mayysa

Thursday, April 24, 2008

Adil dan tak Adil nya manusia

Mai kita cerita pasal apa yang sebenarnya perlu diperhalusi oleh minda yang terbuka. Isu Faizal Tahir buka baju. Memang lah isu ni dah lama, tapi aku baru je ada masa santai nak sentuh isu ni. dulu tu tak sempat.

Apsal kecoh2 Faizal Tahir buka baju? Apsal tak kecoh2 pasal artis2 pompuan yang selalu pergi majlis anugerah pakai macam makcik2 bersantai kat rumah tengah2 hari (berkemban). Bukan nak mengata artis pompuan (boleh tau kan sape) je tapi nak buka mata adil dan tak adilnya undang2 manusia ni.

Tak minat pun pada si Faizal tu. Tambah pulak bila tau dia buka2 baju macam tu. tapi sebenarnya jika diperhalusi dua jenis insan ni yang buat salah lebih besar yang pompuan pakai berkemban lah daripada yang lelaki pakai seluar saja. bila pompuan pakai berkemban ramai lelaki yang boleh jadi ghairah terutama yang gila seks, pastu pi rogol budak pompuan umo lima enam tahun. kalau lelaki pakai seksi rasanya tak ada pompuan yang rasa ghairah sampai pi rogol budak lelaki umo lima enam tahun. betul tak?

Itu bezanya salah dua jenis kaum ni. Tapi Faizal kena gantung, yang berkemban tak digantung walau pun kerajaan dah bagi garis panduan artis pompuan jangan pakai macm tu pi mana2 majlis, atau pun mungkin garis panduan tu tak dikuatkuasa. mungkin aku ketinggalan zaman kot.

Atau mungkin juga yang rangka undang2 tu lelaki, dia nak tengok badan gebu2 montok2 dia diam je bila ada salah laku macam tu. memang hak berpakaian tu dia orang punya hak, tapi ada garis panduan. kalau dia nak pakai macam tu pergi majlis yang tak masuk TV boleh lah. tak jadi contoh kat orang.

aku tak berniat nak buruk2 kan sapa sebab aku pun ada anak pompuan. tapi aku takut juga nanti anak aku syok tengok2 fesyen2 kemban ni, minat pulak dia pun nak pakai macam tu. macam mana tu?

Monday, April 21, 2008

Pantun

Jika menanam tebu
tanamlah di tepi rumah
jika malang nasibmu
serahlah kepada Allah

Buat baik berpada-pada
Buat jahat ikut suka
kalau nasib terbela
jangan lah lupa pula kepada Dia

hangat-hangat taik ayam
hangat lagi taik beruang koala
hari ini kita tenggelam
kalau sabar insya Allah hari esok timbul pula

hehehe.... nampak tak ketensionan sedang melanda

Kerja! Kerja! Kerja!

Tau tak kerja ni penting sangat2. kalau tak kerja mana nak dapat duit. memang la hidup tak bertuhankan duit tapi duit tu perlu untuk hidup. duit tu nadi perjalanan hidup walau pun bukan lah nadi kita betul2. Jadi untuk sesiapa yang berhasrat untuk berhenti kerja bila dah berumahtangga make sure:-

1. suami tu kerja gomen (sebab tak ada kes VSS) bagi kaki dan tangan kerajaan;
2. gaji suami melebihi 4 ribu kerana dalam kamus kehidupan di bandaraya kuala lumpur RM2k pendapatan isi rumah masih dalam erti kata miskin tambahan pula jika dah beranak pinak;
3. suami tu setia dalam makna kata mustahil akan kawin lagi (ini yng susah nak ditentukan);
4. segala keperluan hidup kita dah ada dan atas nama kita (isteri) spt rumah, kereta, dana utk sara hidup. payahkan?
tu lah antara yang perlu diambil perhatian. jadi kalau tiba2 suami larikan diri kita tak kerja dan ada 5 anak nak kena tanggung takde la gelabah biawak. at least sementara nak adjust hidup sebagai single mom kita tak perlu risau anak2 kita nak makan apa untuk malam nanti.

Jadi kalau semua tu jawapannya not certain yet, maka fikirkan 10 ribu kali untuk berhenti kerja. Memang Allah akan bagi kita rezeki tapi rezeki Allah tak bagi dalam bentuk bola yang datang bergolek. kena usaha baru sampai.

Sekian, perkongsian buah fikiran bersama. Sebenarnya itu yang saya fikirkan sekarang sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak yang kecil untuk orang lain asuh ketika dia membesar. tapi kerana yakin hidup tak akan lebih baik daripada sekarang jika saya berhenti kerja maka saya kuatkan hati setiap pagi apabila menghantar anak ke rumah baby sitter walau pun kadang2 terdengar anak meraung2 ditinggalkan.

Sabar tak sabar seorang ibu itu lah realitinya.