mayysa

Friday, November 18, 2011

Bekerja atau Suri Rumah

Dah lama aku fikir perkara macam ni. Sejak akhir-akhir ini menjadi2 sebab anak dah bertambah, bayar baby sitter lebih banyak daripada kenaikan gaji. Rasa ralat keluar duit bagi kpd orang. Aku bukan mengejar kekayaan dunia. Aku tahu mati itu pasti hidup hanyalah insyaAllah. Aku bekerja hanya untuk sedikit kesenangan. Aku tak pakai baju kain pasang harga beratus ringgit. paling mahal 50-60 je . Itu pun dua tiga tahun sekali beli yang mahal. Yang tiap-tiap tahun aku beli setakat semeter 8 inggit. Tudung paling mahal setakat hari ni 35 sehelai biasanya dalam belas2 je. Aku bekerja kerana bidang aku ni boleh juga buat kebajikan. Aku bekerja kerana gaji yang aku dapat tu boleh bagi aku kegembiraan. Aku bekerja kerana pendapatan aku boleh bagi sedikit kemewahan kepada anak-anak. Anak-anak adalah kebahagiaan aku.
Tapi sekarang anak-anak nakal. Susah dengar kata. Lasak tak terhingga. Aku kah yang bersalah kerana masa aku sangat limited dgn mereka. Kalau tanya kaum Adam dah tentu suri rumah jawapannya. Mampukah aku jadi suri rumah yang baik setelah bertahun-tahun bekerja dan mendapat pendapatan sendiri? Aku takut aku akan bosan melayan karenah anak-anak. Aku sebenarnya nak juga berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri. Tapi aku takut apa yang bakal aku alami membuatkan aku menyesal kerana padaku bila aku berhenti kerja there is no turning back. It's final.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home