mayysa

Tuesday, March 31, 2009



Seronok kan jadi budak-budak. Sure dia orang takde apa nak pikir. Nak duit minta mak ayah. Tak payah kerja pun. Budak-budak sekarang beruntung, celik je mata dah naik kereta (termasuk teksi kalau yang belum ada kereta). Kita dulu mana ada semua tu. Nak naik kereta setahun sekali pun payah. Tapi yang sedih tengoklah budak2 sekarang dah tak terbilang yang lari dari rumah sebab ingat mak ayah tak sayang, sebab ikut bopren yang baru seminggu kenal, sebab syok nak jadi minat rempit. Sedih kan

Thursday, March 26, 2009

Masa Darjah Enam

Aku antara student terpandai kat sekolah masa tu. Sekolah kampung je tahun 80-an bolehlah nak angkat diri. Sebelum aku, kakak aku jadi ketua murid, sebelum dia, abang aku. Seperti kau orang semua sedia maklum, aku bukannya orang senang, cumanya sewaktu era aku bersekolah aku lebih bernasib baik daripada kakak2 dan abang2 aku salah satu sebab nya aku anak yang bongsu.

Aku ni pelajar yang hanya aktif di kelas. Aku tak suka ko-kurikulum. Kalau lawan lari, mesti antara nombor last, tapi takdirnya aku tetap dilantik jadi ketua murid. Oleh sebab keluarga yang kurang mampu pakaian aku ni walau pun sentiasa kemas, tetapi bukanlah yang baru. Selalunya bekas2 kakak aku yang dah sekolah menengah. Pernah sekali aku diwakilkan ke satu pertandingan (tak ingat dah pertandingan apa). Aku pakailah pakaian yang seadanya. Aku telah ditegur oleh Cikgu yang terlibatlah (Cikgu A). Cikgu ni aku rasa tak berapa suka dengan aku sebab aku tak pernah pakai baju2 baru agaknya. Dia lebih suka dengan kawan aku yang sorang lagi tu, aku namakan dia I. Budak tu sentiasa berbaju cantik maklumlah dia cuma 3 beradik. Mak dia tukang jahit dan keluarga pun orang yang agak berada. Tapi kawan aku tu IQ kurang jadi tak boleh jadi ketua murid.

Cikgu tu tanya aku tak ada baju lain dah ke? Aku jawab la, tak ada. Itu je lah yang paling elok aku pakai nak ke pertandingan tu. Tapi masa tu aku punyalah sedih dan rasa terhina dan malu. Ada satu lagi incident yang amat menyedihkan aku. Sekolah aku masa tu ada tanam pokok aloe vera yang kecik2 kenit tu. Masa tu memang susah lagi nak jumpa pokok aloe vera di tanam merata2. Satu hari cuti, aku ikut kawan2 aku lepak2 kat sekolah. Kawan aku si I ni kata pokok tu bagus untuk rawat kulit muka jadi cantik. Dia ajak lah aku ambik sebatang cuba kat muka. Aku memang tak mau. Aku kata aku takut kena marah. Mana boleh petik pokok sekolah. Aku kan ketua murid, tak berani langgar peraturan dari dulu sampai sekarang.

Dia kata tak apa, ambik sikit je bukannya nak ambik banyak2. Dia meyakinkan aku memang boleh ambik. Oleh sebab kawan aku si I ni memang baik dengan kebanyakan orang aku pun percaya dan aku pun join dia orang bubuh kat muka. Kalau tak silap aku, aku cuma ambik 1 batang je daun pokok tu. Tup2 entah macam mana Cikgu A yang juga guru pengawas dapat tau. Dia announce pasal salah alku tu kat perhimpunan sekolah. Semua murid tau. Kena lecture lah AKU. AKU yang kena lecture so aku kata aku ambik 1 je dan dia orang kata boleh ambik. Berleter panjang lah Cikgu A kat aku. Akhir sekali keluarlah satu ayat yang sampai hari ni aku masih ingat " N......, kamu ni besar saja tapi tak terajar". Masya-Allah remuk redamlah hatiku dengan kata-kata tu yang boleh dikaitkan dengan cara mak bapak aku mendisiplinkan aku.

