Buatlah segala amal ibadat yang termampu di sana termasuk solat2 sunat dan qadha yang lepas2. Ada beberapa perkara yang terkilan yang tak saya lakukan bersungguh2 di sana. Tak perlulah saya sebutkan.

Semoga yang nak bertolak selamat sampai, selamat pulang dan moga dapat pahala yang berlipat ganda. Bila balik nanti yang lepas biarlah lepas... betulkan niat baru dan teruskan perjalanan menuju akhirat yang kekal abadi. Ndaknya kita macam baby kat atas tu. Suci dan bersih dan berbau harum.

Monday, June 16, 2008

Kerja Itu Ibadat


Tadi client aku datang dia untuk sain beberapa jenis surat. Aku dah beberapa tahun practise. Sepanjang aku practise ni rasanya belum lagi orang memuji aku depan2 dengan satu penghanrgaan. She did that to me. Memang aku bersungguh2 buat fail dia sama jugak macam fail2 lain. tapi dia kes complecated kalau boleh tak mau la ada masalah nanti akan jadi lebih panjang. Bila dia bagi punjian kat aku dgn kata2 .... tak payahlah aku ungkapkan kat sini aku jadi takut. Itu lah aku, aku sentiasa takut dgn pujian sebab pujian ni selalunya akan melalaikan kita. walau pun aku rasa aku tak lagha dgn punjian dia tapi aku takut tak terbuat pula kerja aku lepas ni.
Setakat ni aku kategorikan client aku ni org yang kaya tapi tak sombong. Wlau pun dia tak nampak alim tapi she is a nice person. Aku harap dgn apa yang aku cakapkan ni akan mengingatkan aku bahawa kerja aku ibadat dan aku buat kerja seolah2 aku buat ibadat. jadi aku beribadat utk dapat pahala kerana Allah.

Friday, June 13, 2008

Judex est lex loquens: Besut

Orkid




Rasa segar tak mata tengok bunga orkid ni? Ini lah hasil tanaman my hubby. daripada berbelas2 pokok orkid ini je yang menjadi dan kelakarnya tak henti2 pulak bunganya tu. kalau nak melawat ladang bunga raya sekangkang kera sila lah dtg ke sri petaling.


tak lama lagi saya letak pula gambar bunga raya ye. Yang sebelah ni pulak pewaris pokok2 bunga yang ada di halaman rumah mama dan abahnya. walau pun sekarang ni kalau nampak bunga nak je dia terkam dan musnahkan bunga tu tapi besar besok tu tau lah dia jaga bunga2 tu. namanya pun pompuan.


Wednesday, June 11, 2008

Rembulan Jadi Saksi

Sepasang mata yang selalunya bersinar dan ceria tu tiba-tiba sahaja nampak kabur cahayanya. aku tertanya2 samada akukah puncanya atau dia mempunyai masalah yang terlalu peribadi untuk dikongsi denganku. Aku duduk disebelahnya tetapi tidak rapat. Dia seakan terperanjat dengan kehadiranku tetapi tidak mengungkap sepatah katapun sehingga aku menyapanya.
"Pagi dah nak ke tengahari. dah mandi ke belum ni?" ayatku berbaur usikan.
"Bau tengik tak?" dia menjawab dengan soalan yang juga bernada usikan.
"bau juga. tapi tak lah setengik kambing," balasku. aku dengar dia ketawa kecil. aku tidak memandangnya sebaliknya pandangan kulontarkan ke hadapan kami nun lautan saujana mata memandang.
"kalau macam tu tak layak lagi lah kahwin ni," balasnya. aku sudah mendapat epastian bahawa cahaya yang pudar dari wajah dan matanya itu berpunca daripada aku. aku telah mencadangkan sesuatu yang dia keberatan untuk menerimanya.
"life is short. in fact too short to be to choosey" aku meluahkan kata2 yang aku yakin dia lupa. dia lupa bahawa hidup hanyalah jambatan ke akhirat yang kekal abadi.
"I'm not choosey.It's just that i'm not ready yet. i'm still young. " dia mempertahankan pendiriannya.
"bila perkataan still young itu kita cakapkan maknanya kita lupa yang Allah hanya pinjamkan nyawa setakat yang dia berkehendak. Bila sampai masa dia mengatakan nyawa itu bukan untuk ditarik dan dihembus lagi maka sampailah kita ke liang lahat," balasku teratur. sebagai insan yang sepanjang hidupnya mengabdikan diri kepada seni dan bahasa aku cuba mengolahkan sebaik mungkin supaya Solehah faham hidup yang indah ini adalah kehendak yang Maha Esa.

