mayysa

Thursday, November 20, 2008

Holiday in Malacca

Tajuknya English but the content is malay. Bila Gee cerita pasal bercuti ke Melaka aku tiba2 recall kenangan aku bercuti ke sana. Yang lain tak payah lah aku cerita tapi aku nak cerita pasal makan ikan bakar di Umbai. Ikan bakar Umbai memang famous. satu lagi di Klebang tapi Umbai memang terkenal dgn ikan bakar.

Kebetulan malam yang kami di Melaka tu tak tau dah nak pi mana sebab tempat2 yang menarik dah pi. Lagi pun aku dah berkali2 ke Melaka sebab ipar duai orang sana. Yang aku pi dgn Ta tu cumalah nak berehat bukan nak melawat. Kebetulan ternampak sign board tentang ikan bakar Umbai. Bukan dekat sangat dalam dekat 45 min juga lah kami redah tempat yang tak pernah sampai malam2 buta tu.

Aku tak ingat sangat ikan apa yang kami makan tapi rasanya macam ikan kerapu bakar dan ada lah juadah sampingan. Boleh dikatakan sedaplah dan tak menyesal lah ke sana. Adventure 2 sahabat. Dulu sekali ke Port Dickson tapi tak menarik sangat Port Dickson bagi aku sebab aku tak suka suasana laut yang panas. Cuma enjoy duduk dalam apartment yang nyaman tak macam kat rumah sewa.

Jadi makan ikan bakar di Umbai jangan lupa kalau korang nak ke Melaka. Tak jauh sangat cuma ikut betul2 setiap sign board insyaAllah sampai. Lepas balik dari bandar Melaka, kami nak singgah ke Taman Budaya (mini Malaysia). Tapi oleh sebab bayar mahal nak masuk sedangkan rasa macam letih je nak berjalan kat dalam tu jadi cancelled. Tiba2 Ta ajak aku ke Tangkak. Tu lah yang rindu masa single tu nak ke mana cakap je, kalau tak ada hal yang lebih urgent menanti shru.... meluru pergi.

So kami terus ke Tangkak. Aku taklah terror jalan ke sana tapi aku dah dua tiga kali ke Jasin kampung mak mertua kakak aku dan pernah pula ke Tangkak 2 kali. Aku lah yang jadi guide Ta hari tu. Tak payah lah nak ke sana ikut sign board ke Jasin dan akan nampaklah Tangkak selepas sampai Jasin sebab Tangkak hanya lebih kurang 20 min dari Jasin. Kami shopping lah sikit . Itu pun tujuannya. Nak shopping baju dapatlah aku tiga pasang kain utk buat baju. Tak cukup duit gores lah kad kredit. Sampai hari ni htang baju tu tak settle lagi dgn bank kad tu (ehe... acah je) Bukan mahal sangat. Aku bukan jenis beli baju mahal2. Kalau makan mahal aku no problem asalkan dapat merasa.

Itu lah percutian yang penuh kepuasan bagi aku sebab rasa relax. Walau pun ada orang pi Langkawi rasa syok tapi aku tak rasa pun. Nak tau sebab apa? Sebab boboy aku warganegara sana. So ke Langkawi bukan lagi bercuti sekadar menjenguk kampung halaman. Pun begitu, kalau balik Langkawi duit aku kopak jugak dek beli coklat dan kudapan yang murah kat sana utk orang sini. Istimewanya yang tu je lah. Coklat import cukup murah. Tapi tak payah beli cadbury ye, harganya lebih mahal drpd di KL.

Wednesday, November 19, 2008

Dating Semalam

Hahahaha... tengok dah berpunya pun keluar dating lagi. Aku keluar dgn kawan pompuan la. Masa tengah dating dengan dia baru aku teringat tak cakap pun dgn husband aku. Takpa kot kan. Nanti2 aku cakap lah.

Kawan aku kira baru beli kereta. Tak lah baru sangat tapi kalau nak banding dengan mobil ku tentulah mobilnya masih hijau gitu. Dah lah hijau besar pulak tu tak padan dgn tuannya yang sebesar taugeh je.. (jangan marah ye ACD) just take it as a compliment. Mestilah kalau aku orang kata besar taugeh mesti syok giler. Sekarang orang kata aku gorila tau. Takpa lah yang kata gorila tu org aku sayang tak berkudis la lagi. Kalau jadi tak sayang nanti .. hmm SIAP kau!