Mulai hari tu, aku buat kesimpulan Cikgu A memang tak suka kat aku dan aku pun tak pernah cuba ambik hati dia. Cukup cukup lah. Nanti aku cerita lagi macam mana aku dipilih kasih ye.

Wednesday, March 25, 2009


Saya kurang sibuk sekarang. Projek ada tapi pending itu ini, so dapatlah update blog. Dalam hidup kita saya percaya, setiap daripada kita kekurangan satu yang dia paling dambakan. Semua keperluan lain telah lengkap, tetapi tentunya ada satu atau dua kekurangan yang belum dapat dipenuhi. Sebabnya mungkin belum ada rezeki untuk mendapatkan perkara tersebut walau pun perkara itu kadang-kadang boleh kita dapatkan sendiri.

Contohnya saya sedang mengimpikan sebuah rumah. Kalau nak diikutkan, saya boleh sahaja membeli sebuah rumah yang kecil dengan harga lelong untuk memenuhi keperluan tersebut tetapi saya juga inginkan kesempurnaan. Seperti gambaran yang saya letakkan di sini. Soalnya mampukah saya. Jawabnya ... masih belum. Namun sejak akhir-akhir ini saya terlalu memikirkan berkenaan rumah sendiri. Sebenarnya saya tidak perlu memikirkan hal tersebut kerana selagi suami berkhidmat dengan majikannya sekarang sewa rumah kami dibayar. Malah telah ada ura-ura untuk membangunkan kuaters baru untuk kakitangan yang tinggal menyewa.

Kuaters atau rumah sewa bukan satu kepuasan. Saya telah memasang angan-angan untuk membina sebuah rumah yang comel sebagai rumah percutian kami. Tanahnya saya akan cuba dapatkan di kawasan kampung yang sedikit jauh daripada bandar besar seperti KL. Dalam impian saya itu rumah tersebut mestilah memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik air dan tandas, dapur yang selesa, ruang makan dan ruang tamu seperti rumah2 normal yang lain. Cuma, oleh kerana saya tidak berhasrat membuat pinjaman bank, maka saya hanya akan membina rumah tersebut dengan kos minimum iaitu sebuah rumah kampung yang tidak mempunyai lantai berjubin atau perkakasan yang up to date. Asalkan saya dapat merealisasikan impian saya sudah Alhamdulillah.

Allah lah yang maha mengetahui betapa banyaknya rahmat dan nikmat yang Dia telah curahkan kepada saya yang kurang bersyukur ini. Hamba yang menzalimi diri sendiri. Namun Allah jualah yang telah memakbul semua permintaan hamba-Nya tidak kita muslim atau tidak, jahat atau baik kerana dia Maha Pemurah.

Tuesday, March 24, 2009

Bila G bagi komen pasal kawan2 sekolah rendah yang dulu nya selekeh sekarang dah vogue aku tiba-tiba terima kawan2 sekolah rendah aku. Dah lama sangat tak jumpa. Tapi rata2 yang pompuan kawin awal dan lelaki aku atk tau sangat. Ada seorang kawan aku teringat juga dulu2 kan kita pakai gaun. leher gaun dia tu selalu je jatuh ke bawah bahu kat lengan. Dia pun selalu berhingus, kejap2 calit je hingus tu tak ingat pakai tangan ke pakai sapu tangan. Sekarang tentu lah dah vogue dah jadi cikgu sekolah menengah. mana ada cikgu tak vogue.

