mayysa

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan tahun ni memang terasa kekurangannya. Nak tahu sebab apa? Setiap tahun seingat saya, saya makan dengan mewah sekali. Kesusahan zaman kanak-kanak dulu tak lagi saya ingati. Apa sahaja yang saya rasa nak makan, akan saya masak atau beli. Tak pernah kurang makan sebab sengkek.

Alhamdulillah tahun ni Allah bagi saya rasa macam mana agaknya hidup orang yang serba kekurangan. Bukan Allah tarik rezeki saya dengan mengurangkan wang belanja. Kandungan gula dalam darah yang tak stabil menyebabkan doktor hampir-hampir memasukkan saya ke wad 2 minggu lepas untuk suntikan insulin. Tapi saya berdegil. Tak mahu sebab saya tak mahu bergantung dengan jarum dan takut untuk menyuntik insulin itu sendiri. Dan sekarang alasan itu lagi kukuh kerana suami tak ada, siapa nak jaga anak kalau warded?

Akhirnya saya memaksa diri control diet. Saya tak tahu nak makan apa lagi untuk menurunkan paras gula sebab makan itu dan ini semua tak kena so saya kurangkan makan. Berbuka dengan sebelah roti wholemeal (serat), susu dan air kosong. Mulanya saya makan kurma 3 biji tapi gula tetap tinggi. Maklumlah kurma madu dan manis sangat. Selepas isyak baru makan nasi dan syur saja. Itu pun sayur yang tak dicampur dengan bahan2 macam daging ke, udang ke, ayam ke. Sahur pun hanya air kosong dan roti tawar tu. Paling hebat teh tanpa gula. Sdih tak. Padahal sebenarnya di dalam peti sejuk beku saya padat dengan segala macam ikan, daging, ayam, sotong dan lain2 untuk di masak. Belum ditambah dengan bahan kering lain atau pun pes segera untuk memasak.

Jadi saya dapat rasakan macam nilah orang susahkan. Tak lalu pun terpaksa telan hidangan yang sama setiap hari. Malah mungkin ada yang berbuka dengan air sejuk sahaja. Saya dikira bernasib baik susu yang saya minum ialah susu kolestrum yang berkhasiat untuk badan dan air kosong yang saya minum air ECPI dari teknologi perubatan elektronik.

Kalau orang miskin tentunya air paip yang dimasakkan? Badan pun tentunya tak berdaya kerana kurang khasiat. Satu lagi yang saya sedar nikmat makan yang Allah dah hentikan seketika untuk saya. Semoga nikmat makan itu Allah pulangkan semula kepada saya selepas bersalin nanti. Peritnya hidup tanpa dapat menikmati apa yang kita suka.

2 Comments:

  • At August 27, 2009 at 3:06 AM , Blogger neyseey said...

    Turut bersimpati sebab tahu ghairah (passion) hang adalah masak dan makan.

    InsyaAllah lepas bersalin OK balik.
    Tak apa berkorban sedikit untuk diri sendiri dan bayi.
    Take care...

     
  • At August 27, 2009 at 7:50 PM , Blogger mayysa said...

    Tu la kadang-kala aku fikir aku ni selfish jugak. Tak pikir org lain, asyik tekak dan perut aku je. Sampaikan hubby aku yang nak pi Mekah tu pun dah ikut lenggok aku, pi borong bermacam-macam makanan takut bini dia kelaparan walau pun aku dah kata jgn. Yang hairannya bila aku pi kedai atau supermarket ke, tangan aku tak pernah tak bawa balik benda makan. Kadang2 risau jugak takut anak2 terikut2 peel aku ni.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home