mayysa

Sunday, April 26, 2009

Korban

"Pengorbanan hanya berbaloi untuk orang yang kita sayang dan orang yang menyayangi kita"

Friday, April 24, 2009

Salahkah Kita

Dalam 2 bulan lepas aku ke kedai spek nak buat spek lah takkan nak order pizza kot (heheh loyar buruk lah pulak). Aku bukan niat nak buat spek yang mahal2 sampai tak mampu bayar cuma nak yang selesa aku pakai macam spek aku pakai waktu tu. (mahallah jugak sebab spek tu dulu buat masa masih bujang, tanggungan tak banyak). Tahan pakai sampai lebih 4 tahun. Jadi pilih punya pilih aku pilih satu spek yang disarankan oleh jurujual kat situ yang kononnya sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan muka aku. Harga boleh tahan, tapi aku pejamlah mata. Aku rancang nak pakai sampai 4 tahun akan datang insya-Allah. Bila aku tengah drive nak balik tiba-tiba aku tersedar, jenama spek aku tadi LEVI’S. Jenama yahudi dan aku rasa sangat serba-salah sama ada nak pergi tukar balik atau nak biar camtu sebab aku dah berkenan dan aku pulak jenis tak suka nak susahkan orang. Yelah kalau tukar balik nak adjust harga lah, diskaun lah, jenis lense lah dan tadi masa pilih pun lamalah jugak nak cari yang sesuai.
Akhirnya aku buat keputusan untuk tidak tukar. Salah kah aku? Sedangkan aku cuba boikot barangan yahudi dan sekutunya US dan negara-negara yang menghina islam. Aku dah lama sangat tak makan kat McD, tak beli dutch lady, dah berhenti makan ferrero rocher dan banyak lagi. Tiba-tiba aku beli barang Levi’s. Dan yang satu lagi aku tak dapat buat boikot NESTLE, sebabnya susu anak aku nestle dan antara susu paling murah untuk baby. Bukan sebab murahnya tu aku tak boikot tapi susah nak tukar susu baby ni takut tak serasi.
Rasanya Allah bagi ujian untuk aku yang beria-ia senaraikan dalam fikiran apa yang aku boikot sampai kadang2 terkeliru yang mana satu barang musuh islam dan mana satu tak. Salah kah kalau kita tak boikot sebab bila aku fikir balik saudara2 kita juga yang mencari rezeki di kilang2 sana. Tapi kalau tak boikot pun aku rasa salah sebab selagi kita tak cintakan Allah dan Rasul melebihi cinta kepada diri, ada soalan lain berimankah kita?

Monday, April 20, 2009

Blogger

Kat negara lain ada ke blogger kena tangkap dan blognya ditutup sebab sesuatu isu yang dia utarakan tu menyentuh sensitivi negara atau individu yang berkuasa (sebenarnya individu takde kuasa langsung. Nun yang di atas sana lah yang maha Berkuasa). Ada tak? maklumlah aku ni general knowledge kurang, sebab tak amalkan budaya membaca. Asyik baca pasal artis je.

Thursday, April 16, 2009

Sukuk Simpanan Rakyat

Just want to share this info with you all. Bank Negara baru saja launch satu produk sukuk simpanan rakyat atau bond simpanan rakyat dengan pulangan 5% dividen setahun. Pembelian paling rendah RM1,000 dan maximum RM50,000. Under konsep shari'ah dan boleh didapati di hampir semua bank di malaysia. pembelian hingga 13/5/2009.

Friday, April 10, 2009

Bunga Dari Kuburan

Aku semakin hairan apabila jambangan bunga seolah-olah ditukar setiap tiga atau empat hari sekali. Siapa yang menukarnya adalah satu soalan tetapi ada soalan lain lagi yang lebih aneh jawapannya mungkin. Kenapa jambangan-jambangan bunga yang sentiasa segar itu kelihatannya seperti bunga dari kuburan Sulaiman.

Sebelum ini memang tidak terlintas jambangan-jambangan bunga itu dari kuburan Sulaiman sehinggalah dua kali aku mengunjungi kuburnya. Kali pertama aku berasa bunga-bunga yang kulihat di sekeliling kuburnya seperti terlalu biasa kulihat. Spesis bunga daisy dan kemboja. Spesis yang agak kurang kedapatan di mana-mana. Selepas kali kedua baru mindaku dapat memfokus apa yang tidak kena. Ya! bunga-bunga itu selalu membentuk jambangan yang diletakkan di atas meja makan di ruang dapur. Bunga dari kuburan?

Bulu romaku meremang tiba-tiba. Haruman kemboja menusuk rongga hidung. Sulaiman.. awakkah yang meletakkan jambangan-jambangan bunga itu?

Semoga mereka insaf dan bertaubat

Setiap dosa yang kita lakukan kecuali syirik kepada Allah kita akan diampunkan dengan syarat kita bertaubat nasuha. Syirik pun kata sesetengah ulama, tak dapat diketahui samada Allah menolak terus taubat orang yang telah syirik tu melainkan hanya Allah yang maha mengetahui. Allah kan maha pengampun.

