mayysa

Friday, July 2, 2010

Bila Anak Selalu Sakit

Sekarang orang dah tak baca blog. Takpelah, biar aku je yg tulis dalam blog. Sejak akhir-akhir ni anak-anak aku kerap sungguh sakit. Sekejap demam, selsema, demam lagi dan cirit-birit. Kenapa agaknya ya. Sebagai ibu, bila anak sakit mulalah kita tak senang duduk. Tidur pun namanya tidur-tidur ayam je. Nak buat itu tak boleh nak buat ini tak sempat terutama kalau yang sakit tu yang kecik tak boleh bercakap lagi. Kerjanya menangis. Tak tau nak apa. Mengamuk tak bertempat. Lambat bagi makan mengamuk buat main lagi. Menangis sesungguh hati sampai kita yang dok tengah sediakan makanan dia ni rasa macam nak je bagi makan cereal yang tak berbancuh lagi. ha.. ambik kau merajuk sangat!

Tapi yelah ibu mana yang sanggup menyakitkan anak macam tu. Aku rasa ibu-ibu yang buang anak pun kalau dia betul-betul waras dan bela anak tu tak sampai hati nak memperlakukan anak-anak dia macam tu. Anak aku yang kedua tu kalau mengamuk sampai terkulai-kulai leher dibuatnya. Kaki melonjak2 marah. Aduh! anak-anak ni tak tahu betapa susahnya mak nak jaga dia orang. Macam ni lah dulu2 mak kita jaga kita. Cuma mungkin dulu-dulu kita tak secerdik budak-budak zaman sekarang ni.

Dulu mak kata duduk jangan nakal2 kalau tak siap! Memang tak berani. Kalau buat jugak mau je cubit kecil singgah kat peha diam-diam je. Aduh! bukan main menyengat. Sekarang bawa keluar rotan besar lengan dia takut masa tu je. Simpan rotan tu jadi balik nakalnya tu. tu lah anak aku si kakak. Tapi yang syoknya kalau nak makan awal2 dia dah tadah tangan baca doa makan. Selepas kenyang sebotol susu siap cakap Alhamdulillah. Kdg2 siap buat susu untuk dia cakap terima kasih.

Aku dulu tak macam tu. Disiplin yang macam tu tak ada pada budak kampung macam aku. Even nak address makcik pakcik kat dalam kampung pun pakai sebut nama dia je (tak panggil depan org tu lah). Contoh : "Mak Timah Ya tu dah mati ka?" Takde perkataan Mak cik ke mak ngah ke sebab tak tau. Tapi bila dah tau, ada lah manner nya.

Lepas anak2 sakit aku pulak diserang cirit-birit. Kaw-kaw punya. Sampai rasa "agaknya aku ni nak mati dah kot". Teruk betullah penangan cirit-birit tu. Pernah dengar tak org yang kena taun kalau mati, mati shahid (kecik)? Aku rasa pernah dengar camtu bunyinya. Syahid kecik ni takde seksa kubur. Tapi kalau tersilap maaflah. sebab tu Rasullallah kata kalau tak ada apa nak kata lebih baik diam. Yelah supaya kita tak cakap sesuatu yang salah dan khilaf kan org lain.

Oklah buat kali ini.

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home