Berbalik kepada kereta dia. Honda civic. Naik rasa macam dok dalam kapal terbang. hahaha. gurau je. Tapi memang syok le kalau dapat beli honda kan. Cuma aku ni bersifat patriotik. Aku suka kereta malaysia. Mungkin orang akan kata memang la sebab dah tau aku tak mampu pakai honda atau keta import lain. Tu pun salah satu sebab jugak. tapi aku bukanlah orang yang ambitious. Sejak dari dulu, maksudnya sejak aku kenal erti realiti dan bezanya dgn fantasi. Kalau dalam novel lain lah kan. Kita buat cerita hero naik keta kenari maunya novel tu jadi komik sebab tak nampak macho. Itu lah aku. Sekarang aku nampak cam suka keta Saga baru tu. Dulu nak suka Gen2. tapi dah bertahun2 suka tak dapat beli lagi so sekarang Saga pulak. Paling hebat pun aku nak beli avanza je, bukan sebab dia import tapi sebab cc dia tak tinggi so jimat minyak dan dia tak mahal sebagai MPV. Aku nak ucapkan tahniah lah kat ACD yang dapat pakai honda dah ni selepas beribu kali fikir nak tukar keta.

Berbalik kepada dating kami ni, kami pi lunch kat KL Sentral di Chicken Rice Shop (bukan sekadar nasi ayammm) sebab ada kerabu mangga dan lain2 lagi yang tak berkaitan dgn ayam. Kami sembang tengahari. Macam2 topik lah. Aku kenai dia lebih lama daripada kawan yang sembang pagi dgn aku tu. Kalau ikut history dari form 1 la. tapi persahabatan kami ni gitu2 je dulu cuma selepas masing dah bekerja baru lebih akrab dan sekarang dia antara kawan yang masih boleh aku ajak borak2 kosong. Aku dah tak ramai kawan (tak pernah ramai pun). Jadi yang ada ni kalau boleh biarlah jadi kawan2 aku hingga akhir hayat.

Dulu kami selalu rayau2 kat KL Sentral. Masa tu naik LRT makan kat medan selera dia tu. Bila ingat kenangan lama rasa macam nak putar masa balik ke belakang. Bukan tak bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang, cuma kenangan lalu itu adalah apa yang kita ada sekarang (kalau tak faham just ignore it sbb aku tak dapat nak elaborate dengan baik apa yang aku nak sampaikan) Bila kita dah melepasi sesuatu tahap tu stage yang lepas tu adalah sesuatu yang amat berharga utk dikenang.

Aku selalu tengok wayang dgn dia ni (selain Cik Zie lah). Kadang2 balik awal pagi tapi one thing kami tak pernah rewang dgn cara tak bermoral. Tengok wayang means tengok TV besar tak tengok lain dah. Tempat lepak Midvalley city selalunya McD sebelum aku boikot McD. Tak pernah rewang sambil mengurat atau pun menggatal. kami adalah sebahagian daripada perempuan single yang menghabiskan waktu cuti atau tak cuti dgn cara yang boleh dijadikan teladan. Hmmm dengar tu.

Masa berlalu begitu cepat kan. Apa yang kami biasa buat dulu takkan boleh diulang balik sebab jadual yang berbeza. Aku tentu tak boleh nak tinggai baby aku untk keluar shopping atau tgk wayang dgn kawan. Tak proper lah. Apa yang aku nak bagi tau di sini ialah aku amat merindui masa lalu bersama member2 aku. Aku juga nak bagi tau aku amat menghargai dia orang semua sebagai kawan dan sahabat yang pernah kongsi masalah dan masa2 happy bersama aku.

Walau pun aku happy dgn life sebagai isteri dan ibu tetapi aku tak pernah lupa yang dulu aku juga happy dgn kehidupan single bersama mereka. Thanks to you guys! Serangkap Pantun "Pen Merah Pen Biru, U marah I love you" hahahahaha... acah je tiba2 teringat pantun budak2 kecik ni.