Saya mendo'a kan moga Allah membukakan pintu hati si Sirul dan si Azilah untuk bertaubat nasuha dan juga hati kita semua untuk bertaubat nasuha bagi dosa-dosa yang telah kita lakukan. Cuma yang hairannya apa ke halnya budak berdua tu pi bunuh orang tak tentu pasal dan last sekali kena gantung. Apa yang dia orang dapat? Dalangnya (entah siapa) lepas bebas pulak. Kesiankan. Kesian dengan mak pak dia orang yang menderita menerima berita anak-anak bunuh orang dan akhirnya akan mati sebelum dia orang (jika Allah izin).

Aku juga nak do'a kan dalang sebenar ditunjukkan Allah hidayah-Nya. Berdosa buat orang sakit hati apatah lagi buat orang hidup merana dan sengsara.

Thursday, April 9, 2009

Good Investment

Apabila menceritakan tentang "good investment" tentu ramai yang berfikir tentang komoditi, saham, dana itu dan dana ini. Bagi kalangan individu yang berurusan dengan Hartanah tentu terfikir untuk membeli rumah dan menyewakannya terutama rumah lelong. Bagus jugak tu. Bagi kalangan yang berniaga barang kemas tentu emas tulen yang menjadi sasaran. Pernahkah kita berfikir yang mana satu pelaburan terbaik yang boleh memberikan pulangan yang cukup lumayan dalam masa yang singkat? Skim cepat kaya?

Dalam satu perbincangan yang tidak serius antara saya dan bos, bos saya pernah melontarkan idea bahawa barang kemas (emas tulen) adalah pelaburan yang sangat baik. Harga emas jarang sekali turun dan kalau hendak memerlukan duit yang cepat emas lah pelaburan yang baik. Contohnya jika membeli seutas rantai tangan hari ini, esok pun boleh digadaikan untuk mendapat wang segera. Tidak perlu menjual. Setakat gadai dahulu dan cuba dapatkan kembali barangan tersebut dalam jangkawaktu yang ditetapkan. Jangn pula gadai kepada ceti, gadailah kepada Bank Rakyat yang menyediakan sistem gadaian islam.

Kalau membeli rumah, urusan membeli sahaja melebihi 4 bulan. dan apabila hendak menjual pula prosesnya sama tetapi belum tentu dalam masa yang singkat kita boleh mendapatkan pembeli. Mungkin terpaksa diiklankan berbulan-bulan lamanya. Modal untuk membeli rumah juga mahal.

kalau membeli saham atau komoditi risikonya tentu lah turun naik harga dan kita hanya boleh mendapatkan keuntungan selepas tarikh matang dan wang hanya boleh dikeluarkan selepas 10 hari atau mengikut peraturan yang ditetapkan.

Saya tidak mempunyai banyak pengetahuan di dalam pelaburan2 lain tetapi saya dapat membayangkan bahawa emas adalah cara yang tidak kurang eloknya untuk menyimpan. Tetapi pandai2lah cari tempat untuk menyimpan sebab risiko kecurian sangat tinggi.

Shhhh...

Lengang betul office hari ni. Telefon pun jarang benar berdering. Kalau keadaan ini berlanjutan, tau tak apa maknanya? Maknanya business makin slow. Itu kayu ukur untuk income bagi office saya. Telefon kurang berdering maknanya income kurang masuk.

Bagi pekerja makan gaji soal duit keluar masuk tak penting, yang penting gaji kita masuk tapi bukan semua pekerja makan gaji ada dalam keadaan macam tu terutama pekerja swasta macam kami ni. Kalau bab business, income tak masuk maksudnya kedudukan mungkin akan goyah atau mungkin tak ada tempat nak duduk.

Dulu saya pernah terfikir nak berhenti kerja awal. Nak jaga anak-anak so, anak-anak besar depan mata. Tapi bila difikir-fikirkan balik dengan pendapatan suami yang tak seberapa, dengan anak yang masih boleh bertambah dan harga barang yang makin mahal, saya rasa susah juga nak shopping kalau tak ada duit sendiri. Tentu perbelanjaan limited. setakat makan minum tu Insya-ALLAH cukup. Tapi nanti kalau nak balik kg tentu sengkek sikit. Sekarang pun bila balik kampung aje, tentu budget lari. Bukan nak ungkit belanja yang kita keluarkan untuk jenguk mak bapak yang tatang dan jaga kita dari dalam rahim nun, tapi itulah hakikat akan keperluan wang pada zaman sekarang ni. Bergerak sejengkal pun pakai sen.

Kelenganan office buat saya berfikir banyak. Dari satu bab ke satu bab. Kemarin, hari ini dan esok. Kadang-kadang apa yang kita kerjakan terasa tak berbaloi. Saya hairan kenapa company kami ni yang dah lama beroperasi masih dengan cukup-cukup makan. Tak mewah. Setelah 6 tahun di sini saya tak merasa kemewahan selain daripada keperluan yang mampu dipenuhi dengan pendapatan yang tak seberapa.

