mayysa

Tuesday, October 21, 2008

Datuk SRK?

Adus! mula ingat filem lakonan dia. Pastu baru tau REAL rupanya. Wake up! wake up! tak tau lah nak kejutkan sape tu.

Dalam krisis negara yang tak sudah2 ada juga orang nak buat lawak. Agaknya rakyat Malaysia ni dah habis kot untuk title Datuk sampai terpaksa cari rakyat asing yang tak berdomisil kat Malaysia ni. Jangan kata Domisil, bercuti kat Malaysia pun rasanya tak pernah.

Kalau ikut panas hati dengan latest news ni rasa nak hentam habis-habisan tapi teringat juga akhir2 ni OSA, ISA, USA dan banyak lagi ...SA yang diguna pakai cuak jugak den. Tak pelah merasa jugak lah si hero yang kejap berlakon islam, kristian dan hindu tu dipanggil Datuk. Tapi entahkan dia tak tau pun Datuk tu pangkat tinggi kat Malaysia ni.

Aku taklah merasa Datuk tu tinggi tapi gelaran tu adalah satu tradisi melayu atau rakyat malaysia lah tetiba je dapat kat orang asing yang tak nampak pun menghargai Malaysia dari mana2 segi pun. RALAT lah. Tapi tak tau lah kalau tiba2 SRK tu buat rumah terbuka raya tahun depan sebagai tanda menghargai anugerah yang diterima.

Kes ni nampak macam sama dengan kes penyanyi angkat kening yang dapat tokoh budayawan dulu. Padahal dia tak ada menyumbang kepada budaya pun. Lagu2 unsur budaya pun rasanyalah tak ada dia nyanyikan. Entah lah tak paham den!

Sunday, October 19, 2008

Pelajar Tendang Guru

Mungkin agak terlambat nak bagi komen tapi isu ni masih belum sejuk. Kalau Cikgu tu yang sebenarnya melampau Pelajar boleh lari je ke pejabat pengetua atau pejabat guru minta tolong. jangan sekali2 lawan cikgu dengan cara yang kasar@ganas macam tu. Itu kesimpulan yang boleh aku buat untuk mengatakan bahawa dua2 budak sekolah tu dah melampaui batas dengan kata2 kurang sopan tetapi masih ketimuran ialah BIADAP.

Ada kemungkinan guru tu dah provoke budak dua org tu tapi guru tu pun dah diprovoke dulu oleh murid dia dengan tidak buat kerja sekolah. Apa pun acara menendang guru adalah sesuatu yang sangat melampau. Aku pernah jadi guru ganti kat sekolah di KL ni. Sekolah bandar lah pastu kena mengajar kelas tak berapa cerdik. Aku pun dah tak berapa ingat event nya tapi aku memang menyoal siasat budak tak berapa cerdik ni. Mungkin sebab dia tak bagi perhatian dalam kelas. Dengan selambak dia duduk atas kerusi dengan goyangkan kerusi tu ke depan dan belakang (gaya kerusi 2 kaki) dan melanggah air mineral ke mulut di hadapan aku yang tengah berdiri menunggu dia bagi jawapan. Betapa KURANG AJAR/BIADAP/PELESIT/MANGKOK AYON nya dia. Itu lah kemarahan dalam hati aku masa tu sehingga panas muka aku macam pakai kosmetik yang tak sesaui dengan muka. Tapi budak tu bukan melayu. Dah lah BODOH buat perangai macam hantu rayau.

Itu aku takde buat salah apa2 cuma menjalankan tanggungjawab sebagai guru. Zaman aku jadi murid2 dulu pernah didenda atas kesalahan yang tak sengaja. loceng bunyi untuk perhimpunan agung setiap pagi isnin masih dalam toilet. terus kena denda beratur berasingan daripada pelajar2 lain (degn geng2 yang sama kena denda la) dan dilecture sehingga menjatuhkan air muka. Pun begitu aku tak dendam pun dengan cikgu tu. dulu2 ada juga rasa marah sebab tak salah. tapi taklah lama. Pernah juga sebab dengar cakap kawan2 bahawasanya boleh memetik daun aloe vera aku pun petik juga dituduh cikgu sebagai DALANG nya padahal aku pengikut yang naif. Cikgu kata aku TAK TERAJAR. Sedihkan? Tapi aku cuma sedih tak dendam pun jauh sekali nak sabotaj Cikgu tu.

Pernah sebab tak buat kerja sekolah aku minta nak tiru kerja sekolah kawan. Tapi kawan aku tu sebab berlainan jantina dia belot saja sabotaj aku mengadu kat cikgu yang merupakan pengetua. Terus Cikgu tu suruh aku berdiri dan luku (guna buku lima) kepala aku. Kebetulan jari dia ada cincin batu besar. Rasanya berlekuk jugalah kepala aku. Lepas tu suruh pakai manila kad yang tulis "saya malas tak buat kerja rumah" (kalau tak silap la macam tu lah ayat memalukan tu) padahal waktu tu aku pelajar top 5 (masa sekolah rendah hehehe) tak pernah dapat nombor lain selain 1 hingga 3 je dan tiap2 akhir tahun mesti nombor 1 je. kalau balik mengadu kat mak, mak buat dengar tak dengar je.

Jadi itu lah beza budak dulu dan sekarang. Rekod aku masa sekolah menengah bersih. Berkecil hati macam mana pun tak pernah nak sabotaj atau lawan cakap cikgu. bukan aku je, sume student lain pun macam tu. Habis sangat nak marah cakap kat belakang je lah. Tu pun dapat dosa balik kat kita kan. Cikgu dapat pahala.