Sembang Pagi

Pagi tadi kawan aku call. Kawan sejawatan tetapi berlainan company. Bila aku kenal dia hmm? Dah lama tak ingat tarikh sebenar tapi tahun 1995 dan Alhamdulillah masih berkawan sampai hari ni. Sembang pasal kerja lah apa lagi.

Dia dapat offer baru handle corporate loan. Dia ni dari segi experience senior aku lah. Dia nak tinggal kerja sekarang mungkin nak cuba tempat baru tu lah. So aku bagi opinion aku.

1. Kalau dia nak resign dia kena bersedia untuk 2 perkara. (Dia dah senior dan gaji dah tinggi)
i. masuk tempat baru jadi fresh balik sebab kena buat kerja baru. Krna ada minat la nak buat kerja corporate ni. Dah akan tension byk sebab corporate loan sangat demanding. Job mesti dia dalam masa dua tiga minggu. tak macam housing loan kita boleh santai sikit. paling cepat 2 bulan. Corporate loan macam2 dan orang yang ambik corporate loan especially Datuk2, Tan Sri2 org bisnes. Kena cepat kalau tak rugi banyak. U know lah how these people kdg2 very fussy. Ini benar we cannot blame them. Jadi bila kita baru belajar dan dunia ni berbeza dgn dunia yang kita biasa lalui 5-6 years tentu lah kita tak sedikit sebanyak stress kan? Silap hari bulan kita terpaksa cabut. Benda ni boleh buat Insya Allah. Cuma perlu ada minat dan kesungguhan yang bukan sedikit.
ii. Bila terpaksa cabut tentu lah jobless utk seketika nak dapatkan company yang sanggup bayar sepertimana yang dia dapat sekarang. Dan kalau dapat bayaran yg setimpal nak rasa bahagia dalam company tu pun will take some time. Kalau tak happy then u have to lompat lagi. Jobless meaning that perjalanan akaun mungkin lari skit lah kalau tak banyak lepas tu bosan dok rumah dan seterusnya fed up nak cari kerja baru.

Cuma bagi aku kalau budget tak lari apa salah nya rehat sekejap concentrate untuk buat sesuatu yang lain selain daripada SnP, Loan, MOT, PDS, bank , PTG, PTD, auction and bla..bla..bla.. mungkin lepas tu kita boleh fikir dengan lebih clear apa sebenarnya yang kita nak cari.

Aku... tak boleh buat macam tu. Aku memang tak enjoy kerja but I have to do it. kalau dok rumah mau nya aku dibuli anak aku tu calar balar muka kena cakar dgn dia. Pastu maunya pakwe aku kat rumah tu aturkan jadual baru sebab seronok tengok muka bini dia pagi petang siang malam. Oh tidak! aku belum ready nak dibuli walau pun oleh 2 wajah kesayangan aku tu.

Dan 1 more thing tak ada income meaning that langkah pendek. Benda tak penting langsung tak boleh beli. Hahahaha... bisalah pompuan kdg2 shopping tah apa2 dibeli tak penting pun.

Jadi whatever you want to do next please think carefully and be ready to the new adventure because that is the beauty of our profession (kalau ayat akhir aku ni tak difahami just ignore it coz aku selalu macam ni) kadang2 sebab terlalu banyak idea berkata sesuatu yang di luar bidang.

Monday, November 17, 2008

Kaya

Aku melayari blog laman web ohbulan tadi. Tiba2 terdapat beberapa keping gambar yang dipaparkan kononnya ada menteri. Gambar2 tersebut langsung tidak menampakkan si polan2nya adalah orang melayu jauh sekali umat Muhammad. Aku tidak menghukum cuma menyatakan pandangan dari sudut kaca mata aku sendiri yang akhir2 ni agak kabur (nak kena buat baru nih).

Bukan tak biasa tengok posing macam tu, dah melambak. Anak Datuk tu, anak Datin ni, Anak Tan Sri sana, anak Datuk Seri sini. Semua lebih kurang. Cuma yang aku sedih posing2 maut tu dibuat oleh orang kita, beragama islam dan lebih sedih lagi orang2 kita yang berpangkat dan disanjung masyarakat. Perempuan puan asyik pakai baju bare back, tak pun yang talinya besar bulu mata je dan menampakkan sebahagian besar lurah dada. Macam baju Mariah Carey gitu. Sedih kan.