Yang kurus kering jadi gemuk tu entah lah. tapi aku dulu2 budak2 lelaki panggil badak. Tu yang aku bengang, sebab kalau korang tengok gambar aku dulu2, confirm aku tak termasuk kategori gemuk cuma aku ni frame besar. Start badan aku menaik ni sejak kerja, masa kat U dulu pun takdelah besar sangat. Takpe lah, aku maafkan lah sapa2 yang suka mengejek dan menghina aku dulu. At least, walau pun aku diejek2 macam tu, I was the best among all.

Aku pernah buat jahat kat sorang kawan lelaki aku masa tu. Kadang2 aku baik dengan dia, kadang2 tak ngam. Ada satu hari aku memang nak kenakan dia. Tapi aku dah tak ingat aku suka2 atau nak balas dendam. Cikgu panggil dia ke depan ambil buku. Masa dia nak melangkah cepat2 ke depan aku pun tahan kaki. Wow, tersungkur dia kat depan. Terkejut aku.Dia bangun dan pandang aku tapi aku buat2 tak tau. Dia tau aku yang buat tapi dia tak cakap apa2 cuma pandangan dia marah. Aku masih ingat incident tu sampai hari ni. Aku betul2 kesal dengan perbuatan aku tu. Maklumlah aku bukannya budak nakal pun.

Bila masuk sekolah menengah pula, aku ni tak glamour langsung. Memang lah takde orang berani ejek aku lagi sebab rata2 orang yang tak kenal rapat dengan aku cakap aku ni too serious dan menakutkan untuk didekati. Tapi bila dah kenal rapat baru tau aku ni kelakar orangnya. Dan ramai jugaklah kawan2 yang jadi penggemar cerpen2 yang aku buat dan jadikan koleksi peribadi waktu tu. Aku juga jadi tukang gunting rambut. Kadang2 beratur jugaklah member2 aku ni minta potongkan rambut. Kalau aku kenakan bayaran sure lepas belanja poket seminggu. Hahaha...

Masa sekolah menengah entah di mana silapnya aku bukan di kalangan pelajar yang rajin dan bijak. Tapi sekolah aku tu bukan lah sekolah corot. Nak masuk mau kurang2 pun 3 atauy 4 A ke atas untuk penilaian darjah 6 masa tu. So aku melangkah dari satu tingkatan ke satu tingkatan sampai lah ke tingkatan 6. Masa ni aku agak menyerlah sebab tingkatan 6 tu dah tak ramai rasanya 26 kot. Dan akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading walau pun aku tak ada cita-cita nak jadi apa selepas tu.

Tuesday, March 3, 2009

Kisah Seorang Peguam

Rasa2nya sekarang tiada sesiapa pun boleh betul2 kita percayai. Peguam ke , doktor ke, cikgu ke. Bacalah kisah ni.

Saya baru saja menyelesaikan satu kes jual beli sumah second hand. Kes nya tak complicated tetapi pihak-pihak yang terlibat di dalam kes ini telah membuat kan kes ini menjadi rumit. Saya namakan Penjual sebagai Cik Jual dan Pembeli sebagai Cik Beli. Jantina kedua-duanya adalah dirahsiakan.

Cik Jual telah menjual rumah teres 1 tingkat basic dengan harga 200k. Rumah lama tahun 80an. Pada pendapat Cik Beli harga tersebut mahal memandangkan banyak yang perlu dibaiki. Oleh sebab rumah tersebut elok lokasinya bagi Cik Beli yang telah berkeluarga maka Cik Beli tetap berhasrat meneruskan pembelian. Dia juga ingin menyewa rumah tersebut sementara urusan jual beli berjalan. Jadi Cik Beli telah meminta Cik Jual pengurangan sewa sebanyak RM100 sebulan. Walau pun keberatan Cik Jual telah membenarkan.

Walau bagaimanapun pada awal kes ini berlaku sedikit kekhilafan tentang status rumah tersebut samada sudah ada geran atau tidak sehingga berlaku sedikit kelengahan disebabkan Cik Jual tidak tahu yang rumah tersebut telah lama mempunyai geran dan Cik Jual memang membayar cukai tanah setiap tahun.

