mayysa

Wednesday, September 16, 2009

Syawal Menjelma Lagi

Syawal just around the corner. Tapi memang sempatkah kita menyambut syawal tahun ni? Walau pun hanya beberapa hari je lagi tapiajal maut ketentuan Allah kan? Tahun ni tiga minggu pertama Ramadhan saya hanya berbuka bersama anak dara sunti yang masih belum tahu apa itu puasa. Ujian Allah datang pada minggu kedua di mana anak saya demam panas. Sendirian dengan anak yang sakit memang satu ujian yang besar bagi saya. Anak saya pula jenis yang takut ubat. Bayangkan dengan perut yang memboyot saya terpaksa mengepit anak di celah peha untuk memaksanya minum ubat. Itu pun kurang berjaya kerana sebahagian besar ubat akan terluah semula dan hasilnya demamnya tidak kurang.

Anak saya kemudiannya disyaki mengidap denggi. Pukul sepuluh malam saya bawa ke hospital untuk pemeriksaan darah tapi tidak berhasil kerana demamnya baru masuk hari kedua. Melihat anak saya, saya jadi terharu dengan mukanya yang bengkak dan separuh merah dan suhu badan yang melebihi 39 darjah Celcius. Esoknya saya terpaksa sekali lagi mengusungnya ke hospital. Kali ini ujian lagi besar apabila nurse hendak memasukkan jarum yang menyambungkan drip dengan saluran darah (istilah sebenar tak tahu). Dia dibungkus dalam selimut kerana kuat meronta. Dia meraung2 memangil nama saya dan menjerit sakit. Mahu tidak mahu saya hanya mampu memeluknya sambil cuba menenangkannya. Itu saya yang dapat saya buat dalam rasa sebak yang menggunung. Kalau tak dibuat pemeriksaan tentunya saya akan menyesal jika perkara yang tidak baik berlaku kepadanya kelak. Walau bagaimanapun saya berasa lega kerana dia tidak mengidap denggi.

Minggu berikutnya sebaik demam pulih, dia mengidapi selesema, batuk berkahak dan demam. Ini adalah sejarah sakit yang paling lama dalam hidupnya. Aanak saya tidak pernah mengalami batuk yang serius atau pun selesema serius. Akhirnya suami saya pulang jadi kerisauan saya tidak lagi hanya berseorangan. Cuma saya masih tidak mampu memberinya ubat tanpa memaksanya. Kadang2 seolah-olah menangkap ayam untuk disembelih jika hendak memberinya ubat. Pada hari2 terakhir demamnya dia akhirnya setelah dipujuk mahu mengambil ubat tanpa dipaksa. Dengan syarat dia menyuapnya sendiri. Bukan saya tidak pernah mencuba tektik itu dulu tetapi tak berhasil.

Saya rasa sungguh bersyukur apabila dia kembali segar walau pun sehari dua ini kerap merajuk dan menangis tak menentu terutama dalam lingkungan pukul 2-3.30 pagi. Kadang-kadang tak tahu apa yang dia inginkan terjerit2 dinihari. Ramadhan tahun ini saya benar-benar terasa diuji. Namun syawal hampir tiba. Tak ada apa-apa persiapan yang hendak dibuat melainkan untuk si kecil. Saya tidak pulang ke kampung kerana keadaan diri yang tidak mengizinkan.

Akhir kata Maaf Zahir dan Batin kepada kawan2 semua dan kalau ada masa datanglah ke rumah sepanjang syawal ni. Open house tak ada tapi pintu sentiasa terbuka untuk tetamu. Slamat Hari Raya Aidilfitri

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home