Kenapa kita jadi macam ni? Kenapa anak2 kita yang daripada golongan ternama dan berpangkat tak menjadi satu teladan kepada anak2 golongan bawahan. Tiba-tiba aku teringatkan ruangan Dang Setia di HArian Metro Ahad. ini agakny ujian kepada hamba-Nya yang kaya dan berharta dan ternama. Allah nak uji sedalam mana iman mereka dalam menikmati rahmat dan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah kita tak diberi kekayaan yang boleh melalaikan kita macam tu. Dalam diam aku bersyukur sangat sebab tak berharta dan rupa paras pun tak seberapa. Mungkin aku akan lalai jika Allah kurniakan aku ni rezeki yang melimpah ruah. Takut aku lupa rahmat Allah.

Aku juga sentiasa berdo'a moga anak-anak aku takkan jadi hamba yang engkar. Aku do'akan anak-anak aku akan jadi hamba yang beriman berilmu dan beramal dan seterusnya anak yang soleh kepada ibu bapanya dan menjadi manusia berguna kepada agama bangsa dan negara. Siapa yang ingin lihat anak sakit dan menderita? Sedangkan nyamuk gigit pun kita kejar nyamuk tu sampai dapat. Jauh sekali untuk melihat mereka dilontarkan ke dalam api neraka. Na'uzubillah. Marilah kita jaga diri kita dan anak2 kita dari kekufuran. Sama2lah kita berdo'a moga kita akan sentiasa di dalam rahmat Allah dan semoga Allah menunjukkan kita jalan menuju ke jannah. Amin....

Aku Pun Letih

Menjadi seorang peguamcara apatah lagi peguambela bukan apa yang aku impikan semasa mengisi borang UPU dan meletakkan Undang2 sebagai pilihan pertama walau pun aku hanya memperolehi 4A 1R di dalam STPM tahun 1994. Minat aku hanya untuk belajar. Pada waktu itu mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan subject yang kita ambil di universiti bukanlah satu kewajipan malah kita lebih diingatkan untuk mempelajari sesuatu yang kita minat daripada membayangkan apakah akan terjadi jika subject yang kita ambil itu tidak menawarkan pekerjaan yang baik.

Nah! akhirnya aku menerima 'imbuhan' daripada minat aku yang gila2 tersebut. Sesungguhnya aku seorang yang gila2 apabila membuat keputusan berkenaan sesuatu yang penting. Contoh lain keputusan untuk berkahwin. Jangan kata anda tidak terperanjat apabila mengetahui aku akan berkahwin dgn siapa dua tahun lepas.

Sekarang aku seorang peguamcara yang mungkin boleh dinaikkan ke pangkat senior yang masih hijau. Urusan yang aku kendalikan kebanyakkannya melibatkan jual beli rumah second hand (sub-sale) and I used to handle loan agreements as well. Nampak macam sudah banyak pengalaman yang aku lalui termasuk menangis sendirian apabila ada manusia yang dianugerahkan lidah oleh Allah untuk bercakap yang baik2 tetapi bercakap yang bukan2 kepada aku.

Aku pernah berasa hampir putus asa untuk duduk di dalam profession ini kerana karenah manusia2 yang begini. Hari ini aku sekali lagi dimarahi client atau mungkin lebih tepat dia melampiaskan rasa marahnya kepada aku. Aku sebenarnya akan jadi kurang peka jika aku 'diserang' secara direct tanpa diduga. Aku tidak alert apa yang harus aku buat apabila 'diambush' begitu. Biasanya aku hanya dia dan terus mendengar. Sebaiknya begitu sebab 'Pelanggan Adalah Raja'. Namun begitu jika kita cepat berfikir ada alasan sebenarnya.

Misalnya tadi client aku marah sebab dia perlu membayar interest kerana dia membeli rumah lelong leasehold. jadi apabila semua urusan tidak selesai dalam masa 90 hari yg diberikan oleh bank, dia terpaksa membayar interest atas kesalahan yang tidak dia lakukan. hakikatnya begitu, kita pengguna sentiasa rugi disebabkan pihak yang lebih berkuasa. belum ada lagi undang2 yang betul2 memihak dan melindungi pembeli seperti ini. Berbalik kpd pelanggan tadi, dia sebenarnya menyumbang kpd kesalahan tersebut kerana lewat hampir sebulan utk melantik kami sebagai peguamcara. Tetapi semasa dimarahi aku tidak langsung ingat fakta tersebut lalu akau hanya mendengar dan cuba menerangkan keadaan kes supaya dia faham tanpa mengutarakan isu tersebut.