Saya bukan memarahi sesiapa. Tidak juga kepada bos, cuma ingin menyuarakan kehairanan tersebut. Apa yang menghalang rezeki itu datang. Setiap yang berlaku dengan kehendak ALLAH. Saya maklum itu. Kenapa company bukan muslim begitu maju. Kalau projek developer sedikit sangat diberikan kepada bumi putera. Malah projek perumahan kerajaan pun lawyernya siapa? Saya betul-betul tak faham. Kebelakangan ini income kami banyak yang datang dari client yang merupakan kawan atau kenalan atau bekas rakan sekerja dan jiran tetangga bos. Bagaimana jika spesis ini sudah pupus? Mana nak dicari client lagi? Bak kata Nabil "Lu pikirlah sendiri" (saya tak pernah dengan Nabil cakap ayat ni. Ini cuma hearsay.

Keterangan Terperinci

Ini maklumat terbaru berkenaan lot-lot tanah yang nak dijual di Kg Bukit Changgang 5 km dari Pekan Dengkil.

Geran bercampur dengan Lot berasingan (maksudnya satu geran dengan nama semua Pembeli tetapi lot adalah berasingan)

Buat masa ini geran masih atas nama pemilik asal dan apabila semua pembeli telah cukup akan dipindahmilik kepada Pembeli secara serentak.

Lot untuk jualan kepada orang-ramai hanya 16 sahaja manakala 16 lagi telah reserve kepada tenaga pengajar Madrasah.

Lebar dan panjang setiap lot ialah 40 x 125 kaki. Tanah akan diratakan dengan 3 lapisan batu dan tanah. Proses pindahmilik akan dilakukan secepat muungkin sebaik sahaja jual beli selesai.

Sunday, April 5, 2009

Harapan

Keterujaan saya memiliki rumah percutian membolehkan saya sampai ke Dengkil pada ahad lalu walau pun dalam keadaan kaki yang agak capik (berjalan tak betul). Kaki saya sakit sebab keluar shopping tak minta izin suami agaknya, tetapi kenyataan yang saya fikirkan ini tidak langsung saya suarakan kepada suami sebab kain ela yang saya beli untuk dibuat baju masih tersimpan dalam gerobok kat rumah. Bukan nak membuat baju untuk kelihatan cantik tetapi baju lama dah semakin tidak muat.
Berbalik kepada tanah yang saya lihat tempohari, saya memang menaruh harapan yang tinggi untuk memilikinya. Suasana kampung sememangnya menjadi impian sebagai tempat tinggal di kala tua kelak. Saya tidak rela tinggal di bandar dengan laman yang sempit dan sedikit amat tanah untuk bercucuk tanam. Seronoknya tinggal di bandar sebab semua kemudahan ada apabila diperlukan seperti bank, klinik, hospital, restoran dan sebagainya lagi tetapi memikirkan apabila tua kelak saya yakin saya tidak akan larat lagi hendak bershopping atau keluar makan di restoran2 makanan segera maka kampung adalah lebih baik untuk saya.
Hendak pulang ke kampung halaman tempat asal rasanya tidak betah lagi sementelah suami saya sendiri sudah bekerja tetap dan sudah berikrar akan berkerja selagi hayat dikandungbadan maka sudah sampai masanya kami berkira-kira mencari tempat untuk bersemayam kelak.
Saya pula memang sudah terpikat dengan Dengkil kerana pekannya tidak lah besar malah jika memerlukan keperluan yang tidak ada di Dengkil, Putrajaya tidak jauh malah sesekali nak menjengah ke Sri Petaling pun tidaklah keberatan. Lebuhraya telah menganjur dari barat ke timur dan sebaliknya.
Saya amat berharap harapan menjadi kenyataan kerana orang yang berharap sekurang-kurangnya mempunyai impian. Orang yang mempunyai impian hidupnya tidak jauh dari kemajuan. ini motto baru tapi saya dapat melihat kebenarannya

Tanah Untuk di jual


Assalamualaikum. Ini nak iklankan sebidang tanah yang ada 36 lot untuk di jual berhampiran dengan jalan masuk ke Paya Indah Wetland, Dengkil. Harganya murah daripada harga pasaran iaitu RM35,000 untuk 5,000 kaki persegi (lot banglo). Tujuan tanah ini dijual untuk menampung kos menambah facility untuk sebuah madrasah tahfiz yang berdekatan. Buat masa ni tanah kosong tu masih penuh dengan kelapa sawit tua. Tapi saya telah difahamkan apabila 36 lot tersebut telah dijual, owner dia akan tebang dan tolak tanah tu dan buatkan saliran untuk penampatan. Jadi tak usah risau bab nak tebang-tebang pokok ni. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk apa-apa keterangan lanjut.

Wednesday, April 1, 2009

Resah

Langkah Pertama adalah permulaan
Jika langkah itu baik, mungkin baiklah
Jika langkah itu kiri, mungkin tidak baik
Bagaimana jika tidak melangkah?

Hidup antara dua makna
makna sementara untuk dunia
makna kekal itu akhirat
Bagaimana jika hidup tanpa makna?

Andai pergi tentu derhaka
Andai tidak tentu derita
Pilih lah, cepat pilih antara dua
Boleh tak kalau pergi seketika?