Ok... masih boleh ke aku menulis setelah hampir lebih setahun tidak mengolah ayat. bagi sesiapa nak sambung cerpen ni silakan. ni kisah mak sedara nak sedarkan anak sedaranya yang sedang asyik mashuk bercinta dengan pemuda dari Lombok. Dia nak jodohkan anak sedaranya dgn org malaysia jer

Lombok

Pernah dengar tak nama tu? kalau tak pernah itu dah tanda2.....
Tak sangka kan zaman millenium ni pun ada lagi tempat yang mengamalkan tradisi kuno. melarikan anak dara orang ke sana untuk dikahwini dikira satu kebanggaan.

melihat perkembangan terkini yang anak2 dara org malaysia ada kat sana dalam lingkungan 40 org aku rasa seram pulak. tau tak sebab apa? sebab aku pun ada anak dara dan anak2 sedara perempuan. iktibarnya kalau ada sanak saudara kita yang berkawan dgn org seberang tu tanya2kan lah asal usulnya. atau siasat lah dalam diam. paling effektif jangan bagi dia org dekati org2 seberang. bukan nak mendiskriminasi tapi melihat penderitaan yang bermula dengan episod cinta dgn mr wrong ni menakutkan. kemuadian dgr pula yang mengahwini mr wrong ni menderita dan juga status perkahwinan itu sendiri diragui. macam mana tu? ini dah soal hukum hakam pula.

seperti satu kata2 mutiara yang selalu aku jadikan panduan ialah "we cannot direct the wind but we can adjust the sale" . relevant tak dgn topik yang aku bincangkan hari ni?

Maknanya kita tak boleh nak menentang takdir tapi sudah tentu kita boleh berusaha untuk mengubah sesuatu daripada membiarkan sahaja benda tu berlaku.

Monday, June 9, 2008

Once upon a time

Once upon a time there was a little girl living in poor with her family. She never had any ambition of what to do in the future. She was a bright girl but lazy. After years of studying passing all levels now she has become a career woman... to be continued

Thursday, June 5, 2008

PETROL lagi.......

Semalam sorang kawan lama call. My ex school mate. She is a nice person and nice looking too. She is expecting her second son. We talked about our latest news and progress and at the end she complained about our recent and still burning news .. petrol lah apa lagi. Dia ada legal firm. Rate despacth dah naik 3 times. Merungut dia pening kepala.

So, saya suruh dia tanya company despatch yang kami guna sekarang. so far the rate is still reasonable. tak la petrol naik caj pun naik tapi tak mustahil caj dia orang akan naik tak lama lagi. mungkin tunggu masa je nak hantar cercular.

tu lah nasib legal firm macam kami ni. kadang2 client berkomunikasi dengan kita tanpa rasa hormat. dia orang anggap kami macam kuli. bila rasa nak marah...marah, nak sindir...sindir, nak puji...puji dan nak naik angin pun kat kami juga. Saya kongsi kisah waktu masih baru dalam bidang ni dgn kawan saya tu. Dia pun selalu balik rumah menangis sebab tak tahan dgn karenah client. I had experience it a few times. I was so upset, angry and sad but nothing can be done to sooth my feeling except for crying. then cry lah.

Kenaikan harga petrol ni macam sakit bersalain. rasa sangat sakit tapi saya tak boleh nak menangis.

Wednesday, June 4, 2008

PETROL

Petang semalam hujan punya la lebat. Aku fikir... hmm hujan rahmat lah ni. Aku balik lambat sikit sampai je depan gate rumah terdengar deejay radio ikim.fm kata semua orang sedang ternanti2 kenaikan harga petrol yang akan diumumkan. Aik... petrol nak naik lagi? Sebab hujan lebat sangat tak dpt lah ambik anak. Jadi malas nak keluar kereta buka pintu pagar tgh hujan. Ok lah jom pi bubuh minyak lagi pun tank almost empty...