Entahlah, kadang2 aku sungguh bosan. Sick n tired. Ada manusia apabila kita terangkan dia faham ada yang tidak mahu faham. Macam satu lagi pelanggan aku, dia dikenakan interest sebanyak melebihi RM6k. Dia minta aku buat rayuan tetapi aku tidak dapat tolong sebab loan dia yang sepatutnya firm aku handle dah diambil alih firm lain kerana dia bertukar financier. Jadi aku cuma memberi panduan bagaimana nak merayu. Dia dapat diskaun RM900 je. Tapi dia kata "tak apa lah. mungkin itu je rezeki dia. kalau dia push sungguh2 pun nanti kalau Allah nak tarik balik rezeki tu, susah jadinya." macam tu lah manusia. Tapi apa pun yang setiap manusia ni lakukan ada reason di sebaliknya kan. aku tak dapat nak menyalahkan sesiapa.

Wednesday, November 12, 2008

Kakak

Bila menghadapi ujian rumahtangga aku tiba2 teringatkan kakak sulung di kampung. Kalau nak diibaratkan kakak bagai keramat hidup. Suami kakak bukanlah seorang jahat yang kaki botol, kaki pukul atau berperangai seperti manusia bertopengkan syaitan cuma suaminya terlalu banyak karenah sehinggakan jika diletakkan aku di tempatnya aku tidak akan sanggup sama sekali lebih baiklah membujang hingga ke tua daripada bersuamikan org seperti itu. Terlalu banyak karenah yang menguji kesabaran seorang isteri, ibu & bapa mertua, ipar duai dan anak2. Seolah2 segala kelakuannya untuk mencipta perang dingin. Sehinggakan bapa yang pendiam dan tidak banyak bercakap pun boleh naik angin dek tingkah lakunya. Tapi yang baiknya suaminya itu dia mengambil berat kebajikan siteri dan anak2nya selagi tidak melibatkan keluarga sebelah mertua (kami).

Berbalik kepada kakak, itu lah yang dikatakan keramat hidup, dia nampak relaks sepanjang masa. Tidak pernah merajuk panjang jauh sekali berperang mulut bertegang urat atau melayang periuk belanga dgn suaminya. Mungkin yang paling senang untuk meluahkan rasa hati adalah bercerita kepada mak dan kami adik2nya. Tetapi dalam bait2 katanya langsung tidak menampakkan ada dendam atau luka hati yang dalam. Baru2 ini ketika beraya di kampung, kami berbual dan terkeluar satu topik berkenaan jiran kakak yang selalu bertandang ke rumah minta sarapan. Kdang2 duduk berbual sampai dua tiga jam sehari di rumah sehingga kita yang mendengar ceritanya dan mata yang melihat menjadi meluat. Kata mak, kalau mak di tempat kakak mak buat aje hati kering cakap depan2 yang dia sibuk janganlah selalu bertandang. Jawab kakak, dia tak berasa nak marah. tak tau macam mana nak marah dan tak berkecil hati pun. Subhanallah, Allah menjadikan dia begitu. Walau pun kakak pada zahirnya bukan lah perempuan yang nampak lemah lembut malah dia pernah berkhidmat dalam askar wataniah tetapi hatinya selembut sutera.

Aku belum lagi berjumpa dengan insan seperti dia. Kalau lah kakak seperti aku aku amat yakin rumahtangganya takkan bertahan sehingga hari ini sudah lebih 21 tahun dengan pasangan yang kita nampak langsung tidak cocok samada dari segi penampilan atau pun tingkah laku.

Mungkin juga itu satu anugerah Allah untuk kakak yang aku lihat sentiasa mengerjakan solat sunat terbit matahari dan sunat dhuha. Rezekinya pun sentiasa melimpah ruah. Aku rasa aku pertlu menjadi seperti kakak dalam mengharungi pahit getir alam rumah tangga. Hendak menjadi seperti itu bukannya senang kerana latar belakang kita yang berbeza. Kakak misalnya sangat periang berbeza dgn aku yang suka memendam dan kadang kala suka menyendiri. Aku sangat sensitif dan dalam banyak hal aku perahsia dan terlalu banyak berfikir.

