mayysa

Tuesday, March 18, 2008

Semalam Sudah Berlalu

Baru balik drpd bercuti ni. Letih bebenor rasanya. Tapi macam dulu2 jugak bila balik kg rasa malas nak dtg KL balik. Semalam pulak si kecil buat perangai. Menangis melolong-lolong. Puas den pujuk tak berjaya. Lama jugak la dia buat protes tu sampai den tak tau dah nak buat apa. letak minyak kat perut tak baik, sapu air penawar tak baik, bagi makan tak baik, bagi susu tak baik jugak. sejam lebih juga mendengar jerit dia yang sesekali senyap pulak. nak kata sakit macam tak, nak kata tak sakit macam ya. at last i asked her abah to hold her. dukung bawa2 jalan kat luar dan dia senyap. kiranya tak sakitlah. letihnya anakku kau buat mama tak tentu arah jadinya. Itu lah pasal semalam yang dah berlalu. isu dalam rumahtangga berbaby. tu bukan lagi isu negara yang ada 3 kaum besar2 dan etnik kecil2.

tak eloklah dipijak2 lagi kepala PM yang dah pening. apa yang terjadi sure satu pengajaran besar untuk dia. ingat lah dia manusia biasa. Moga2 ada perubahan besar juga selepas ini sepertimana perubahan besar dalam kabinet. Yang mana muka orang tak suka tak payahlah bawa masuk barisan depan lagi. Tak payah lah nak buat masuk surat khabar dah. Chayooo....!

Wednesday, March 5, 2008

kempen... kempen... kempen

Sana sini berkempen tapi rasanya yang berkempen tu takde sorang pun jujur dan ikhlas. macam telunjuk lurus kelingking berkait. Tak juga kan. ada yang ikhlas tapi bila sebut politik nowadays susah nak ramalkan sapa yang jujur ikhlas dan sapa yang tak. sebabnye? dah bertahun2 kerajaan kata nak buat benteng halang banjir kat sungai muda tapi sampai dekat2 pilihanraya ni baru nampak nak jalan projeknya. tapi belum jalan jugak. ukur tanah dah berkali2. bukan apa kita nak ubahsuai rumah ke nak buat taman ke teragak2. nanti bila dah buat kerajaan ambil tanah balik... sia2 je buat semua tu. tapi bila tunggu2 tak jalan2 sampai lah dah dekat pilihanraya. so.. macam mana... sila bagi pendapat sikit