Entah la apa nak jadi dengan dunia ni. Untuk kawan2 yang ada anak dan anak2 pun dah start sekolah, cuba lah kita memahami hati anak2 dan hati guru. Kalau kita tau anak kita nakal kita hantar dia ke tempat motivasi. kalau kurang mampu buat lah secara tradisional, bagi minum air penawar ke supaya hati lembut. Kalau anak pulak dapat cikgu yang SENGAL, kita cuba2 duduk berbincang tanya dia kenapa sengal sangat dan apa yang kita boleh buat nak hilangkan sengal dia tu. Betul tak?

Cakap memang mudah nak buat susah tapi apa lagi yang boleh kita buat untuk betulkan keadaan. Bila niat baik dan ikhlas InsyaAllah Allah menolong kerana Allah maha mengetahui

Friday, October 17, 2008

Kek Lapis Sisik Ikan


Alhamdulillah selepas dekat 2 minggu dok mengidam nak makan kek lapis Sarawak, dapatlah kek lapis sisik ikan. rasanya tak kurang lah sedapnya cuma manis sedikit darpd Sri Balas. Masam2 manis. Dah lebih daripada setengah pun dimakan.

Tengok macam gambar kat atas tu tapi yang saya beli tu nampak lebih kemas dan padu. Agaknya sebab jauh naik kapal terbang. Harga tak lah semahal Sri Balas tu RM60.00 sahaja. Berbaloilah kalau makan. Beli kek secret recipe pun lebih drpd RM60 kan. Kalau nak cuba buat tengok blog homecreation. Mungkin yang berminat boleh cuba.

Thursday, October 16, 2008

hand phone baruku

Jika dilihat rupa paras hp SGH X100A samsung yang aku pakai tu dah macam kena penyakit kulit yang kronik. Mungkin boleh disamakan dengan kurap la. Menggelupas kulit dia. Rasa nak tukar hp dah lama bermain2 di ruang fikiran tapi ada beberapa faktor yang buatkan aku malas nak berusaha ke arah itu. Antaranya:-

1. hp aku tu ringan. tak terasapun bila ada dalam poket baju.
2. hp aku ada service light yang rasa2nya tak ada dah bagi keluaran baru. tak tau la kalau ada sebab aku pun tak ada buat survey hp samsung. hp lain dah tentu tak ada. service light ni fungsinya I can locate my hp easily in the dark.
3. aku jenis yang kalau nak beli sesuatu yang penting, nak beli yang elok. yang elok selalunya mahal dan nakkan yang terkini walau pun aku bukanlah jenis orang yang up to date pon.
4.kekurangan modal utk beli yang mahal harganya tu yang aku dok pospone.
5.aku ni jenis bila dah lama2 pakai sesuatu aku sayang nak tukar (konservatif la).
6. Sukar untuk buat pilihan yang baru sebab barang2 elektronik ni kita beli ikut nasib. walau pun branded ada juga yg suka buat hal senang kata kejap je guna rosak la pulak.

Oleh sebab tu kalau cik zie hilang ingatan asyik buat cheesecake, aku hilang ingatan asyik surf internet tgk hp. bukan nak beli yang latest model cuma nak beli yang boleh tahan 4-5 tahun macam hp aku skrg ni. sampai calendar tak boleh pakai tapi function masih baik. akibatnya aku dah pening dgr banyak sgt pendapat2 pasal hp yang aku nak beli tu. Dan sampai sekarang pun setelah beberapa minggu mencanang nak beli hp masih
tak beli2 lagi.

Sunday, October 12, 2008

Kek Lapis Sarawak

Baru-baru ni ada kawan bawa kek lapis sarawak. Maklumlah baru balik raya. Dia pun dapat orang bagi. Saya bukan lah penggemar kek dari sana sebab manis sangat. Tapi kek yang dia bagi tu rasa sedap sangat. manis dia tak keterlaluan dan rasa dia SEDAP lah!. Kebetulan saya terbaca satu artikel berkenaan kek tu yang namanya 'Sri Balas'. Tak tau lah nama asal dari Sarawak atau pun diberi si pembuat kek. Rupanya mahal lebih RM100 lah.

Saya ni penggemar makanan. Jadi saya tanya husband dia ada kawan tak kat Sarawak. Mana tau kalau order dari sana lebih murah. Saya nak order kek tu. Kebetulan husband saya memang ramai kenalan dari pelbagai negeri. So dia risik2 ada lah yang sudi tolong belikan. Yang namanya Sri Balas tu dah habis so dia beli yang lain. Tak tau lagi kek apa on the way.

Kat sini sajalah nak buat suggestion kat Cik Zie kita. Belajar2 la buat kek lapis pulak. yang simple2 dah la. Bolehlah one fine day jemput kita orang makan pelbagai jenis kek yang kau sediakan. Termasuk buka bengkel membuat kek dengan harga yang berpatutan. hehehe... Insya Allah aku antara orang yang akan menyertai bengkel tu.

Tuesday, October 7, 2008

penatnya berhari raya

7 jam drive balik kampung dan 7 jam jugak drive balik KL. Sangat memenatkan. 4 hari di SP 3 hari di Langkawi.

Seronok tu seronok first time balik 2 tempat berhari raya tapi tak terkawal anak dara sorang tu. Punya lah lasak. Tapi Alhamdulillah, so far dia tak pernah meragam dalam perjalanan. Macam balik dari Langkawai hari tu dengan panas dalam feri dan jalan jam balik ke SP sampai rumah pukul 10.30 malam tak meragam langsung. cuma esoknya bila balik KL sesekali dia melalak sebab bosan agaknya dalam kereta beberapa hari berturut2. Lagi pun dia rindu mama dia pangku dia. Asyik abah je pangku jemu kot.

Tahun depan raya nak raya kat KL je lah. tak pun balik 1 kampung je hehehe...