Besar ujiannya hendak hidup bahagia. Kata orang kita akan rasa aman jika hati kita tenang. Mencari ketenangan itu adalah langkah pertama untuk menuju kebahagiaan. Insya-Allah. Apa yang aku lalui agaknya hanya secebis daripada ujian getir dalam hidup kakak yang juga pernah berhadapan dengan seorang mertua yang ..... sedangkan aku sama sekali tidak akan berhadapan dgn hidup bermertua.

Monday, November 10, 2008

Hidup Bagaikan Roda

Hari ni aku down sikit sebab semalam aku amuk. Amuk sapa? Mengamuk sorang2. Kalau merajuk, merajuk pun sorang2. takde orang nak pujuk. Bukan macam dalam novel atau dalam samarinda, merajuk dapat bunga, dapat coklat, dapat gi shopping orang belanja. Setakat ni aku merajuk tak pernah dapat apa.

Aku tak nak buat kesimpulan sama untuk semua umat, tapi rasanya bila seorang hamba Allah yang bergelar hawa kawin dengan yang bergelar Adam, banyak lah pengorbanan yang si hawa ni akan buat berbanding adam. Walau pun hukum Allah mengangkat taraf hawa tetapi manusia pandai je buat hukum sendiri pulak. Tak usah korek cerita rumahtangga orang yang org kunci tengok kes tengah hot Norman dgn Abby dah lah. Apa pun salah si Abby tu pada Norman, patut ke suami keluar rumah tinggalkan isteri yang sarat mengamdung and then sampai ke bersalin tak lah balik2 cuma buat rumah macam hotel. Dalam islam kalau terjadi pergaduhan antara suami isteri mana2 pihak pun tak boleh keluar rumah tinggalkan satu pihak lagi.

Aku bukan nak ulas kes dia orang cuma nak menceritakan kaum adam ni walau pun Allah kurniakan dengan keistimewaan sebagai ketua keluarga tetapi dalam hal2 tertentu dia orang lah yang mencetuskan sakit jiwa si isteri dan mungkin juga anak2.

Allah jadikan hawa juga sama istimewanya. Sebesar mana pun beban yang berat tergalas sebagai isteri dan ibu, kita tetap boleh melangkah selagi Allah izinkan dan selagi kita bergantung kepada-Nya.

Sehari dua ni aku asyik mengulangi apa yang aku pernah katakan iaitu "Dunia adalah jambatan ke akhirat" dan semua keperitan dan tekanan yang aku rasa adalah ujian yang sepatutnya menjadikan aku lebih tabah dan dekat kepada-Nya.

Wednesday, November 5, 2008

Jom Hentam!

Kami antara org2 yang selalu terkena. Public service.... hari ni aku pi Shah alam. Semalam call land office pasal 1 matter ni, CC cakap datang jumpa officer yg sain surat tu. So, aku difahamkan masalah aku mungkin boleh selesai dgn jumpa dia. So, aku pi dgn 2 kes. Lepas sampai di pejabat, officer ni tak ada. semalam aku call dekat 5 kali dia tak ada kat bilik. Cuma staff dia cakap aku boleh dtg. Hari ni pun tak ada. aku tak terkejut pun just... disappointed.

Pastu aku disuruh jumpa pegawai bertugas sebab pegawai yg aku nak jumpa tu dah jadi tak relevan bila kes sampai certain stage. macam kes ni lah. Perserahan pindahmilik n gadai ditolak sebab PA tak bayar. PA tak bayar sebab semakan semakan dikaunter clerk tak tick kotak untuk bayaran. Manalah kita tau kita kena re semak sebab sebelum ni tak ada pun kena buat macam tu. Sapa yang salah? Kata clerk pegawai tu lawyer salah sebab tak check betul2 semasa buat bayaran.