Lawyer yang menguruskan urusan ini telah menyerahkan kepada saya kerana beliau tidak sanggup lagi meneruskan urusan tersebut kerana yakin akan menghadapi masalah yang lebih rumit. Jadi saya telah mengambil alih urusan ini dan memang terbukti bermasalah bukan kerana hartanah tersebut bermasalah tetapi pihak yang kurang memahami urusan yang menimbulkan masalah.

Fakta kes: Hartanah leasehold jadi perlu kebenaran pihak berkuasa negeri. Cik jual mengambil pinjaman kerajaan begitu juga dengan Cik Beli jadi masalah utama ialah perkara ini akan menjadi perlahan. Contohnya apabila kami meminta pihak perbendaharaan mengeluarkan surat kebenaran menggadai pada bulan 5 request bulan 7 baru dapat. Kebenaran pejabat tanah juga mengambil masa tetapi dalam kes ini lebih cepat kerana kata Cik Jual dia telah membelanja rakannya di pejabat tanah untuk mempercepatkan proses. Proses mendapatkan notis taksiran duti setem juga lewat melebihi sebulan kerana notis hilang setelah diposkan. Jadi apa yang boleh saya lakukan? Saya tidak boleh membuat penilaian sendiri.

Begitu juga prosedur perbendaharaan yang mengkehendaki geran didaftarkan terlebih dahulu atas nama Cik Beli baru mereka akan mengeluarkan bayaran akhir. Tidak seperti bank yang akan mengeluarkan bayaran akhir hanya dengan kita menyerahkan dokumen berkaitan dan slip perserahan pindahmilik. Perbendaharaan juga mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan cek bayaran akhir iaitu hampir sebulan. Ini kerana antara bulan Nov.-Februari begitu banyak cuti umum yang menyebabkan pekerja tidak kira kakitangan awam atau pun swasta mengambil cuti. Kita tidak boleh haling orang bercuti kerana mereka mempunyai hak berbuat demikian dengan pelbagai alasan.

Semua factor ini telah melewatkan kes ini. Walau bagaimanapun sepanjang saya mengendalikan kes-kes hartanah leasehold dan pinjaman kerajaan saya dapati kes ini tidaklah begitu perlahan kerana disudahkan sebelum tempoh setahun. Itu satu kemajuan yang baik. Saya sendiri menguruskan urusan pejabat tanah termasuklah memasukkan permohonan kebenaran pindahmilik, gadai dan perserahan pindahmilik. Untuk makluman Cik Jual tidak membayar kami walau sesen pun dengan alasan tidak berduit sedangkan beliau mempunyai pekerjaan dan tiada tanggungan berat.

Akhirnya setelah menghadapi semua susah payah saya menyelesaikan kes ini. Walau bagaimanapun satu yang saya kesali ialah karenah Cik Jual yang amat mendukacitakan. Saya akui pada zaman moden ini apabila seseorang telah mengerjakan rukun islam yang terakhir kita tidak boleh dengan yakin mengatakan dia orang baik2. Tetapi kita tidak juga boleh memandang nya dengan negative kerana ia sepatutnya menjadi positif. Cik Jual walau pun dengan nyata dan terang sering bercakap soal haram halal dosa pahala dunia akhirat telah mengambil keputusan untuk mengenakan interest lewat bayar kepada Cik Beli. Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah hak Cik Jual di dalam Perjanjian.Tetapi memandangkan Cik Jual mendapat keuntungan melebihi seratus ribu tidak bolehkah dia bertolak ansur untuk mengecualikan interest tersebut kerana kelewatan bukan kerana Cik Beli sengaja melewat-lewatkan proses. Malah Cik Beli masih membayar sewa rumah walau pun hutang Cik Jual telah selesai dengan pihak kerajaan Malaysia.