Aku pun patah balik dan drive ke stesen shell. walau pun aku pakai petronas tapi sebab tak ada petronas kat sri petaling n minyak nak naik aku pun menuju ke arah pekan sri petaling yang sekakang kera tu. Bila hampir dgn traffic light tu jln jam. agaknya sebab ada JUR org2 tabligh kat masjid tu kot jalan jam. tapi jam tu dr arah lain. takpa aku beratur je lah. sambil tgk2 jam kat kereta. dah hampir ke pukul 7.00 mlm. anak tak ambik lagi ni. akhirnya aku teka2 sendiri tentu org nak isi minyak ni. bila dekat je dgn stesen minyak Masya Allah... berderet2 kereta dok beratur. aku fikir pasal anak yang tak ambik lagi kat baby sitter lalu patah balik.

Teringat pula nak isi minyak kat petronas kat KESAS highway tu. tapi kena bayar tol lah pegi balik 4.40. Akhirnya dengar berita minyak akan naik pukul 12.00 malam. so bila2 pikir lebih baik p BHP Petrol kat carfour tu. So kona lah kereta balik ikut tu sebab tadi masa balik tadi BHP tu tak ramai org pun. Tiba2 mengucap panjang aku........... punya lah panjang deretan kereta nak masuk ke Sri petaling dari arah Shah Alam. beratus2. ada yang nak balik rumah ada yang nak iasi minyak kat BHP sebab BHP tu tepi traffic light.

Aku akhirnya give up. tutup aircon buka tingkap. dan bila lama sikit beratur free gear. Bila sampai rumah aku cakap pada husband yang macam aku juga tak peka isu semasa. Petrol naik 78sen. tiba2 sms syatur masuk ke celfon. tgh malam minyak naik 78sen. aku cakap kat husband aku abng mesti balik lepas maghrib jaga anak aku nak pi jugak bubuh minyak kat petronas. bila kali darab tolak dan campur aku masih untung kalau aku bubuh minyak sblm minyak naik. sebabnya tank aku kosong dan boleh muat lebih drpd 30 liter. jadi 78sen x 30 liter dah 23.40 sen.

Aku drive ke KESAS beratur jugak tu nak bubuh minyak. finally berjaya bubuh petrol sebanyak 32.932 liter iaitu 63.23 sen. kalau hari ni bubuh dah tentu RM88.95sen.

Balik rumah aku pun cakap kat husband... sedih sangat petrol dah naik. Itu lah perasaan aku yang sebenarnya. SEDIH dengan huruf besar. Sebab apa negara pengeluar minyak rakyatnya perlu menderita kenaikan harga minyak? Gaji aku naik just to cover cost minyak.

SEDIH... sangat lah SEDIH....

Monday, June 2, 2008

kek

Saya dah belajar buat kek coklat. yang paling mudah resepi makcik dari kelantan tu. tapi topping belajar kat orang lain. tak lama lagi yang belajar tulis atas kek pulak. nanti boleh lah buat business kek. nak buat business dah boleh. tempat nak jual dah ada cuma masa tu yang kurang.

jadi camner. pakwe kalau pasal buat kek bukan nak tolong. dia goreng2 boleh lah. tapi dia supportive. cakap je nak buat kek siap tanya telur dah ada?

Ok lah tu. Tau jugak minat isteri dia walau pun kalau buat kek lain setakat ni kurang menjadi. tapi hari tu buat cup cake. hmm... boleh tahan rasa dia. ambik resepi dalam tenet lah.

Sunday, June 1, 2008

Balik Kampung

Hmmm.... rasa letihnya selepas balik kampung. Bawa kereta, naik feri, naik teksi tak bawa kapal terbang je lagi. Tak puas pun duduk rumah. Tau apa yang paling aku rindu?.... masa bersantai kampung relax2 dengan mak dan pak. Sekarang balik kampung pun mengejar masa. Hairan kan?

Berebut nak balik kg kita ke kg dia. Nak lama kat kg kita ke kg dia. Lepas tu bila dah lama tak balik mana ada masa nak jalan2 makan angin, sebab nak kena ziarah sedara mara bawa baby yang belum dia orang tengok. Seronok tu seronok orang berbesar hati terima kedatangan kita.

Balik kampung ni saja risik2 orang2 yang pandai buat maruku. nampaknya resepi kami yang paling mudah. jadi tak payah tukar resepilah.

Tak bawa buah tangan pun kat member2 di sini. tak tau nak beli apa. Semua yang ada kat sana ada kat sini. Kalau nak rasa keseronokan di sana kena pergi lah. Hrga coklat pun dah naik ah..