Bukankah pejabat tanah yang sepatutnya semak dan kenakan bayaran? macam kita naik bas, kalau tambang kita bayar tak cukup konductor minta tambah. Makan kat kedai, dia orang tengok lauk pauk yg kita ambik, pastu bagi bill kita bayar. Macam pegi supermarket beli belah, ambik2 pergi kaunter cashier scan semua barang tahu jumlah bayar. Macam tu jugak kes ni. Lawyer bukan tahu semua jenis benda yang perlu dibayar. dan kita tak buat benda tu hari2 mana nak tau hari ni kena bayar mungkin esok tak perlu. Jadi sapa yang nak caj, dia lah yang bagi bill. macam lawyer nak caj klien, dia yang bagi bill klien bayar. kalau lawyer salah caj, then minta client tambah, client boleh tak tambah. sapa suruh salah caj?

Itu prinsipnya. So, esok aku kena drive all the way from KL to SA just to make an appeal. Kalau berjaya aku belanja korang makan rojak bellamy. So just wish me luck lah.

Hahahaha... macam tak merasa pun korang nak makan rojak bellamy..

Monday, November 3, 2008

Insya-Allah tahun depan keluar ni

Jika tidak merasa maka tidak tahu apakah maknanya rindu. Itu sahaja yang boleh dikatakan Jasmine apabila mengingati saat-saat kerinduannya yang sarat kepada Abang Sani. Tidak boleh digambarkan apa itu rindu. Hati berasa sendat, sayu, sebak dan terharu. Tangan pula asyik memegang telefon antara mahu dan tidak mendail nombor Abang Sani. Seringkali rasa rindu itu datang apabila dia bersendirian di malam sunyi. Terlalu ingat kepada lelaki itu malah kepada nenek juga sehinggakan dia menangis semalaman dan esoknya matanya bengkak. Itu lah kesan kerinduan walau pun maknanya masih tidak dapat ditafsirkan. Dulu dia tidak faham kenapa ada gadis yang cuba membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih hati. Namun apabila dia merasai apakah rasanya terpisah, dia tahu rindu itu lah sebabnya. Jika tidak beriman, mautlah yang mereka dambakan. Jasmine tidaklah pernah terfikir hingga ke situ, tetapi setidak-tidaknya dia telah faham satu kerinduan yang sebenar. Jika dia ingin menghukum Abang Sani atas seksanya rindu itu maka Abang Sani akan terhukum dengan teruk. Jika rindu itu berubah menjadi dendam maka punahlah Abang Sani dek bahang dendam itu. Mungkin sebab itu juga orang tua-tua sering menyebut satu kerinduan sebagai rindu dendam kerana keasyikan rindu itu menjadi satu kesakitan seperti dendam. “Apa yang Min lalui takkan dapat abang Sani bayangkan. Menderita. Tiada harga yang abang Sani boleh bayar untuk sakitnya Min merindui Abang.” Tiba-tiba terkeluar kata-kata itu dari mulut Jasmine.
“Walau pun abang tebus salah abang tu dengan sebuah perkahwinan?” Tersentak Jasmine jadinya mendengar suara Sani. Segera dia berpaling. Asyik sungguh dia melayan perasaan sehinggakan dia menjadi terpinga-pinga melihat Sani berdiri hampir di belakangnya. Bahang panas tiba-tiba naik ke mukanya. Selama beberapa hari di rumah nenek dia cuba menyembunyikan rasa hatinya daripada Sani. Seolah-olah Sani sudah tidak bermakna di dalam hidupnya. Sani tidak wujud di matanya.
“Abang pun rindukan Min.” kata Sani apabila Jasmine berpaling semula ke depan. Rasa malu yang hadir menyebabkan Jasmine terkedu tidak mampu bersuara. “Percaya atau tidak terpulang pada Min. Tapi Abang juga separuh gila mengenangkan Min. Baru abang sedar yang abang telah buat satu kesilapan besar dalam hidup. Melepaskan Min pergi.” Keluh Sani masih berdiri di belakang Jasmine.
“Dah terlambat untuk cakap macam tu.” Balas Jasmine menyindir. “Tak perlu lah abang fikir perkara-perkara yang lepas. Dah tak ada gunanya pun,”