Oleh sebab Cik Jual mengenakan interest maka Cik Beli pula yang telah bersetuju untuk membayar sebahagian bil Cik Jual telah tidak jadi berbuat demikian.. Interest tersebut berjumlah RM2+++. Cik Beli perlu top up Cik Jual berjumlah RM3++. Maka Cik Jual berasa marah kerana Cik Beli mungkir janji. Begini ceritanya. Pada hari mereka datang ke pejabat saya untuk menandatangani perjanjian saya telah menerangkan syarat-syarat yang penting termasuk memberikan bil bagi kos guaman. Saya masih ingat sewaktu Cik Jual melihat bilnya yang berjumlah kurang daripada RM900 beliau mengatakan banyak. Dan dengan muka yang seperti sedih gitu memandang ke arah Cik Beli. Saya menerangkan bil tersebut tidak banyak kerana urusan yang kami perlu jalankan bukanlah sedikit. Oleh sebab Cik Jual nampak keberatan lalu Cik Beli katakan tak apalah biar dia yang top up.

Saya agak terperanjat dengan kebaikan Cik Beli tetapi tidak perlu katakan apa-apa kerana mungkin dia bersimpati dengan Cik Jual. Akhirnya semasa perbualan di telefon saya dapat tahu bahawa Cik Beli ingin proses dicepatkan kerana dia ingin rumah tersebut menjadi miliknya supaya dia boleh membuat ubahsuai dan membaiki banyak bahagian yang rosak.

Apabila Cik Beli tidak jadi top up bil Cik Jual, Cik Jual akhirnya mengatakan bahawa dia telah bertolak ansur memberikan sewa yang lebih rendah jadi sekarang dia hendak mengambil balik semua sewa yang dikurangkan tersebut daripada deposit sewa Cik Beli. Maksudnya tidak akan memulangkan deposit sewa tersebut seratus peratus.

Cik Beli pula menjadi tawar hati dan mengatakan bahawa Cik Jual juga telah berjanji bahawa Cik Beli hanya perlu membayar sewa sehingga loan lulus. Loan sudah lama lulus dan hutang telah dibayar jadi dia nakkan sewanya diberi semula oleh Cik Jual. Dia juga tidak akan membayar kenaikan sewa yang dikenakan oleh Cik Jual. Sebenarnya banyak lagi dispute di sini. Dimana Cik Jual asyik mengatakan Cik beli telah mengatakan kepadanya urusan jual beli hanya akan mengambil masa 3 bulan sahaja. Tetapi semasa menandatangani perjanjian saya juga sudah terangkan urusan akan melebihi 6 bulan. Tidak akan kurang. Cik Jual juga mendakwa dia telah membenarkan Cik Beli membayar deposit kurang daripada 10% seperti diminta. Cik Jual juga seolah-olah mengugut saya apabila saya katakan saya tidak boleh mengurangkan lagi bil nya. Dia katakan dia telah merujuk kepada seorang Datuk (bekas peguam) yang mana isterinya dulu bekas lecturer saya. Saya tegaskan bahawa dia boleh merujuk kepada mana-mana peguam pun apa yang saya bilkan kepadanya. Malah saya minta Cik Jual meminta skala peguam daripada Datuk yang dinyatakan kepada saya. Saya tidak takut kerana saya tidak menipu dan tak ada niat untuk menipu mana-mana pelanggan saya pun.

Cik Jual juga ada memutar belit kata-kata saya bahawa saya boleh waivekan bayaran di dalam bil tersebut. Saya tidak akan sama sekali mengatakan bayaran boleh diwaivekan. Saya Cuma katakana boleh dikurangkan pada bahagian printing, pos, fax transportation dan agent services. Tetapi saya tidak kurangkan kerana apa yang saya cajkan adalah pada kadar normal. Tidak tinggi memandangkan saya yang membuat sendiri semua urusan supaya boleh dicepatkan.