Suasana sepi seketika. “Dalam hidup kita ni Min, banyak yang kita belajar daripada pengalaman. Yang kita belajar di sekolah dan secara teorinya adalah tak sama dengan praktikal. Memang abang telah buat kesilapan lepaskan Min, tapi ada sebabnya semua tu berlaku. Ada alasan yang kukuh abang terpaksa buat begitu. Abang tak menyesal dengan apa yang abang pilih. Cuma abang kesal pengorbanan abang tak memberi apa-apa kebaikan pada Min. Sebab, sebab utama abang buat begitu adalah untuk kebahagiaan Min juga.” Ada sesuatu yang besar maknanya dalam kata-kata Abang Sani. Fikir Jasmine. Seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan.
“Takkan sampai saat ni abang masih nak berkias-kias juga. Tak bolehkah kita bercakap terus-terang?” soal Jasmine. “Min pun bukan budak-budak lagi. Setelah apa yang Min lalui Min rasa tak ada apa yang abang sampaikan akan buat Min sedih lagi.” Desak Jasmine. Masih seperti tadi, dia memandang ke arah arus sungai yang mengalir segar, Sani berdiri sedikit ke belakang. Diam membisu beberapa ketika.
“Kadang-kadang perkara yang berat itu tak pernah kita fikirkan akan berlaku pada kita Min. Abang tak boleh cakap pada Min. Min kena cari sendiri.” Balas Sani. Dia tidak bermaksud hendak bermain dengan kata-kata. Tidak bermaksud hendak berteka-teki dengaan Jasmine yang boleh membuatkan Jasmine marah dan kecewa. Masalahnya dia tidak berhak menyampaikan berita itu kepada Jasmine. Dia juga tidak pasti apa yang dia tahu itu fakta sebenar. Mungkin juga dia salah faham.
“ Habis apa yang Min nak cari sebenarnya? Bagaimana hendak cari? Kalau semua orang tak boleh bercakap, tak boleh bercerita, might as well tak usah cakap yang ada rahsia sebenarnya kenapa kita tak boleh kahwin.” Suara Jasmine sedikit meninggi namun masih tidak berdepan dengan Sani.
“Bukan kita tak boleh kahwin. Tapi ada sebabnya kenapa mama begitu menghalang kita berkahwin. Selain daripada dia tidak mahukan abang yang tidak tahu usul keturunannya ini menjadi menantunya, ada sebab lain yang hanya dia boleh bagi tahu Min. Bukan sahaja abang malah dia sebenarnya tidak mahu Min kawin dengan siapa-siapa pun.” Terang Sani.
“Apa abang merepek ni?” Jasmine akhirnya mendepani Sani. Wajahnya jelas menggambarkan rasa tidak puas hati dan mungkin juga marah.
“Min hanya perlu tanya mama. Semua jawapan ada pada mama. Kalau Min tak bersoal jawab dengan dia sampai bila-bila pun Min tak akan tahu. Mungkin juga suatu hari nanti Min akan tahu tapi abang pun tak tahu bila hari tu akan sampai.” Sani senyum lembut dan berlalu. Jauh di sudut hatinya dia kasihankan Jasmine. Sanggup Zaharah membiarkan Jasmine begitu semata-mata untuk kepentingannya. Atau mungkin juga untuk kepentingan Jasmine. Apa pun yang jelas Jasmine yang teraniaya. Percaya pada sesuatu yang jauh dari benar. Bergantung pada kebenaran yang palsu.

Jasmine masih termangu-mangi di bibir sungai. Apa yang Abang Sani cuba sampaikan? Rahsia apa yang mama sembunyikan daripadanya. Jika perkara itu kecil sudah tentu lah Sani sendiri akan memberitahunya. Jika rahsia itu besar pula tentulah mama tidak akan memberitahunya dengan mudah. Apa yang hendak ditanyanya kepada mama? Bagaimana dia hendak memulakan soalan tersebut? Takkan dia akan memulakan dengan “Mama, Min nak tahu rahsia apa yang mama simpan daripada Min selama ini?” Tentulah mama akan terpinga-pinga juga. Lalu harus bagaimana kah dia memulakan soalan. “Mama nak Min kahwin atau tak? Kalau tak kenapa?” begitu kah dia harus bertanya? Habis jika mama menjawab Ya, soalan bagaimana seterusnya hendak dia utarakan supaya rahsia bukan rahsia lagi.