Cik Jual ada menyebut juga bahawa dia telah terlepas untuk menunaikan umrah pada bulan puasa lepas. Itu tujuan utama dia menjual rumahnya. Saya katakan dulu saya tak yakin sempat dia nak tunaikan umrah tetapi saya akan cuba. Saya telah cuba, tetapi gagal. Itu adalah qadha dan qadar. Bukan rezeki dia nak ke mekah tahun lepas.Jadi dia mengatakan kepada saya jadi adalah qadha dan qadar juga Cik Beli perlu membayar interest kepadanya dan dia strictly nak ikut Agreement. Tak apalah saya tak mau halang dia menuntut haknya tetapi caranya sangat menyedihkan kerana saya berurusan dengan orang melayu beragama islam.

Walau pun saya belum menunaikan haji, tidak nampak seperti seorang ustazah tetapi saya tahu apa hukumnya bagi orang berdosa dan apa ganjaran orang membuat pahala. Saya takut neraka Allah dan rindukan syurga-NYA. Cik Beli memang sering meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Cik Jual tetapi saya hanya boleh mengatakan kita harus ikhlas supaya kita tidak tension. Dia merungut rumah mahal tetapi sudah banyak rosak jadi saya katakan dah dia nak beli juga terpaksalah ambil risiko. Sama juga dengan Cik Jual dah dia setuju terima deposit rendah dia tak boleh nak berpatah balik lagi kerana ini konsep “willing seller willing buyer”. Tak ada sesiapa keluarkan pistol untuk paksa satu sama lain sain agreement.

Satu lagi yang saya kesalkan apabila saya nyatakan mungkin Cik Beli kesian kpd Cik Jual yang menyebabkan Cik Beli setuju top up bayaran bil Cik Jual. Jawab Cik Jual, kita tak boleh kesian kesian. Masya-Allah, orang nak berbuat baik kat dia, dia nak putar belit orang. Saya bukan pro Cik Beli kerana dia client saya tetapi ayat-ayat saya sendiri telah diputar belitkan oleh Cik Jual. Jadi saya lebih bersimpati kepada Cik Beli yang ditindas oleh orang tua yang pada mulanya nampak seperti begitu dhaif dan innocent. Saya sendiri hampir tertipu kerana saya bukan jenis yang pandai menganalisa manusia lain.

Itu lah antara ceritanya yang saya nukilkan di sini untuk direnung2kan dan kalau boleh bagi pendapat. Apa sepatutnya akhiran yang baik untuk kes ini. Saya sebagai peguamlah yang paling tension. Semalam Cik Beli ada katakan kepada saya relax kak jangan tension. Saya tak boleh berhenti berfikir. Saya tak boleh nak asingkan pekerjaan dan peribadi. Balik rumah masih fikirkan kerja. Datang kerja kadang2 fikirkan rumah. Saya respect bagi sesiapa yang boleh asingkan kedua2 perkara ini. Saya yakin kalau ada orang yang boleh asingkan kedua2 ini, maka tak ada lah orang yang ambil cuti seminggu dua minggu untuk menenangkan fikiran. Professional atau tidak itu lain cerita kerana kita hanya makhluk ALLAH yang kerdil. Setinggi mana pun tahap professional kita, kita sesekali tidak mampu menduakan sesuatu yang asalnya daripada satu daerah iaitu MINDA.


Kes-kes yang begini lah yang buatkan saya berfikir untuk duduk rumah jaga anak supaya anak membesar di sisi kita dan menjadi insan kamil. Saya juga terfikir nak buat maruku di waktu pagi dan petang jaga anak. Cukuplah kalau sekadar boleh menampung hidup tak perlu hidup yang mewah kerana hidup di dunia hanya sementara. Tetapi apabila difikirkan semula hidup yang sementara ini kita tidak tahu jangka hayatnya. Mungkin kita akan hidup 30 tahun lagi atau 40 tahun lagi sedangkan kita perlu sediakan 2 bekal. Tak cukup bekal dunia macam mana nak buat bekal akhirat.